FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Wednesday, May 21, 2014

Day 2 : Cuti-Cuti Seoul ~ Celoteh 2 (Seoul War Memorial)

"Boss... Sorry boss.. Kalau boss bukak entry saya ni, jangan marah yek!! Ni saya curi-curi masa sambung entry.  Buat hilang ngantok je.. hehe.."
*Boleh guna ke alasan macam badut ni??*

Habis ronda-ronda kawasan Changdeokgung Palace, kami meneruskan perjalanan ke Seoul War Memorial.  Kena naik subway dan turun di Samgakji Station, Exit 12.
First time nak subway nih!

Keluar dari palace, ikut jalan sebelah kiri, terus je sampai jumpa traffic light. Itu dia Station Subway Anguk Station. Yea! Dah sampai.. Tu dia!! Kami turun dari Exit 3. FYI, Entrance dia bawah tanah tau.. korang kena turun 4x tangga ke bawah.. Exit dia juga banyak.. ikut kawasan. Ada sesetengah kawasan yang kira havoc tu banyak la exit dia.. korang kena study betul-betul sebelum buat keputusan nak ikut exit mana ye.  Untuk panduan penuh, korang refer website ni dan study exit mana yang paling hampir dengan lokasi perjalanan korang.  www.english.visitkorea.or.kr
*merangkak naik kalau nak keluar dari station*

Anguk Station, Exit 3
Turun bawah tanah tu, jumpa la subway nanti!

Dah sedap-sedap jalan tu, jangan lupa tengok signboard tau. Takut korang tersalah naik train pulak.

Turun tangga ke - 3, ada signboard lagi. Ni lebih details. So korang boleh tengok hala mana yang patut korang ikut nanti. Kiri atau Kanan. Jangan salah ye!
*kalau salah, x ada ape pun. Penat nak patah balik, turun naik tangga je la.. mampu ko??*

Masuk dalam subway, memang merata bahasa korea. Confirm tak faham. Jangan risau. Tengok je screen yang ada pada setiap pintu subway. Ada paparan destinasi berikutnya... kalau tak yakin, ada jugak route kat sebelah screen tu.
*lihat contoh*

Tuuuuuu dia tangga!! KAlau 4x step macam ni.. boleh pitam tau! Sampai dah di Samgakji Station. Cari Exit 12. Keluar ikut situ. Exit yang paling hampir dengan Seoul War Memorial . Keluar, terus... Dalam 5 minit dah sampai.

Ha!!!! Dari jauh dah kelihatan.
Seoul War Memorial. Korang sure nampak tugu peringatan ni dulu.

Peta kawasan Seoul War Memorial
*Besar. Pengsan lagi sekali nak tawaf*


Masuk dalam tugu peringatan tadi, ada benda alah ni. Aku pun xtau nak describe apa benda ni. Tapi benda ni diperbuat dari cantuman kaca-kaca. Cantik kan?

Lagi sekali jumpa tugu peringatan.


Masuk dalam lagi.... Ada banyak pesawat udara dari pelbagai negara.

Ada kereta kebal jugak..

Yang ni kereta apa pulak eh? Yang aku tau kenderaan ni untuk bawak meriam tuju tu...

Ada lagi... macam-macam jenis.. tak larat dah nak snap.

Sambung lagi..... mood memang dah out ni. Baru 2 hari pergi kursus, kerja yang menunggu dah macam 2 bulan aku cuti.
*Moral down*

3 comments:

Jari Manis said...

Lama betul x singgah sini. Dulu jm pun masuk war memorial museum ni tp just bergambar je lah dgn jet2 perjuangan dan kereta cable yg ada tu

Tyra❤️Zami said...

JM ~ Saye pun dah lama sangat tak update blog ni kak.. tak sempat je.. huhuhuhuhu

NARACARDS Korea said...


Salam Sejahtera,

Terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna ini.

Kami dari Team Naracards ingin menjemput tuan blog dan pembaca untuk mengunjungi website kami kerana kami menyediakan bantuan panduan untuk travel ke Korea secara independent buat yang pertama kali ingin melancong ke Korea.

Salam perkenalan dari kami Team Naracards.