Aku sangat-sangat bersyukur kerana Ramadan kali ini membawa seribu kenangan dan perasaan buat aku... Dan Ramadan kali ini jualah, hatiku telah "diusik" oleh-Nya.....
Terima kasih Ya Allah, kerana memilih aku untuk melalui ujian dan dugaan yang maha hebat dari-Mu.......
Harapan ku, semoga aku dapat berjumpa lagi Ramadan, yakni bulan yang mulia ini untuk tahun-tahun berikutnya.......
Ya Ramadan...... Ya Ramadan....... Aku terasa sungguh sayu untuk meninggalkanmu..... Hatiku menangis mengenangkan pemergianmu beberapa hari lagi........
Sungguh.... Sungguh aku bersyukur di atas kurniaan-Nya padaku... Dan aku adalah hamba-Mu yang bertuah diberi kesempatan mengubah dan bertaubat di atas segala kekhilafan ku selama ini...... Syukur ke hadrat-Mu Ya-Allah kerana memberikan aku nikmat indah ini......
Alhamdulillah.....
SALAM LEBARAN 1434H BUAT SEMUA PEMBACA INI.CELOTEH.AKU
2013
No comments:
Post a Comment