FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Monday, January 4, 2021

TWINS Z IN DA HOUSE!

Tadaaaaaa... Salam perkenalan dari Twins Z.


Lama sungguh tak update blog. Sejak hadirnya twins z dalam hidup kami,lifestyle totally berubah. Hahaha.. No gadget, no selfie, no writing.. Tudung pun carik yang sarung je. Senget benget pun tak pedulik dah. Hahahaha.  

 

Sebelum lupa password bagai, hari ni sis decide nak merajinkan diri menulis jugak. Alhamdulillah ada masa selingan. Tapi tak boleh nak mengarut panjang sangat sebab mood menulis belum sepenuhnya datang lagi. Hihi.

 

Alhamdulillah, aku selamat bersalin twins z secara elective c-section pada 3.10.2019, Khamis jam 9.00 pagi. Segalanya dipermudahkan Allah swt dan berjalan lancar. Berpantang sendiri dan menguruskan twins z sendiri bersama Mr.Cool adalah satu pengalaman yang paling indah aku lalui. Pengalaman dan pengajaran banyak aku dapat waktu tu. Mana tak nya, pantang sendiri, anak pulak twins.. anak pertama pulak. Syukur dengan rezeki yang Allah bagi dengan pinjaman suami yang cukup sempurna.. Bantu A-Z untuk pengurusan Twins Z. Tetiba rindu pulak saat-saat tu. Rasa nak pregnant twins lagi ^^

 

Semalam twins z dah masuk 1 tahun 3 bulan. Alhamdulillah, membesarkan twins z waktu pandemic covid 19, banyak masa terluang bersama twins z. Pemakanan dan kesihatan twins z dapat aku pantau sepenuhnya waktu ini. Allah beri waktu dan peluang yang baik.. 

 

Moga twins z membesar dengan baik, sihat, gembira, dan melalui alam kanak-kanaknya dengan baik dan ceria.. Doakan untuk twins Z ya:)

 


#twinsz

 

No comments: