FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Monday, February 29, 2016

X-Ray HSG di KPJ Tawakkal

Entry ke Busan tak siap-siap ade hati nak buat entry baru!

Hahahaha.. Jangan kecam aku ye.. entry kali ni hanya sorotan sahaja.  Khas buat semua TTCians diluar sana yang mengalami masalah seperti aku.

Hampir cecah 4 bulan sudah aku cuba amalkan dengan supplement Natto Serra & Liver Support bagi masalah tubes blocked @ tiub fallopio yang tersumbat.

Sedikit perkongsian tentang supplement ni:

1) Hanya boleh dibeli dari luar sahaja.

2) Korang boleh beli di web www.iherb.com

3) Pembayaran hanya kad kredit dan paypal sahaja diterima.

4) Ambil masa lebih kurang 1-3 minggu untuk sampai ke Malaysia. Bergantung pada pemilihan syarikat penghantaran. Aku biasa guna DHL. Seminggu sampai.

5) Kesan dari supplement ni, agak "harsh".  Mula cramping pada bahagian rahim pada hari ke 2. Hingga kini. Tapi sekarang dah semakin berkurangan.

6) Bulan pertama & kedua Cik P datang, sakit sampai menangis.  Ada keluar seperti scar tissue yang besar gileee.. Tak tahu apa benda tu.

7) Masuk bulan ke 3 & 4 ni, alhamdulillah.... Cik P datang tanpa aku sedar. Alih-alih muncul je... Tak rasa sakit langsung. Scar tissue masih keluar tapi dalam kuantiti yg sikit dan kecil sahaja.

8) Aku masih teruskan sehingga sekarang. Plan nak ambil hingga 5-6 bulan.


Hasil dari tu, aku mula plan nak buat HSG sekali lagi untuk x-ray samada both tubes aku masih tersumbat atau tidak.  Harap sangat ada perubahan hasil dari makan supplement Natto Serra ni.


So, aku dah call KPJ Tawakkal untuk tetapkan appointment. Apa yang korang perlu buat sebelum nak make appointment untuk X-Ray HSG:

1) Make sure WAJIB ada surat refer daripada mana-mana klinik. Kalau tak ada, jangan harap dorang nak layan.

2) Hari pertama period, terus call untuk appointment. HSG akan dilakukan antara hari ke 9-13. Bergantung pada kekosongan jumlah pesakit.

3) No telefon KPJ Tawakkal : 03-4026 7777 dan minta sambungkan pada bahagian X-Ray untuk HSG.  Direct call memang tak ada.

Ok, maknanya, aku kena call untuk bulan Mac nanti sebab bulan Februari ni dah terlambat.  Apa-apa update akan menyusul kemudian ye!






Monday, February 22, 2016

Entry Busan yang Tertangguh

Lepas balik dari Busan, aku tak sempat langsung nak hapdep apa-apa info dalam blog kesayangan nih!

Macam-macam cerita yang tak sempat aku share. Dengan kelulusan penempatan baru aku di pejabat baru lagi, kerja melambak-lambak.. Memang tak dan nak sembang apa-apa.

Nanti satu hari aku akan usahakan jugak entry ke Busan ye.

Sabar tau!!