- Jangan lupa sampai je kat Airport Vietnam, ambil semua risalah @ Flyers Free berkaitan bandar Ho Chi Minh City. Kalau korang lupa amik, dan nak mintak kat hotel, dorang akan charge USD 1 Dolar hokeyyyy!! *gile mahal. kat airport free jek!*
- Kalau nak tukar duit tu aku suggestkan tukar je semua duit Vietnam Dong. Korang akan lebih jimat dan murah. Ada beberapa penjual sengaja mintak USD. Jangan bagi hokeyy!!
- Kalau korang beli baju, kain atau tudung kat area atau lorong Kedai Makan Basiroh tu, gunakan matawang RM.. Ada beberapa seller situ kalau kita mintak Vietnam Dong dia letak harga tinggi pulak. *Pengsan*
- Puncanya sebab ramai sangat warganegara Malaysia menginap kat hotel sekitar situ... jadi dorang memang pandai cakap melayu dan jugak nak duit RM..
- Beli guna
Dong (mata wang Vietnam) sebab harga akan jauh lebih murah berbanding USD. Kalau satu barang beza harga RM2-RM3 ringgit bila dah banyak terasa jugak ruginya tau.
- Beli
mineral water yang betul-betul savety. (Drinking water) atau lebih elok bawa
dari sini. Kat sana kena minum air banyak sebab cuaca sangat panas. Suggestion Mineral Water di Vietnam beli yang brand 'Aqua'.
- Wajib beli Kopi Vietnam. Kalau rasa tak nak beli korang wajib rasa air coffee with milk dia tau... sedap sangat sampai aku tiap-tiap hari nak beli.. huhuhu..
- Wajib beli Kopi Vietnam. Kalau rasa tak nak beli korang wajib rasa air coffee with milk dia tau... sedap sangat sampai aku tiap-tiap hari nak beli.. huhuhu..
- Taxi yang
boleh dipercayai – Vinasun & Mai Linh. Jangan lupa sebut "Use Meter".
- Driver taxi tak tahu English. Minta hotel/bell boy inform taxi destinasi kita.
- Waktu di Vietnam lewat sejam dari Malaysia.
- Most important, bring along calculator ye.
Senang nak kira. Tapi aku install apps Currency je dalam hanset. Lagi mudah korang nak kira.
- Amaran Keras!! Jangan sekali-kali cuba-cuba nak naik BECA DI VIETNAM ye... Tak pasal-pasal korang kena tipu nanti... Aku dah terkena pun... *nanti aku share kejadian ngan korang*
- Jangan habiskan duit membeli-belah kat sana. Tinggalkan sikit dalam anggaran Vietnam Dong 400,000 (RM60) . Sebab imigresen Vietnam ni memang teruk. Dorang akan suka-suka je nak kenakan *tax* kat korang. Ikut nasib la ye... kot-kot nasib korang tak baik kena la nanti..
*kuat rasuah kat sana!*
- Nanti nak kemas beg sila selang-selangkan dengan baju korang ye... jangan pulak korang susun sederet kain/telekung/tudung... tak pasal-pasal memang kantoi kat Airport .. sure-sure korang buat amal jariah bagi duit kat Pegawai Imigresen depa.. hihihi
*kuat rasuah kat sana!*
- Nanti nak kemas beg sila selang-selangkan dengan baju korang ye... jangan pulak korang susun sederet kain/telekung/tudung... tak pasal-pasal memang kantoi kat Airport .. sure-sure korang buat amal jariah bagi duit kat Pegawai Imigresen depa.. hihihi
- Datang awal bila masa nak balik tu kat airport sebab aku tengok ada beberapa rombongan mak cik timah sangkut barang-barang dengan imigresen dorang.
1 comment:
Hai jika anda berminat untuk percutian ke vietnam 2015, boleh lawati
PAKEJ 2015 JOIN TOUR
PAKEJ GROUND 2015
kami menyediakan pakej berkumpulan atau ground tour tanpa hidden charges. Tq.
Post a Comment