FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Friday, July 25, 2014

Day 5 : Cuti-Cuti Seoul ~ Celoteh 1 (Insadong Shopping Street & Lotte World Park)

MasyaAllah....

Hari tu aku bagitahu nak update entry hari ke - 5 lagi 2 hari..

Nampaknya masa sangat-sangat mencemburui aku..

Dah nak raya pun masih kerja melambak-lambak..

Alahai.. nasib badan la..

Hari Ke 5 di Seoul.....

Asalnya kami memang plan nak gerak awal hari ni. Sebab dalam list ada 3 tempat nak pegi.

Namun.....

Hangat-hangat tahi ayam je laaaa...

Lepas subuh tido membongkang tak ingat dunia..

Sudahnya pukul 9 pagi baru gerak keluar dari Guest House.

Lokasi Pertama untuk hari ke - 5 adalah ke Insadong Shopping Street.

Kawasan shopping street ni sama seperti shopping street yang lain. Banyak souvenir yang boleh korang dapat.

Kiranya, shopping street ini suggestion ke - 2 aku kalau korang nak dapatkan barang-barang cenderahati. Shopping street yang lain-lain tu sila skip. Mahal.

Memandangkan Guest House kami sangat dekat dengan Insadong Shopping Street, kami jalan kaki je.

Menuju ke Anguk Station, terus.. Nanti jumpa la. Tak susah pun. Ikut map je.




Ok... Selesai shopping apa yang patut, kami menuju ke lokasi ke-2.

Iaitu Lotte Park.

Which is building theme park yang bersambung dengan shopping mall paling pemess tu.

Berjalan menuju ke Anguk Station semula.

Routes : Anguk Station > Jamsil Station, Exit 4.
Lotte World is directly connected with station.

Sampai di Jamsil Station, jalan terus ikut signboard Lotte World. Theme park tu bersambung dengan train station. So korang tak payah nak keluar ikut exit mana-mana pun.

Admission fee Theme Park ni adalah senbanyak KRW 25,000. Agak mahal juga. So, kami tak masuk pun. Sebab kami akan ke satu lagi theme park yang paling famous kat Seoul ni. Everland...
kami sekadar jalan-jalan dalam shopping mall dan bergambar free sekitar kawasan park.  Sebenarnya misi ke sini sebab nak cari Hard Rock Cafe. Dulu pernah ada di area Hongik University. Tapi dah tutup. Bila aku buka website Hard Rock Cafe, HRC baru di Seoul akan dibuka di dalam Lotte World ni. Date masih belum ada. Kami saja cuba pergi. Kot-kot ada luck dah buka ke kan... Nampaknye hampeh.



 
Habis pusing satu mall, kami keluar...
Misi terakhir hari ke - 5 adalah menuju ke Everland!!
Wahhhh... serius tak boleh tunggu. 


Memandangkan jam pun dah nak ke pukul 12 tghari, so aku kena stop sini dulu.  Nak balik rumah. Half day hari ni.

Entry ke Everland sambung lepas raya. Hokey??

Hahahaa... teruk sangat.. 4 bulan tak habis buat entry ke Korea. APTB!!


Byeeeee...

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!

Maaf Zahir dan Batin buat semua..
1435H / 2014M

No comments: