So, walaupun dalam Malaysia je, aku kena jugak buat sedikit travelogue bagi memastikan perjalanan dan percutian di sana berjalan dengan lancar....
Jenuh jugak menggoogle bahan dan info tentang Pulau Redang... Banyak sangat pakej yang disediakan.. cuma pakej yang aku nak memang sangat susah nak carik.. Semua yang ditawarkan untuk menginap di Pulau.. 3D2N la... 2D1N la... macam-macam lagi...
Lupa nak inform korang, aku pergi bercuti 3 hari sahaja... Cukup la tu dalam Malaysia kan... Lama-lama kat sana nak buat apa pun.. hehehehe... Jangan mare orang Ganu^^
Hari pertama aku berangkat dari KL tengahari... Aku dah siap-siap booking hotel www.suriaresorts.com area Merang... Hari Pertama tu cadangnya aku nak berjalan sekitar area Merang tu je....
Hari Kedua aku dah booking Pakej ke Pulau Redang hasil dari menggoogle seharian.. Akhirnya jumpa jugak.. Pakej Pergi-Balik (One Day Trip) .. Murah sangat weyyyy... RM150 include Lunch, Snorkeling, Return Ticket Bot dari Jeti Merang, dan jugak life jacket... Aktiviti dari pukul 8.00 pagi - 4.00 petang... Best kannn???
Hari Ke-3, flight aku malam.. jadi rasanya plan kami lepas check out Tengahari tu, nak berjalan sekitar Bandar Terengganu.. Pasar Payang dan lain-lain... ok la tu kan??? Boleh cover area Bandar tu lama sikit... hehehehehehe...
Sedikit sharing untuk korang yang ada plan nak ke Pulau Redang tapi nak plan macam aku kan....
(nak buat apa lama-lama korang kat Pulau tu... baik korang check in hotel luar Pulau..lagi best... Sumber makanan pun mudah nak carik.. )
Pakej : 017-9371350 (Fikri)
Bot Laju : 019-9852259 (Abg. Zul)
Taxi : 019-9965251 (Pak Cik Salim)
Cantik gila kan Pulau Redang ni????
Teruja nak pergi tau!!!!!
No comments:
Post a Comment