Hari ni, genap 13 hari balik dari Seoul.. Baru terhegeh-hegeh nak start entry ke Seoul.. Alahai... mana taknye, sibuk dengan Kerja Hakiki + Tempahan Hantaran + Kerja Dunia Akhirat (full time housewife) + Balik Kampung lagi.. so akhirnya dapat la ni = Malas...
Kalau dah malas tu, cakap la macamana pun tetap malas jugak kan? Hahaha... APTB!
Ramai jugak kengkawan yang dok heboh text aku minta update entry. Katanya tak sabar nak tengok gambar..
*Ke korang tak sabar nak bahan aku ni?*
*Mohon terasa kepada semua yang berkenaan.. peace!*
Tujuan utama aku melompat terlebih nak ke Korea ni adalah sebab nak tengok Cherry Blossom.. Atau nama kampung dia orang panggil Bunga Sakura..
*ada nama kampung ke?? Motiff sangat??*
Emmm... Aku sebenarnya masih blur lagi ni nak tulis entry ke Seoul. Sebabnya, tak tau nak mula dari mana. Dalam kepala hotak aku ni penuh dengan memori kat sana. Kalau boleh nak je aku storykan tanpa ada miss satu episode pun!!
Percutian ke Seoul selama 6 hari 5 malam. Hajat di hati nak ke Jeju Island sekali. Namun hajat hanya tinggal hajat... Sebab masa tak cukup. Mr. Cool tak bagi...
waaaaaaa!!! Nangis 5 hari 5 malam tau...*Mr.Cool pujuk ajak nak pegi lagi. Baru la hilang merajuk..
*walhal tah bila la agaknya dapat g lagi... hukhukhuk*
Destinasi : South Korea
Season : Spring
Tiket Flight : 8.00 am
Bergerak dari rumah : 4.00 pagi
Sampai LCCT : 4.50 pagi
Parking : Zon D (RM16 sehari)
Sampai LCCT, terus ke urusan luggage, bla bla bla.... Breakfast dan Solat ..
6 jam 30 minit masa perjalanan ke Seoul. Dalam flight aku order Nasi Lemak Pak Nasir & Nasi Beriyani. Sebenarnya Nasi Lemak tu aku punya... dan Nasi Beriyani tu Mr.Cool punya.
Tapi disebabkan Mr.Cool nak nasi lemak, pastinya aku sebagai isteri yang solehah sanggup makan nasi beriyani walaupun aku tak suka nasi beriyani...!!
*cewahh!! gedik sangat ayat ni...*
Suasana dalam flight.............
Jam pertama : tido + bangun + toilet + tido.....
Jam Kedua : Makan + tido...
Jam Ketiga : tido + bangun + toilet + tido.....
Jam Keempat : tido + bangun + toilet + tido.....
Jam Kelima : tido + bangun + toilet + tido.....
Jam Keenam : tido + bangun + toilet + tido.....
Kesimpulannya: Aku memang kuat membeseeeeeeee...... hahahahahaaa...
*rasanya confirm2 passanger yang duduk depan toilet tu perasan aku sejam sekali masuk toilet*
Sampai kat Incheon International Airport....
Keluar je dari pintu flight tu, jangan lupa tengok ke atas, ada 1 screen.. aku ingat screen tu cuma iklan aja.. tapi rupanya screen tu ada tertera nombor.. nasib baik masa aku tengok tu, aku ingat nombornya. Tujuannya, nanti korang boleh refer nombor tu untuk kutipan luggage..
Nak ke Custom & Luggage korang kena naik train. Keluar je pintu flight tu ikut je signboard yang ada gambar Bag. Sampai la korang jumpa train point nanti.
Naik train tu terus akan sampai ke Custom Clearance. Train tu memang khas untuk transit ke Custom Clearance sahaja. Tak ada station lain. Make sure masa kat custom nanti jangan guna hanset atau camera untuk snap gambar ye. Nanti kena rampas dan tak akan dipulangkan semula.
Dah selesai semua, Mr.Cool mula rasa gelisah tak tentu arah......
Ingatkan sebab apa....
Rupa-rupanya....
Carik port smoking....!!
Jumpa.....
Kat sana memang disediakan kawasan khas merokok... so, jangan sesekali merokok diluar kawasan yang disediakan ye! Kantoi, jawab sendiri!
Ok, 1st thing sampai sini, apa yang korang kena beli dulu adalah T-Money!!
Dek kerana aku ni terlalu la excited sampai kat bumi Korea ni, akhirnya aku terlupa nak amik Tour Map kat information centre....
Dan Pulak tu terlupa lagi sekali untuk beli T-Money...
Haram jadahnya...
Lalok tidur tak habis lagi..
Disebabkan jam dah menjangkau ke angka 4.30 Petang, kami buat keputusan untuk naik teksi. Takut terlepas nak solat jamak zohor + asar...
Tambang teksi sangatlah mahal berganda-ganda dari bus yang ada.. Namun kerana tanggungjawab kepada Pencipta yang telah pun membawa penerbangan kami dengan selamat, itu yang perlu diutamakan... Syukur... Selamat sampai...
*hati risau berdebar bila mengenangkan banyak sangat berita tentang flight hilang + terhempas + bla bla bla....*
Sumber ihsan dari Google!
inilah dia ghupanya Incheon International Airport
*menang awards 9 tahun berturut-turut menjadi Airport paling canggih di dunia*
Dalam taxi...
semua kenderaan di Seoul memang gunakan GPS
Nampak banyak bunga sepanjang jalan ke Hotel...
*dah terang-terang aku datang musim bunga, tentu banyak bunga kan?*
Pemandangan Seoul yang padat dengan bangunan-bangunan tinggi.
Sumber ihsan dari Google!
Inilah dia Beewon Guest House tempat kami menginap selama 6 hari 5 malam.
Dek kerana excited dah sampai, aku terlupa nak snap Guest House ni..
PERCAYALAH!
*6 hari kat sana tak teringat langsung nak snap. Ape kes??*
Sumber ihsan dari Google!
Sampai dah !! Ini la Counter Check In Guest House yang kami duduk...
Selesai urusan check-in, kami rest jap dalam bilik....
Makan..
Solat....
Mandi.....
Siap-siap nak teroka kawasan sekitar.... !!
Macam-macam gambar!!
Macam-macam cerita!!
Jom>>
*Sambung esok. Aku dah tak larat nak taip lagi dah*
*confirm korang sumpah seranah aku kan sebab buat gimik sambung.. hahahahaha!!*
10 comments:
Salam Tyra, d airport seoul x ada tempat solat yek klau naik teksi mmg mahal lah sikit
Sambung2 akak Jm pun xcited nih :-)
Jari Manis ~ ada prayer room. Kena lepas custom clearance, pas tu cari Line 24. :-)
Brp tmbang cab dr airport ke gh?
semenjak sy jadi fanatik running man, sy selalu pasang angan2 nak ke sana, sy tumpang seronok baca pengalaman saudari ke sana..tahniah sebab menyebabkan saya tersenyum membaca celoteh saudari...biarlah sy bermimpi untuk kesana, sbb mimpi tu kan free...salam ukhwah untuk saudari....
Wan ~ Cer la menabung dari skrang.. nanti leh jumpe KwANG sOO.. hihihi..
Slm..beewon guesthouse ok x?
Mazura ~ Ok je...
sis, bole masak ke kat hotel ni?
Ano ~ boleh je...
assalam nk tnya...duduk beewon tuh ambk yg private bahtroom ke seperate bahtroom ye?
Post a Comment