MasyaAllah….
Lamanya berkurun betul tak hapdep
entry ni!! Janji dicapati namanya ni. Hahahaha.
Ok ok, kali ni betul-betul hakak hapdep ye. Since tengah cuti sem, maka ada la masa dan ruang untuk akak bebel dalam blog kesayangan nih!
Maafkan akak berjuta kali sebab selalu bagi
harapan kat korang yang menanti entry seterusnya.
Sedar tak sedar, hampir 2 tahun dah berlalu
sejak hakak menunaikan umrah buat kali pertama dan lebih mencabarnya dilakukan
secara D.I.Y.
Tidak semudah disebut D.I.Y., banyak
perancangan yang teliti yang perlu korang laksanakan sebelum buat keputusan
untuk menunaikan ibadah umrah secara D.I.Y.
Untuk entry kali ni, hakak nak kongsikan
cara-cara atau langkah pertama yang korang perlu buat sebelum nak rancang Umrah
D.I.Y.
Sumber: Google
_________________________________________________________________________________
Planning 1: Tiket Penerbangan.
Nak mudah beli terus pergi-balik supaya korang
tak susah hati dan sakit kepala fikirkan harga tiket balik nanti. Dapat luck
korang, mungkin ada tiket lebih murah, tapi kebiasaannya, last minute flight ticket
untuk Umrah memang harga mahal.
Untuk tiket penerbangan, hakak pilih Saudi
Airlines. Sebab hakak bawa orang tua. So nak make sure orang tua comfort, akak
pilih Saudi Airlines. Tiket return RM2+++. Penerbangan pergi hakak turun di
Madinah. Balik dari Jeddah. Sebabnya, turun di Madinah lebih mudah urusannya
berbanding di Jeddah. Tak banyak
penerbangan dari Malaysia yang turun direct ke Madinah. Jadi, jadual itinerary
tu hakak plan untuk ziarah dulu memandangkan seminggu pertama di Madinah.
**Perlu diingatkan, untuk perempuan yang berumur
45 tahun ke bawah perlu ada mahramnya. Info ni zaman hakak buat Umrah D.I.Y.
dulu. Berkemungkinan ada perubahan.
Planning 2: Itinerary
Lepas beli tiket, dah boleh start sediakan
itinerary perjalanan ke sana.
Planning 3: Visa
Perlu dibuat 3 minggu sebelum korang berangkat. Nanti akak akan
kongsikan beberapa info mengenai visa ni ye.
Planning 4: Travel insurans.
Yang ni bagi hakak pergi mana-mana pun wajib amik.
Sebarang kemungkinan boleh berlaku.
Planning 5: Mutawif (pembimbing)
Masa korang menunaikan umrah di sana, korang sangat-sangat memerlukan mutawif terutamanya bagi 1st time yang nak buat umrah. Ramai
student Malaysia yang berada di Madinah & Makkah bersedia membantu
korang. Bagi korang yang ingin
menunaikan umrah buat kali ke-2, kalau yakin dengan ilmu yang ada, tak perlu
mutawif pun tak apa. Maklumat ni pun akak akan kongsikan dengan korang ya.
Planning 6: Kelas Bimbingan
Pergi seberapa banyak kelas bimbingan umrah yang ada. Pilih
je. Ada yang berbayar ada yang free. Hakak pergi yang free je. Cari seberapa
banyak ilmu dan pengetahuan memandangkan korang pergi secara D.I.Y. Yang ni
korang boleh search dalam facebook je.
Planning 7: Hotel
Booking hotel yang *free cancellation*. Mana tau rezeki korang tiba-tiba
last minute nanti dapat hotel 5 star yang lebih murah. Tak mustahil sebab ramai
kawan-kawan group hakak dapat harga hotel murah last minute. Yang penting
korang booking dulu hotel yang berkenan di hati sebaik sahaja beli tiket
penerbangan ye.
**Penting!! : Kalau boleh jangan suka-suka dah
booking then nak cancel lebih dari 5x. Kalau tak silap-silap id korang atau kad
kredit korang kene block dengan booking.com
Planning 8: Suntikan Umrah
Yang ni WAJIB! Kalau tak de, memang visa korang tak boleh nak proceed. Walk-in (bagi klinik swasta) mana-mana klinik yang provide suntikan. Time aku dulu RM160 per person. Nanti akan dapat 1 buku suntikan.
Planning 9: Transport
Booking transport kat sana. Kalau korang nak pergi ziarah dan dah booking mutawif, biasanya mutawif akan charge sekali transport fee. Then dari Madinah nak ke Mekah / Mekah nak ke Madinah, korang boleh deal minta kerjasama dengan mutawif tersebut untuk carikan transport. Atau ada juga syarikat trasnport yang boleh korang percayai. Cuma korang kene booking awal-awal melalui whatsapp atau facebook ni: Umrah Taxi
Planning 10: Akaun Al-Rajhi
Disarankan buka akaun Al-Rajhi. Sebab kat sana mudah sikit korang nak cucuk duit.
Planning 11: Tag Umrah
Ni korang boleh design ikut macamana yang korang suka. Nanti akak akan bagi satu contoh yang akak guna hokey.
Setakat ni, rasanya semua ni yang paling penting korang kena prepare dari Malaysia. Nantikan hapdep seterusnya dalam masa terdekat hokey.
Payah nak perah otak ingat benda 2 tahun lepas. #siscuba :-)
No comments:
Post a Comment