Tuesday, June 7, 2016

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Hari ni dah masuk hari ke 2 berpuasa. Tetiba trasa nak hapdep entry dalam blog yang makin usang ni.

Alhamdulillah, tahun ni dapat sambut ramadan sekali lagi, terima kasih Ya Allah kerana aku masih lagi bernafas hingga hari ini.

Maaf pada semua yang menunggu entry ke Busan, memang aku tak berkesempatan nak menghapdepnye. Gambar pun baru separuh aku edit. Akan diusahakan jugak entry ke Busan tu dalam seminggu lagi ya.

Sebenarnya entry ke Busan belum siap lagi tapi dah plan untuk next vacation plak. Moga semuanya dipermudahkan..



Aku masih lagi seorang TTCian dan masih dengan amalan supplement natural.  Mengharapkan keajaiban berlaku dalam masa setengah tahun ini.

Harapan dan impian, moga ada perkhabaran yang baik datang di bulan yang suci ini.

Dan rawatan IVF ku akan diteruskan selepas raya. Plan aku masih tetap ingin ke Alpha Fertility Centre. Doakan yang baik-baik ya.


Salam Ramadan buat semua :-)



Monday, April 4, 2016

Scammer Online Malaysia :- Ashhannas, Minaz, LeeyanaRahman

Hadoii.... demmm

Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut aku lepas dapat tau sorang seller Ashhannas ni rupenye scammer..

Rupanya dalam group FB tu ramai dah kena dengan dia tapi dorang silent. Dapat kat aku memang tak la aku nak silent. Harus dihebohkan agar orang lain tak terkena lagi.

Punyalah aku try google details dia tapi tak pulak keluar nama dia.

So, kepada semua pembeli yang gemar shopping online macam aku ni, please alert dengan nama dan no akaun pemilik ni.

Nak mencarut rasenyeee!!!  Demmmm.

p/s: Kesian kat orang macam ni. Allah dah bagi fizikal sempurna, ada tangan ada kaki, ada tenaga, masih muda, sihat, tapi kerja menipu orang. Malu sikit dengan OKU yang kat luar sana bertungkus lumus cari rezeki halal.  Dapat la ko malu sok kalau nak kawin bakal suami google rupenya ko ni penipu. Menyesal tak ada guna dah.


Scammer atau Penipu Online Malaysia

Akaun: Maybank
No Akaun: 164557206257
Nama Pemilik Akaun:  Nadiah binti Bahari




Wednesday, March 9, 2016

Tips & Tricks Ke Busan, Korea

Trip aku ke Busan hujung Januari 2016 yang lepas waktu tu musim sejuk.  Memula, touch down di bumi Busan waktu tu suhu masih -3 °C.  Rasa tersangat la sejuk bila angin bertiup ke muka.. Haduiiiiii.. tak tau nak kata apa.
*Mungkin sebab aku ni jenis kalah dengan sejuk*

Sebelum ke Korea, korang mestilah merancang waktu dan musim yang korang nak pergi.  Kat sini aku ade bagi list untuk panduan korang ye:

Musim Sejuk (Winter) = Disember - Mac
Musim Bunga (Spring) = April - Mei
Musim Panas (Summer) = Jun - Ogos
Musim Luruh (Autumn) = September - November

Tak banyak beza pun dengan tips masa aku ke Seoul. Cuma dari segi pakaian, aku bawak yang tebal-tebal kali ni.

1.    Busan adalah bandar ke 2 terbesar di Korea Selatan.  Banyak juga tempat-tempat menarik yang boleh korang kunjung.  Short list tempat-tempat menarik aku dah share pada entry yang lepas: http://inicelotehaku.blogspot.my/2016/01/tempat-tempat-menarik-di-busan.html

2.    Perjalanan ambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit.

3.    Imigresen kat sini tak straight. Sama macam kat Seoul.  Korang boleh bawa seberapa banyak makanan yang korang nak.

4.    Airport Busan tak besar.  Pusing-pusing situ je. Korang takkan sesat pun.

5.    Jangan lupa collect Busan Map kat Information Counter ye.  Tengok yang English. Sat lagi korang main cekau je Bahasa Korea. Satu hape tak faham nanti.

6.    Kat sini banyak gile makanan laut. Sebab berdekatan dengan laut. Tapi perlu diingatkan, kalau nak makan tu, cari restoran yang betul-betul halal ye.  Banyak restoran makanan laut di sini yang tidak menghidangkan pork tapi aku masih was-was nak makan.  Bila dah was-was tu, memang tak la aku nak masuk.

7.    Bagi peminat HRC (Hard Rock Cafe), korang jangan lupa singgah tau. Area berdekatan dengan Haeundae Beach.  *Aku tak pergi sebab balik Malaysia baru tau ade HRC kat sana.. waaaaaaa!! 4 malam aku mengenang kesengalan aku nih!

8.    Sama macam di Seoul, train kat sana memang tak payah nak disangkal lagi.  Tangga bertingkat-tingkat plus laluan bawah tanah yang agak jauh.  Azab sikit bila bawa luggage yang besar gedabak.

9.    Aku pilih hotel yang agak strategik lokasi dia.  Keluar je hotel dah masuk shopping street dengan dengan BIFF Square. Lokasi ni berhampiran dengan Lotte Underground Shopping Mall, Namsan Tower, Gukje Market, BIFF Square & Jagalchi Market. Kat sini je korang boleh cover 1 hari penuh. Semua dekat-dekat. Jalan kaki je.

10.   Kt Busan ni, train bukan subway macam kat Seoul tau.  Kt sini guna Metro Line.

11.   Kat Busan bagi aku, tersangatlah banyak kedai Beauty Care. Belambak-lambak.  Macam kedai pisang goreng cheese. Hahaha..!!   Oh ya! Satu lagi tips, kalau korang shopping kat Gukje Market nak beli souvenir tu, tak payah nak feeling-feeling survey harga. Buat penat je.  Sebab kedai souvenir kat Busan sangatlah susah nak cari.  Mana yang jumpa terus je beli.

12.   Banyak baju - bajan ikut season korang boleh dapat kat Gukje Market.  Serius aku cakap. Rambang mata habis.  Murah-murah sangat. Kalau korang nak tahu, sampai 4 helai baju sejuk, 3 helai legging pants aku rembat. Hahaha..

13.   Wifi free ada dimerata-rata.. Bagi aku, tak payah la korang menghabiskan duit nak sewa wifi. Membazir.  Bukan korang nak guna tepon 24 jam kan. Kat hotel dah tentu ada.  Kalau setakat jalan-jalan tu, ada tempat yang ada wifi free, ada yang tak ada.

14.   Untuk musim sejuk, jangan lupa beli hot shake & hot stick kat 7-eleven.  Beli kat sini je murah.

15.   Rasanya, setakat itu je yang aku boleh share.  Kalau aku teringat tips yang lain aku update kemudian.


Untuk info di Seoul : http://inicelotehaku.blogspot.my/2014/04/tips-trick-ke-korea.html