FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Friday, May 31, 2013

Day 3 : Cuti-Cuti Bali ~ Celoteh 3 (Nusa Dua, Masakan Padang & SPA)

Selepas penat menghabiskan masa separuh hari di Turtle Island, perut pun dah semakin bernyanyi riang... Made bawa kami ke kedai Masakan Padang... Kepada semua yang ingin ke Bali, jangan risau tentang makanan... Nampak je Kedai Masakan Padang, surely Halal... sebab mereka ni ISLAM... So, no worries hokeyyyy...

Nampak macam tak selera.. tapi bila masuk dan makan....... sedap tak terkata!!

Muka selepas kekenyangan + Kepenatan

Bali Nusa Dua... Tempat pertunjukan.. tapi masa kami datang ni tutup.. ada hari tertentu sahaja yang boleh masuk... sedeyyy....

Tak dapat masuk, amik gambar pun jadi la... Thanks Made!!

Selepas kekenyangan, jam dah hampir ke angka 3 petang.... Tanpa buang masa, Made bawa kami ke SPA... Di Bali ni, kalau korang pergi tapi tak cuba perkhidmatan SPA, memang la tersangat rugi...

Sebab di Malaysia, SPA yang terkenal semua datangnya dari konsep Bali... Harga memang berbaloi dan berbeza dari sini... Kalau kat sini, seorang average RM400 sekali sesi... tapi disana RM100 sahaja... Murah kan???/ So, korang jangan lepaskan peluang ke SPA kalau ke Bali ya!!

Jom tengok apa ada dalam SPA yang kami kunjungi .. >>



Orchid SPA in Bali

Sekitar di dalam SPA

Bayar dulu baru boleh mula rawatan ye..... Seorang 350,000 Rupiah (RM110)
 Mr.Cool keletihan dan kekenyangan
 
 Aku membudgetkan diri..
Dalam bilik SPA.. cantik je.....

Kena basuh kaki dulu.......

 Sempat pose sebelum rawatan SPA


Dipenuhi dengan bilik rawatan SPA

 Sudut dalaman bilik rawatan.... cantik kan??
Cermin untuk bersiap selepas rawatan


Dekorasi dalaman SPA... Rileks dan santai..

Selepas habis rawatan SPA 2 JAM, jam menunjukkan hampir pukul 6.30 petang... Made setia menunggu diluar kawasan parking SPA... Dan kami pun berangkat pulang ke airport.... Sampai di airport lebih kurang pukul 7 petang... Disebabkan kepenatan yang teramat sangat, aku tak sempat nak snap apa-apa pemandangan di airport tu....

Selesai urusan check-in, tunggu kat tempat duduk yang disediakan sampai pukul 9.50 malam... berlepas pulang ke Malaysia......

Tamat

Day 3 : Cuti-Cuti Bali ~ Celoteh 2 (Nusa Dua & Turtle Island)

Lepas bermandi peluh mendaki jalan yang berbukit di Tanah Lot, kami bergerak menuju ke Nusa Dua & Turtle Island.. Lokasinya adalah sama...

Dari Tanah Lot menuju ke Turtle Island ni dalam sejam lebih... sampai tertido aku sepanjang jalan... sedar-sedar dah sampai je!! So, aku tak dapat nak story kat korang apa yang ada di sepanjang jalan menuju ke Turtle Island ni...

Entrance masuk ke Turtle Island adalah 200,000 Rupiah seorang (RM65).. Memang agak mahal sikit.. Tapi berbaloi tau.... Dari Jeti, korang akan dibawa oleh bot persendirian menuju ke Turtle Island.. Memang mood honeymoon betul la!! Romantic gitu....

Di tengah-tengah laut, bot akan berhenti..dan korang boleh saksikan betapa indahnya lautan yang luas tu.... Subhanallah... Terpegun seketika... Korang akan dibekalkan oleh tourist boat tu dengan beberapa kepingan roti.. Dan apabila sampai di tengah-tengah laut tu nanti, korang boleh la campak sikit-sikit ke laut... Ikan-ikan yang cantik-cantik datang kat korang... Wahhhh!! Memang indah sangat rasa waktu itu....

Lupa nak ceritakan sekali, dalam boat tu, di tempat letak kaki kita, adalah cermin yang mengalasnya... So, korang boleh saksikan betapa cantiknya ikan-ikan dari bawah boat..... Sangat berbaloi dengan harganya kan??? Ini adalah recommended jugak... Tempat WAJIB pergi bagi korang yang nak ber'honeymoon'.. Heheheheheheheee...

* kat sini penuh dengan mat saleh dan minah korea... masa aku datang tu, aku sorang je Melayu kot... hihihi..

Nak tau apa ada di sana??? Jom... Pasti teruja gitu.....

Mat saleh berbikini bersidai di tepi pantai.....

 Pemandangan dari sisir laut... indahnya......
 Penuh dengan private boat yang hanya membawa 2 orang sahaja dalam setiap trip....
 Ni aku tak tahu apa.... tengah buat kapal agaknya.....
 ini dia ikan-ikan yang menghampiri sebaik sahaja roti dilontar ke dalam laut.... cantik sangat weyyyy
 Resort dan Hotel 5 star yang ada disepanjang jalan pulau itu.....
 Inilah dia cermin di kaki korang yang aku ceritakan tadi.....
 Bot-bot bergelimpangan di atas air....
 Sempat pose sebelum bertolak ke Turtle Island
 Inilah PEMANDU BOT yang kami naik tu... Thanks pak bawa kami jalan-jalan... :-)
 Teruja tengok ni..rasa nak naik, tapi tak tahu berapa kosnya... Dibawa oleh bot di laut.. korang akan terapung seperti ini... *Gayat pun ada jugak..* lalalalala


 Ha..... lebih kurang 20 minit jugak la perjalanan dari Jeti ke Turtle Island, kami da sampai......
Ada batman la atas tu!! Sedapnye dia tido..sampai tak perasan aku snap..

Perbezaan antara Mr.Cool dan juga mat saleh dibawah...jeng jeng jeng.......

Seee??? hihihihi... walaupun mat saleh ni sebenarnya takut dan geli, tapi muka still macho gitu... lalalalalaaa

 Konon macam nak kiss turtle tu.. mana tau leh bertukar jadi anak raja Bali.. hahahahahahaa
The most big turtle here!!!

 Turtle tu dah bosan dengan pelancong agaknya ..... Dia nak balik dahhhh....
 Sebahagian daripada binatang yang ada di turtle island.... Kenal tak apa ni?? * Tak kenal tampar laju-laju mulut korang tu*
Mr.Owl....

Sambung lagi....

Day 3 : Cuti-Cuti Bali ~ Celoteh 1 (Tanah Lot)

Sekian lama sambungan entry aku ni membisu seketika, akhirnya hari ni aku nak hapdep kesemua entry bagi hari ke-3 iaitu hari terkahir aku bercuti di Bali, Indonesia.. Hari ni adalah hari terakhir bagi bulan May.. Jadi aku kena habiskan entry ni sebelum masuk bulan baru.. Haishhh... cayok..cayokkkk!!

Macam biasa, seperti kebiasaan, lepas sarapan, terus tunggu Made.. Kami memang awal.. Tak nak bagi Made tunggu lama sangat... Kami buat keputusan untuk check-out sekali.. Senang.. Tak payah nak patah balik ke hotel semata-mata nak check-out :-)

Kereta khas untuk Bell Boy.. hehehehee..

Ewahhhh... sempat posing gedik atas buaian kat hotel ni sebelum check-out..

Bank BNI ni untuk korang yang dah terover shopping kat Bali, lepas tu dah tak ada duit, boleh la cucuk duit kat sini... Pilih untuk CREDIT ye.. baru boleh kuar duit... Mesin ni ala-ala MEPS jugak la... duit yang keluar dalam bentuk RUPIAH tau.. bukan RM.. hihihii..

Lokasi pertama di pagi hari terakhir kami adalah ke Tanah Lot.. memandangkan aku booking tiket balik ke Malaysia penerbangan terakhir sekali, pukul 9.50 mlm, jadi memang sangat-sangat sempat la untuk kami bercanda ria lagi.. ewahhhhh...

Di Tanah Lot ni merupakan satu tempat di mana Temple yang paling tertua sekali di Bali.. Lokasi memang strategik sangat. Jarak dari hotel kami ke Tanah Lot kira-kira 30km jugak la... rasa perjalanan tu agak lama sebab jalan ke sana agak kecil dan sempit... Jadi Made tak boleh nak bawa kereta macam selalu.. Hehehehe.... Kalau tak rasa nak tercabut nyawa korang tau tak... *urut dada tiap kali Made mencelah-celah*

Admission fee untuk Tanah Lot ni adalah 30,000 Rupiah (RM10).. INGAT FREE KEEEE???

Tanah Lot ni salah satu recommended untuk korang... cantik tau view kat sini.... Jom layan gambar yang ada >>

 
 Entrance menuju ke Temple
 Ni adalah kawasan-kawasan yang ada di sekitar Tanah Lot
 Again... Thanks to Made... Nice shoot :-)
 Upper view
 No Entry!! But My Mr. Cool already get in there!!
 ~ I love this ~
 Bentuk seakan kapal kan?? Nampak tak minah saleh dok tercongok kat batu tu?? Tau depa buat apa tak?? Ready nak surf tau!!
 Ha.................... tuuu... kan aku dah cakap... selamat dah terjunan depa...
 Menggedik sekali lagi di tengah-tengah rumpun yang ada..... ewahhhh...!
Sambung ke Lokasi seterusnya......