FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Wednesday, July 1, 2015

Mencari Kekuatan Selepas Keguguran IVF Pertama...

Assalamualaikum semua TTCians...

Lama sangat dah bersawang blog ni tak hapdep2...

Tak ada kesempatan untuk hapdep....

Awal selepas IVF FET , aku memang tak dan nak bukak blog ni.... Apetah lagi keupayaan nak menaip langsung tiada...



6 minggu kandungan......

Aku keguguran.....

Lebih menyedihkan lagi bila 3 hari menjelang Ramadan lalu......




Tak tahu nak ungkapkan perasaan ni....

Tak tahu dimana silapnya...

Mungkin itu ketentuan Allah..... 

Redha dalam pasrah.....




Kini, aku bangkit semula.... Meneruskan rawatan IVF Ke 2... Baki Ketiga-tiga embrio yang tinggal akan aku gunakan sebaik mungkin... 

Doa dan harapan, moga kali ini akan berjaya...

Rawatan follow up akan bermula pada 12 Ogos 2015... (Pertengahan Raya)

Doakan semoga semuanya selamat dan berjaya.....





* Cuti Tanpa Gaji aku lanjutkan sehingga Mei 2016... Susah pulak nak naik office, lepas tu nak apply cuti balik. Kompem2 la boss aku tak setuju... Sekarang aku berstatus 'Suri Rumah Sepenuh Masa'..Rileks serta dekatkan diri dgn Pencipta Yang Maha Esa.... 

** Kalau rajin, aku akan share tips-tips 2ww nanti ya...


4 comments:

sweet tooth said...

tyra, selalunya kalo kegguran disebabkan abnormality of the fetus. InshaAllah, Allah nak beri yg lebih baik untuk tyra dan suami. hang on....stay strong... hugs...

Tyra❤️Zami said...

ST ~ mungkin juga.. Sbb tny doc, rahim sy semua xde masalah... Cuma mungkin fetus x kuat.... Sbnrnya risau juga utk 2nd IVF ni.... Doakan sy ye....

Unknown said...

Akk..blh tau kos ivf yg akk buat?

Anonymous said...

Sis...2nd IVF berjaya? Insyaallah saya will proceed with FET this april. 1st IVF dulu gugur pd minggu ke6... sgt sedih sbb sy mengalami alahan yg teruk tp nikmat..doakan my 2nd IVF berjaya