FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Wednesday, April 16, 2014

Tips & Tricks ke Seoul, Korea

Sangat berguna dengan tips-tips ni.  Jom share sama-sama:
 
 
1.    Masuk ke negara Korea Selatan tidak memerlukan visa.

2.    Travel sendiri (backpacker) lebih jimat berbanding menggunakan travel agent.

3.    Tapi kalau dah jadi backpacker kena la pandai-pandai buat research sendiri tempat yang menarik untuk dilawati, hotel atau guest house dan kemudahan pengangkutan.

4.    Pengangkutan yang paling mudah adalah subway. Bas pun okay jugak.

5.    Hotel/guest house boleh dibooking online melalui Agoda.com, Booking.com atau laman web hotel tu sendiri.

6.    Kalau stay di Namsan Guest House, bayar full payment cash masa check -in dan tak perlu deposit masa booking online.

7.    Buat itinerary iaitu jadual ke mana tempat akan dilawati day by day.

8.    Perjalanan mengambil masa selama 6 jam 20 minit.

9.    Masa makan dalam flight adalah 2 kali dan beli sendiri bukan dapat free (Air Asia).

10. Waktu di Korea awal sejam dari Malaysia.

11. Tukar siap-siap duit RM ke won di Malaysia. Bawak jugak duit RM cash dalam wallet.

12. Nak convert duit buat macam ni: contohnya 10,000 won buang 3 kosong kat belakang tu then 10 kat depan tu darab 3. That means 10,000 won = RM30.

13. Imigresen tak strict pasal makanan yang dibawa tak seperti Australia dan New Zealand. Bawalah apa sahaja seperti serunding, nasi impit, meggi, kari ayam, periuk belanga, rice cooker, peti ais.

14. Masa di imigresen, kastam tak check beg pun tapi kalau pakai jaket kena buka jaket.

15. Suhu waktu spring pun agak sejuk. Lebih kurang 8*c-10*c. Pakai baju berlapis. Bawak jaket. Winter coat yang tebal-tebal tak perlu.

16. Tempat shopping yang popular ialah Myeongdong, Namdaemun, Dongdaemun dan Insadong.

17. Kedai makanan halal banyak terdapat di Itaewon.

18. Hard Rock Cafe Seoul masa kami pergi sudah tidak beroperasi lagi.
 
19. Full House, Nami Island, Aiins World dan Everland terletak jauh sikit dari bandar Seoul. Masa perjalanan hampir 1 jam. Perlu naik train, bus, ferry, teksi, basikal dan sebagainya.
 
20. Install application Jihachul daripada android/apple pada smart phone anda supaya mudah untuk study subway route map. Tak perlu internet.
 
21. Install application arah kiblat jugak sebab kat Korea tak ada petunjuk arah kiblat dan jugak waktu solat di sana. Boleh buat jamak dan qasar.
 
22. Beli T-Money card di 7 Eleven, GS25, atau Family Mart untuk memudahkan proses menaiki train atau bas. Saya topup 50,000 won untuk 5 hari.
 
23. Bawa botol air ketika masuk toilet sebab toilet kat sana tak ada paip dan hose untuk membasuh.
 
24. Stay di guest house yang dekat dengan subway atau tempat tumpuan pelancong.
 
25. Dalam subway station ada escalator tapi ada juga yang tak ada dan perlu naik tangga.
Sangat azab untuk warga emas dan wanita mengandung. Kalau sanggup tunggulah lif.
 
26. Dalam train atau bas pulak ada signboard yang akan tulis nama station yang akan berhenti dalam English. So, tak perlu risau kalau terlepas station ke apa.
 
27. Signboard-signboard juga dalam English.
 
28. Certain-certain warga Korea je yang pandai cakap English. Yang lain kalau kita tanya dia cakap bahasa dia. Kalau kita tanya harga dia akan tunjuk pada kalkulator.
 
29. Perkataan yang popular ialah "Annyeonghaseyo"- Hello/Hi dan "Kamsahamnida" - Terima Kasih "Eolmaeyo" - Berapa harganya? "Kaka Juseyo" - Boleh bagi diskaun?
 
30. Kalau lalu di depan kedai kosmetik macam Etude House ke Tony Moly ke Nature Republic ke dia akan bagi free gift macam facial mask tapi kita kena gak masuk dalam kedai dan beli. Erkkk. Macam tak free je.
 
31. Jangan try makanan-makanan macam kek, kastad, muffin, roti, chocolate atau sebagainya. Nampak macam halal tapi kita tak tau ingredient dia mungkin ada contain wain atau lard. Kalau tak tau sila google apa dia lard.
 
32. Kalau makan di kedai atau restoran, plain water akan diberi percuma. Jimat duit tak perlu beli air. Hehehe tapi kalau nak air lain boleh je order.
 
33. Kebanyakan makanan set akan didatangi bersama 3-4 jenis side dishes dan selalunya ada kimchi. Sedap!
 
34. International plug adapter perlu ada. Sebab plug di sana lain dari Malaysia. Boleh beli di 7 Eleven kat sana.
 
35. Aktifkan phone roaming. Aktifkan kad kredit. Jika ada dan jika perlu.
 
36. Wifi ada di merata tempat even dalam subway tapi kena bayar bukan free.
 
37. Apa lagi eh? Hehehe.
 
38. Kat Namsan 2 Guesthouse ada alat penimbang, so bolehlah timbang berat beg sebelum ke airport.
 
39. Airport Incheon sangat besar sampai kena naik train dari satu terminal ke satu terminal. Sila datang awal ke airport jika tidak mahu ditinggal flight.
 
40. Ermmm tu je kot. Kalau ada lagi saya akan update kemudian.

Credit : http://ladybirdstories.blogspot.com/2013/05/tips-dantricks-ke-korea.html

...................................................................................................................................................................................................
 1. Peta Seoul
Peta Seoul penting untuk merujuk kawasan sekitar dan pelan landasan keretapi bawah tanah. Peta Seoul boleh dibeli di kedai2 buku utama dan boleh didapati secara percuma di pusat informasi pelancongan Seoul.
 2. Kamera
Perkakas wajib yang perlu dibawa. Banyak pemandangan menarik yang perlu diabadikan dan dikongsi bersama yang tersayang bila balik ke Malaysia nanti. Jika melancong semasa musim sejuk, kamera perlu dijaga dengan rapi kerana kamera boleh rosak pada suhu terlampau sejuk

 3. Passport
Pengenalan diri utama ketika berada di luar Malaysia. Jagalah ia seperti menjaga nyawa anda..hehe

 4. Sun glasses
Anda akan menyesal jika tidak membawa cermin mata gelap terutamanya ketika musim luruh. Keamatan sinaran matahari musim luruh memang terang walaupun pada cuaca sejuk. Jika terlupa membawa sun glasses dari Malaysia, berkunjunglah ke Pasar Namdaemun untuk membeli sun glasses berjenama pada harga yang berpatutan,
 
5. Kompas
Kompas penting untuk membaca peta dan untuk mencari arah qiblat.

 6. T - Money Card
T-money card berfungsi seperti kad Touch n Go di Malaysia. T-Money card boleh digunakan untuk menaiki kenderaan awam seperti subway, bas da teksi. Kad ini boleh dibeli di 7 Eleven dengan harga 3000 Won (RM 10).

 7. Duit Korea
Duit bukanlah segalanya tapi segalanya perlukan duit, betul tak?...RM 1 bernilai lebih kurang 300 Won. Harga setin Coca Cola di Korea ialah 700 Won.

8. Buku Catatan dan Pen.
Marco Polo mempunyai buku catatan pengembaraan. Begitu juga dengan Ibnu Batuta. Jadilah pengembara profesional dengan membawa buku catatan pengembaraan kemana saja anda pergi. Catatkan pengembaraan anda. Saya suka menulis catatan idea-idea perniagaan baru yang dilihat di Seoul yang boleh diaplikasikan di Malaysia.
 
 

38 comments:

naimah said...

assalamualaikum sayang,celoteh mu begitu terperinci...kaknik akan bercuti bersama anak2 pada 17 dec ni...trima kaseh dengan tip2 yg tertulis....salam perkenalan

Tyra❤️Zami said...

KN ~ Happy holiday kak!!

Linda Ishak said...

Terima Kasih.... panduan yg sgt berguna utk saya yg akan ke sana hujung bulan ni.. InsyaAllah...

Anonymous said...

Well done keep it up. Sangat berguna walaupun serba ringkas, tetapi as an eye opener for those yang memerlukan,,

Siti Anis said...

Really helpful .. motivate me to go alone .. ^^

Unknown said...

Tips yang sangat berguna dlm bentuk point, mudah dan senang faham. saya plan nak pergi juga bersama anak2. Terima kasih

Unknown said...

대박! It's really helpful.. Tak sabar tggu Spring Season.. Alone maybe? Haha! Adventurous gitu.. ㅋㅋㅋ

Unknown said...

Thanks 4 d tips yek.

SNM said...

Terima kasih byk² 4 dis tips..really useful.
Sy planning ke korea bulan Julai ni...insyaallah klu xada aral melintang.

Fiona said...

Very useful bullet-point tips!! thanks for sharing!!

HCube said...

Tq untuk tips2 berguna =)

HCube said...

Tq untuk tips2 berguna =)

blograidah.com said...

Assalammualaikum..

hai.. thanks so much sebab sudi share tips yang serba ringkas ini..

Boleh dijadikan panduan pada masa akan datang.. Insha Allah...

-raidah-
www.blograidah.com

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

woww...ringkas tpi banyak tips yg berguna as panduan.. plan to be there as backpackers jgak from 22-27/12/15...kalau ader sesiapa yg nak join, jom.contact me at oneal2205@gmail.com..boleh ber backpack travel bersama.

Dilla Jalil said...

wahhh lengkap sungguh. mmg best kalau bercuti ke korea. lagi2 kalau backpacking, banyak jimat woooo....tiba2 teringat nasi goncang dekat nami island..sedapnye...huhu.. ;)

Anonymous said...

Soalan saya:
1. Kalau bawak makanan dlm beg hand luggage kene tahan tak?
2. Berapa range harga yg berpatutan utk sewa guest house di kawasan seoul?
3. Ada yang nak ke seoul ke bulan april 2016? Kalau ada boleh terjah sekali..

Unknown said...

Pergi Korea perlukan kad kredit tak ? Kalau takda mad kredit boleh ?

Unknown said...

Pergi Korea perlukan kad kredit tak ? Kalau takda mad kredit boleh ?

Unknown said...

Pergi Korea perlukan kad kredit tak ? Kalau takda mad kredit boleh ?

ina zahari said...

Ada chance utk tersesat x? Kalau hostel plak bertukar setiap hari ke atau hotel yg sama jer sampai balik?

ina zahari said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam, terima kasih atas info yang berguna. Saya akan melakukan solo traveller ke korea selatan. Saya ingin bertanya, hanya bawak passport kan? tak perlu cop atau sticker dlm passport? terima kasih.

Tyra❤️Zami said...

Ina ~ sesat tu normal. Tp tak la sesat barat sgt. Hehe

Tyra❤️Zami said...

AL ~ tak perlu pun pun...

ɥɐΌǝ said...

joooowaaaaaa sronok baca dpt bnyk ilmu, hehehe

Tyra❤️Zami said...

haoe : adui.. x reti nak sebut name... sharing2:-)

Unknown said...

ringkas dan padat. terima kasih

Unknown said...

Anonymous...sy..sy...sy nk g korea bln april 2016...

Unknown said...

The best info..tqvm

Unknown said...

Hello...i plan nk pg dgn family bulan april ni...u pg brp hb..

kamal ikmal said...

Tq...info terbaik..sebelum hbs thn nie mesti sampai seoul...selamat tak pi solo...

kamal ikmal said...

Tq...info terbaik..sebelum hbs thn nie mesti sampai seoul...selamat tak pi solo...

Anon said...

Tips2 yang ringkas, tapi sangat2 bermanfaat. Terima kasih untuk perkongsian...

▲ Nurul Iman ▲ said...

sangat membantu. terima kasih :)

intan said...

thanks for sharing

farhana said...

plan untuk ke seoul soon inshaallah

najwaakutravel said...

Jom ke Seoul-Jeju cuti sekolah tahun 2020! Hanya RM3500/pax untuk 6H5M. Trip termasuk flight Kul-Jeju-Seoul-Kul, accomodation + tour guide + transport + breakfast + entrance fees + insurance. Untuk pertanyaan lanjut blh ws 018-9591995 atau email najwaakutravel@gmail.com.