Monday Blues.......
Nak mencari surau dalam kawasan Everland ni dah jadi satu hal. Walaupun ada dalam map, tapi berpusing-pusing jugak mencari.
Rupa-rupanya prayer room dia ada di sebelah Spooky Fun House. Di dalam Monser House. Sila lihat di kawasan sekitar nya okey.
kalau dah nampak rumah ala english ni, maknanya dah dekat la tu.
Ni dia Spooky Fun House. Bangunan Monster House tu sebelumnya. So, means korang dah terlajak. Sila undur sikit.
Nampak??? Aku pun terlajak sama. Bukan korang je. Hahahaha...
Korang nampak tak dari jauh, pintu kecil warna hijau tu? Itulah Prayer Room.
Jumpa pun. Lega.... Tanggungjawab dah selesai.
Dalam Prayer Room ni memang simple. Tak ada apa-apa pun. Sofa je. Jangan lupa bawa telekung dan mini sejadah ye. Sebab carpet kat bawah tu lembab sikit. Rasa kurang selesa bila sujud.
Terima hakikat bukan mudah nak cari Prayer Room kat bumi yang minor Islam ni. So, bila dah ada kemudahan tu, terima saja. Tempat nak ambil wuduk adalah di sinki ye. Tak ada paip di bawah. Terpaksalah korang mengangkat kaki 90 darjah ke atas. Hihihii.
2 comments:
owh baru tau ada prayer room sini.. TQ dear utk info ni :)
KK ~ same2
Post a Comment