Kemalasan berbunyi setiap kali nak hapdep entry. Tapi aku kena jugak habiskan sebab dah buat separuh jalan. Hahahaha..
Hari Ke-3 di Seoul, Korea...
Pagi tu, kami bangun dan breakfast seperti biasa. Makan nasi empit + serunding daging + sambal goreng. Yummy!! Tak lalu makan roti pagi-pagi sebab tak kenyang.
*Perut melayu la katakan..*
Selepas breakfast, kami bergerak menuju ke Anguk Station. Waktu tu, kaki dah mula rasa sakit. Tapi aku buat tak peduli. Jalan terbaik, pagi ni aku berselipar sekitar Seoul. Dan beli 1 sandal buat extra. Mana tau dah kronik nanti, ada jugak spare kan? *Teroxxx*
Sempat carik sandal kat Station Anguk tu. Beli yang murah-murah sudah......
*Kalau kat Malaysia sandal gini baru RM20++. Kat sini bila convert sampai RM60++??*
Setel beli sandal, kami meneruskan perjalanan masuk ke dalam subway... Menuju ke Namsagol Hanok Village.
Routes : Anguk Station > Chungmuro Station, Exit 4.
Walking Distance : 5 mins from Chungmuro Station
Keluar dari Exit 4, korang akan nampak petrol station kaler Turquoise. Cross jalan ni.
Korang akan nampak signboard ni tepi jalan. Ikut je arah yang ditunjukkan. Sila belok kiri.
*Waktu pagi ni hujan renyai-renyai manja. Sejuk tak terkata*
Jalan menuju ke Namsagol Hanok Village, nampak signboard Free Tour. Betul ke ni??
Tiba-tiba keluar sorang oppa, nak bagi tour free... Hoyeaaaaahhh!!!!
Excited oppa nak jalan dengan aku.. ko ado??
Namun....... apa yang berlaku adalah.........
Jeng Jeng Jeng....
Mr. Cool sempat berposing sebaik masuk kawasan Namsagol Hanok Village. Banyak patung animated ala-ala zaman Dynasty.
*Nak jadik super hero kununnn*
Tadaaaaaaaaaa...... Itu dia adik kita yang bagi free tour tu!! Ceh, ingatkan oppa. Rupanya adik-adik ye... Tak apa la.. at least dapat jugak kami tau serba sedikit pasal sejarah Hanok Village disini. Kalau tak ada tour, jalan kosong je la. Buat-buat paham.
comey sangat adik ni. Michella namanya.. Umur baru 15 tahun ye.. muda sangat!!
*1 part of task to be a Ambassador. Semoga success!!
Jalan-jalan sekitar kawasan Hanok Village..
Banyak barangan antik kat sini..
Agak-agak korang apo bondo eh ni??? Cuba teka!!!
Suasana dalam rumah Hanok Village.. Cantiknya.... Tersusun sangat.
Orang ramai berebut-rebut nak pakai baju Kebangsaan Korea. Aku sempat snap je gelagat depa. Malas aku nak berebut-rebut kat situ.
Lagi Hanok Village. Tersusun rapi dan bersih.
Sempat bergambar kenangan dengan Michella yang cute miut ni sebelum nak bergerak ke Hello Kitty Cafe. PEACE YO!!
*pinjam tagline Dato' AC Mizal*
......................................................................................................................................................................
Routes : Chungmuro Station > Hongik University, Exit 9
Walking Distance : 10 mins from Hongik University Station
Sampai di Hongik University Station, aku mencari-cari map guide. Sebab banyak blogger tak letak details lokasi Hello Kitty Cafe ni.. Sib baik jumpa!
*Berpinar-pinar mata carik dalam map. Kecik benor tulisannya!!*
Keluar dari Hongik University Station, ikut Exit 9. Korang akan nampak Caffe bene ni. Maknanya laluan korang betul. Kat sini banyak gila coffee house. Kalau x betul-betul carik, confirm korang sesat!!
Jalan sampai korang nampak Pizza Hut tu!! Agak tersorok sikit dengan pokok yang besar-besar. Nampak je Pizza Hut, cross jalan. Masuk dalam sikit dah jumpa!! Hello Kitty Cafe sebelah kiri korang tau.
Tadaaaaa!! Tu dia. Jumpa dah. Ada atas bukit. Kat luar macam tengah buat renovation.
2 ekor kitty yang comel gile!!
Macam-macam menu ada. Kami pilih coffee + wafer je. Motif bukan nak minum, tapi nak tengok cafe ni. Hahahaha!!
View dalam cafe. Comel. Ni kat tingkat bawah.
Lepas korang order, korang akan dapat bell hitam kitty tu. Nanti bila order dah siap, vibrate bell tu akan bunyi. Awsome sangat!
Emmm.... nak kata tak sedap, sedap juga. Nak kata terlalu sedap, tak juga.
*Tiba-tiba rindu nak makan wafer kat Malaysia Chocolates + Peanut*
Toilet pun Hello Kitty ye!!
Toilet perempuan ni sweet sangat....
Hahahahaaa.... Macam jakun jap. Sebab toilet bersih campur cute!!
*Terbayang-bayang nak buat toilet gini kat dalam rumah baru*
1st floor yang lagi awsome!! Alooooo.....
Tadaaaa!!! Puas hati. Nak gerak balik guest house.
Sampai guest house, rehat, solat dan tido. Petang sikit nak keluar jalan-jalan sekitar Namsan Tower. Sepatutnya jadual itinerary kami ke Namsan Tower waktu pagi. Tapi pagi tu lepas breakfast pinda ke petang. Sebabnya kata owner guest house, pemandangan waktu malam lagi cantik. So kami amik keputusan nak gerak petang. Dapat tengok view waktu petang dan malam.
No comments:
Post a Comment