FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Thursday, May 15, 2014

Day 1 : Cuti-Cuti Seoul ~ Celoteh 2 (Myeongdong Shopping Street)

Mood Mood Mood....

Please coming to meeeee....

Ok, i'm coming!!!
*kata diriku kepada diriku... *????*
.....................................................................................................................................................................

Selesai mandi, solat & makan, kami turun ke bawah... (bilik penginapan tingkat 3 weyy. Tak ada tangga tauuu!)
(Ralat : bukan tak ada tangga, tapi tak ada lift!)

Alhamdulillah.. nasib baik ada tour map & subway map kat entrance guest house ni! Cepat-cepat amik. pulak tu tamak, amik sekali 2!! Gara-gara takut hilang..
*teroxx sangat perangai ni!*

Misi malam ni nak bersiar-siar sahaja.. Kami menuju ke Myeongdong untuk lihat kawasan sekitar yang katanya ada shopping street.. Rupanya gila jugak jalan kaki ke Myeongdong.. Haram jadahnye jauh..!

Habis kena marah dengan Mr.Cool.. katanya "itinerary apa ni? gila jalan kaki macam nih!"
*hahahahahaaa.... ala... tak pe.. sekali sekala kan...At least dapat tengok pemandangan....*
*ayat nak pujuk dia.. walhal aku pun menyumpah jugak dalam diri, gile rasa kaki nak tercabut malam tu!.. hahahahaha*

Keluar dari Beewon Guest House, kat jalan besar tu ada ala-ala macam mini mart.. Masuk dalam, perkara utama beli T-Money!! Benda yang 1st thing dah terlupa nak beli masa kat airport tuh!
*nasib baik masa naik taxi drebar tu bagi bayar cash*

Sebelum memulakan perjalanan, snap jap boot masing-masing. Cuba teka mana satu kasut aku?
*soalan macam budak tadika*
  
Inilah mini mart yang aku kata tu... GS 25. Mini mart ni merata-rata seluruh pelusuk ada.. bagus betul Korea ni. Kemudahan mini mart & 7-Eleven ini ada merata-rata sepanjang jalan kat sana.

Tadaaaaa!! inilah dia T-Money aku.. tak lawa kan? POP katanyeeee... aku minta gambar lain tapi mamat kedai tu macam tak faham je apa yang aku cakap.. Sebab dorang memang tak pandai cakap English. So, ignorekan ajelah...
Harga T-Money = KRW 2,500 (RM8)
Top Up = KRW 30,000 (RM96)

 
Jalan-jalan menuju ke Myeongdong, nampak Restaurant ni. Kami tak masuk pun. Tumpang snap gambo je..kihkihkih

Terus lagi jalan.. nampak public phone. Jakun jap. Cantik je public phone dia. Kalau kat Malaysia, cantik jugak.. Unik. Sebab ganggang telefon dah hilang. Motif?
*Budget je tuh! Sekali angkat dengar suara minah korea cakap bahasa dia. Haram jadah aku tak faham. Terus letak!*

Haaa!! Air ni bukan sebarang air tau.. Ada cerita disebaliknya....nak tau tak?
*kalau tak nak tau tak apa, aku nak cerita jugak*
Lepas sakan bergambar kat public phone tu, kami meneruskan perjalanan lagi... Lagi... Lagi... dan Lagi... Tiba-tiba ada orang tegur dari belakang........Jeng jeng jengggg......

Kitaorang toleh. Tak kenal.. Siapa pulak Ajeossi (uncle) ni??

Lepas tu dia tanya, 'R U Malaysian?"
Jawab kami, "Yes, we r.. "
"Enjoy ur day!!" kata ajeossi tu.... sambil terus berjalan... tiba-tiba......

"come, come, come...!" Ajeossi tu tarik tangan Mr.Cool.. sempat pulak dia patah balik.
Kami macam blur kejap... follow je dia...
Berhenti depan mini mart, dia belikan kami air ni! Belanja katanyaaaa.Air ni sama macam 100 plus. Air tenaga. rasanya macam ala-ala kopi 100 plus.! Eerrkkk?? Sedap jugak tau!

Speechless.....

Baiknya...... rupa-rupanya dia pernah kerja kat Malaysia 1/2 tahun. Sebagai Regional Manager Korean Air. Sebab tu dia tau kami orang Malaysia.. hehehe...
baiknya hati kamu...... Sambil berdoa, semoga Allah titipkan rasa padanya untuk menjadi saudara baru kita.. Sesama islam... Amin.

haaaa... tu dia Ajeossi yang berjaket Kelabu. Baik sangat hatinya. Borak-punya borak sampai tak sempat nak snap pic dia.. dari belakang pun jadilah..
*tangan ajeossi menerangkan kepada rakannya, mengenali wanita Malaysia, dengan memakai hijab*

Jalan-jalan lagi sampai jumpa bridge ni.. nampak macam cantik je view dia...
*Mr.Cool carik port smoking*

Bridge yang dibawahnya terdapat anak sungai yang bersih sangat airnya. Kami jalan sepanjang jalan anak sungai tu.. hati sedih sebab tak sempat tengok sakura... dah layu... tengok tu!
Sepatutnya time kami sampai ni masih ada lagi. Cuma tak tahu kenapa cuaca tahun ni agak pelik sikit. Tak sampai seminggu dah gugur.....mengikut kata beberapa orang Korea yang kami jumpa..
*duduk kat batu, nangis tepi anak sungai.. mengenang nasib yang tak ada luck*

Nampak pulak replika ikan paus depan bangunan Singature Tower Seoul. Posing ala-ala orang malas.
*kaki dah sakit, tapi tak jumpa-jumpa lagi shopping street tu* 

 
Yeaaaaa!!! Finally sampai jugak kat Myeongdong.. Kat sini banyak butik-butik yang jenamanya aku tak berapa nak kenal. Korea Brand kot.  

Ada Mc'Donald. Sory, tak makan. Kalau halal sekalipun kami memang boikot Mc'D.
Boycot Israel.
Tengok pelanggan dalam Mc'D tu pun bukannya ramai. Berbanding kat Malaysia, macam semut beratur tunggu giliran!
*agaknya dorang pun boikot Israel kot??*
  
Tak ada apa yang best sangat kat shopping street ni. Kalau nak beli baju bajan, baik beli kat Malaysia. Sebab harga kat sini melambung-lambung naik. Souvenir pun tak banyak.  Pendapat aku, korang boleh skip kot shopping street ni. Tak Best.

Lepas penat pusing-pusing shopping street, kami pun bergerak balik ke guest house.  Masa nak pergi kami ikut jalan kat atas.  Bila nak balik, saja nak try ikut jalan anak sungai. Ramai couple-couple melepak sepanjang anak sungai ni.
*nampak tak kekakuan berlaku di situ? Scary, takut jatuh. Walhal sungai ni cetek je.. APTB*

Sempat pose sebab kawasan ni tak ada couple-couple yang menyemakkan pemandangan.

dalam terowong ni ada lagi ramai couple rupanya!!!

Polis entry 1 to jaga, polis mati pencuri jaga!

Da nak sampai guest house...
sampai je makan, masuk bilik, solat dan  tidoooooo dalam kesejukan..

Esok tak sabar nak mulakan perjalanan lagi!! Yeaaa!!

Perbelanjaan hari Pertama : (2 persons)

Taxi : KRW 75,000 + KRW 7,000 (TOL) = KRW 82,000 
Share = Seorang KRW 41,000
T-Money : KRW 5,000 = 2 pcs
Share = Seorang KRW 2,500
Top Up = KRW 30,000
Plug / Adapter : KRW 4,200
Air Susu Pisang = KRW 1,300 
Grand Total = KRW 122, 500  (RM392)


2 comments:

Jari Manis said...

Baiknya ahjussk tu
Bis tu jln bukan main jauh balik tgn kosong je :-)

Tyra❤️Zami said...

JM ~ Baik sangat uncle tu kan.. Aha la kak.. tak ada rasa nak beli ape-ape pun kat situ.. hihihi..