FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Friday, May 23, 2014

Day 2 : Cuti-Cuti Seoul ~ Celoteh 3 (Itaewon , Restoran Siti Sarah & Namdaemun Market)

Jumaat Penghulu Segala Hari..
Jumaat Hari Yang Dinanti..
Jumaat Best Esok Nak Cuti..
Jumaat Hari Nak Update Entry..
*Ewahhhhh...Pantun 4 kerat..tapi macam tak kena je??*

Keluar dari kawasan Seoul War Memorial, tengok map macam dekat je Itaewon ni.. So kami amik keputusan nak jalan kaki je..

Amik Kiri, terusssssss...

Terussss..

Terus lagi.....

10 minit berlalu....

Terus lagi.....

Aik?? Tak sampai lagi?

Terus...... Dan jalan terus......

Akhirnya, baru sampai. Ada dalam 20 minit jugak jalan kaki!!
*Pengsan tepi bus stop*

Kalau nampak kawasan & bangunan kuning ni, maknanya korang dah sampai la tu..
*Jalan terus sebelah kiri. ikut 2 couple mat saleh tu*

Dongak atas, ada signboard. Betul la tuh!

Sampai nampak Welcome Board biru ni.
Tapi tak payah nak melompat sangat ye. Nak ke masjid jauh lagi dalam 800 meter hokey!
*Lagi sekali aku buat-buat pengsan tepi bus stop*

Sepanjang kaki jalan Itaewon ni banyak cafe, kedai Arab dan makanan Halal serta butik berjenama. Tapi aku tak amik port langsung sebab tak berminat nak shopping. Sehingga lah......... Aku ternampak................
Tu dia!!!!!!! G-Shock Factory!!

Saja cuci mata masuk butik G-Shock di Seoul ni. Seperti yang telah ku jangkakan.... Memang mahal berbanding kat Malaysia. Sempat pose dengan koleksi G-Shock aku.
*Sampai juling mata patung tu paksa aku masuk dalam, tapi aku tak mo jugak beli... wwweekkkkk*

Kalau dah nampak G-Shock Factory, korang cross jalan tu dan terus naik bukit yang ada kat seberang.. Terus menuju ke atas sehinggalah korang nampak jalan ni.
*Nampak tak Masjid? Ada dicelah-celah bangunan tu*
Sepanjang jalan menuju ke masjid, memang banyak restoran makanan halal. Banyak makanan arab termasuk ada mini mart halal. Tapi kami pilih Restoran Siti Sarah sebab banyak blogger suggest makan kat sini.

Masuk kat dalam, tengok menu yang ada. Harga pun best jugak. Hahahaha.. Pilih punya pilih kami order Nasi Goreng dan Soto Ayam. Air Teh Ais.

La...... ingatkan soto macam kat Malaysia tu. Ada cili kicap bagai. Rupanya soto style ala-ala Bakso. Ada nasi sekali.
*Ingatkan tak pedas, sekali makan cili merah dia...... Berapi!!*

Lama jugak lepak kedai makan si Sarah tu.. Rasanya pun not bad jugak la... Lepas tu kami teruskan perjalanan menuju ke Masjid. Terus je sampai jumpa Pintu Gerbang ni.
*Seperti kelaziman, lepas makan mesti nak cari bank. Melabur jap. Lepas tu solat*

Selesai solat, Mr.Cool tunggu aku dekat ruang legar masjid. Kelihatan beberapa pelancong asing nak menziarahi masjid.
*Nampak tak skirt yang sama mereka pakai? Hahaha... Asalnya mereka ni pakai shirt pendek. Tapi pihak pengurusan masjid tak benarkan mereka masuk ke kawasan ini sekiranya tidak memakai skirt labuh yang mereka bekalkan*

Persekitaran masjid ni seloah-olah tidak dijaga dengan rapi. Agak kotor sedikit... Tapi syukurlah, ada juga tempat solat..

Taraaaa!! Dari bersepatu, tukar berselipar... Kaki dah bengkak. Pakai selipar lagi bagus.  Rasa malu sepanjang jalan sebab kat sana tak pernah aku nampak lagi mana-maan orang jalan pakai selipar. Hahahaha... Ada aku kesah???
*Masalah lain pulak datang. Sakit bahu sebab gendong boot dalam beg. Keja gila namanya ni!!*

Nampak board ni masa nak jalan keluar. Restructure kawasan masjid.
Alhamdulillah...... surely akan cantik lepas ni.
Lepas bergambar, kami menuju ke Itaewon Station.

Destinasi seterusnya : Namdaemun Market.
Routes : Itaewon Station > Hongdae Station. Exit 5.

Sampai di Hongdae Station, ada direction board ni. Tengok betul-betul exit yang terhampir dengan shopping street ni ye. Kami keluar ikut Exit 5.

Naik atas tanah, jalan sikit dah jumpa shopping street ala-ala Petaling Street ni. Korang bershopping la sehabis-habisnya kat sini sebab dari sudut pandangan aku, Namdaemun Market ni tempat paling terbaik nak shopping di Korea. Banyak Souvenir, T-Shirt, Baju-Bajan, Brooch, dan Bangle yang cantik-cantik. Harganya pun berpatutan dari kawasan shopping street yang lain.
*Shopping Street ni besar, banyak lorong. Kalau rajin tawaf la. Aku memang malas bab shopping ni sebab tak berapa minat sangat. Cari benda yang nak dicari, jumpa. Balik guest house.*

Sempat beli susu pisang. Favorite ni. hehehe.. Tapi hari ni nak try perisa lain. Semua aku angkut, Strawberry, Watermelon, Light Milk.
*Muntah susu la jawabnya*

Perbelanjaan hari Kedua : ( 2 person )

Admission Changdeokgung Palace + Secret Garden = KRW 16,000
Share = Seorang KRW 8,000
Makan kedai Siti Sarah = KRW 23,000
Share = Seorang KRW 11,500

Shopping
T-shirt (20 helai) = KRW 68,000
Mr.Cool = 7 helai
Aku = 13 helai
Fridge Magnet = KRW 20,000
Susu Pisang = KRW 3,900
Grand Total = KRW 130, 900 (RM418)

Wednesday, May 21, 2014

Day 2 : Cuti-Cuti Seoul ~ Celoteh 2 (Seoul War Memorial)

"Boss... Sorry boss.. Kalau boss bukak entry saya ni, jangan marah yek!! Ni saya curi-curi masa sambung entry.  Buat hilang ngantok je.. hehe.."
*Boleh guna ke alasan macam badut ni??*

Habis ronda-ronda kawasan Changdeokgung Palace, kami meneruskan perjalanan ke Seoul War Memorial.  Kena naik subway dan turun di Samgakji Station, Exit 12.
First time nak subway nih!

Keluar dari palace, ikut jalan sebelah kiri, terus je sampai jumpa traffic light. Itu dia Station Subway Anguk Station. Yea! Dah sampai.. Tu dia!! Kami turun dari Exit 3. FYI, Entrance dia bawah tanah tau.. korang kena turun 4x tangga ke bawah.. Exit dia juga banyak.. ikut kawasan. Ada sesetengah kawasan yang kira havoc tu banyak la exit dia.. korang kena study betul-betul sebelum buat keputusan nak ikut exit mana ye.  Untuk panduan penuh, korang refer website ni dan study exit mana yang paling hampir dengan lokasi perjalanan korang.  www.english.visitkorea.or.kr
*merangkak naik kalau nak keluar dari station*

Anguk Station, Exit 3
Turun bawah tanah tu, jumpa la subway nanti!

Dah sedap-sedap jalan tu, jangan lupa tengok signboard tau. Takut korang tersalah naik train pulak.

Turun tangga ke - 3, ada signboard lagi. Ni lebih details. So korang boleh tengok hala mana yang patut korang ikut nanti. Kiri atau Kanan. Jangan salah ye!
*kalau salah, x ada ape pun. Penat nak patah balik, turun naik tangga je la.. mampu ko??*

Masuk dalam subway, memang merata bahasa korea. Confirm tak faham. Jangan risau. Tengok je screen yang ada pada setiap pintu subway. Ada paparan destinasi berikutnya... kalau tak yakin, ada jugak route kat sebelah screen tu.
*lihat contoh*

Tuuuuuu dia tangga!! KAlau 4x step macam ni.. boleh pitam tau! Sampai dah di Samgakji Station. Cari Exit 12. Keluar ikut situ. Exit yang paling hampir dengan Seoul War Memorial . Keluar, terus... Dalam 5 minit dah sampai.

Ha!!!! Dari jauh dah kelihatan.
Seoul War Memorial. Korang sure nampak tugu peringatan ni dulu.

Peta kawasan Seoul War Memorial
*Besar. Pengsan lagi sekali nak tawaf*


Masuk dalam tugu peringatan tadi, ada benda alah ni. Aku pun xtau nak describe apa benda ni. Tapi benda ni diperbuat dari cantuman kaca-kaca. Cantik kan?

Lagi sekali jumpa tugu peringatan.


Masuk dalam lagi.... Ada banyak pesawat udara dari pelbagai negara.

Ada kereta kebal jugak..

Yang ni kereta apa pulak eh? Yang aku tau kenderaan ni untuk bawak meriam tuju tu...

Ada lagi... macam-macam jenis.. tak larat dah nak snap.

Sambung lagi..... mood memang dah out ni. Baru 2 hari pergi kursus, kerja yang menunggu dah macam 2 bulan aku cuti.
*Moral down*

Friday, May 16, 2014

Day 2 : Cuti-Cuti Seoul ~ Celoteh 1 (Changdeokgung Palace & Secret Garden)

Hari ke - 2 di Seoul..
Sabtu, 26 April 2014.

Bangun solat subuh jam 4.30 pagi.. Sambung tido balik.
*kat Korea waktu solat memang awal memandangkan matahari terbit pun awal. Jam 5.30 dah terang*

Bangun balik jam 8.30 pagi, siap-siap, turun breakfast.

Beewon Guest House ada menyediakan breakfast setiap hari.

Dari Beewon Guest House, kami jalan kaki ke Changdeokgung Palace di mana dalam palace ni terdapat Secret Garden.. Tak jauh pun. Dalam 5 minit dah sampai. Keluar Guest House, amik kiri.. Terus je sampai jumpa simpang besar. Dah sampai!!

Mr.Cool berlatar belakangkan Changdeokgung Palace
*apa style diposingnya tu?*

Giliran aku pula berlatar belakangkan Counter Tiket Entrance Changdeokgung Palace
*Tak ramai lagi pengunjung..sebab sampai awal. Tu yang best!*

Harga Tiket Entrance :
Changdeokgung Palace = KRW 3,000
Secret Garden = KRW 5,000
Total : KRW 8,000 ( RM25)
*Nak beli asing-asing pun boleh.*

Jom ikut puan celoteh teroka apa yang ada di dalam Changdeokgung Palace

Masuk dah. Belakang tu Main Gate Entrance Changdeokgung Palace

Nampak pokok besar ni. Cantik sangat...
*Mr.Cool sibuk nak interframe jugak. Nak suruh ketepi, tarik muka 14 pulak nanti*

Dalam palace ada palace..?? Aku pun tak sure ni tempat apa. Mungkin tempat beradu Raja Dynasty dia kot..?
*Motiff tak tahu?? Malas nak baca guide kat situ..hahahaha*

Subhanallah... Nampak pohon-pohon merimbun yang cantik-cantik. Tambah pulak kawasan palace ni memang bersih gila.. Lagi nampak cantik kan??

Kawasan sekitar palace.

Tiba-tiba masa jalan-jalan tu nampak pintu usang ni. Macam dalam cerita lama zaman Dynasty. Nak tinjau apa yang ada kat dalam tu , tapi macam rasa takut je..
*Abaikan. amik gambar sudah....*

Bersantai di bawah rimbunan pohon..
*gedik sangat nak posing maut gini*

Ada bunga yang tak pernah aku nampak sebelum ni. Bunga apa tah. Bila pegang macam plastik. Tapi cantik sangat-sangat..

Aku mempoyokan diri lagi...

Masa dah sampai sini, tak larat nak explore dah. Mengah sebab kawasan palace ni sangat-sangat lah besar... Posing je la..

Pelancong dah mula ramai. Kalau tak silap masa ni dah pukul 10.30 pagi.
Lepak sat sementara tunggu gate ke Secret Garden dibuka. Turn kami pukul 11 pagi.

Masuk dah... Jalan menuju ke Secret Garden.. Cantik, kemas, bersih.... Tapi yang tak bestnya kena naik bukit.. waaaaaaaa!!!

Tuuu dia.. Kawasan utama Secret Garden. Agaknya kalau musim Winter mesti cantik kan??
*Feeling nak repeat datang sini balik*


Aishh.. tadi aku amik gambar minah ni sibuk membelakangkan aku. Sekrang dah menghadap depan pulak dah??

Ada kedai Souvenir.. Tapi rasanya confirm mahal kot..

Jalan lagi masuk dalam... Nampak kolam ikan.. Cantik... Tempat permaisuri main-main kot kat sini..


Agak dah jauh jugak berjalan.... Jumpa lagi kawasan cantik.. Tak tau tempat apa ni.. Tapi rasanya kalau Musim Autumn sure lagi cantik kan??

Tadaaaaa!! Gambar last sebelum nak keluar balik dari Secret Garden.
*tak abis teroka pun kawasan ni.. Lotih sangat...*