FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Thursday, June 19, 2014

Day 3 : Cuti-Cuti Seoul ~ Celoteh 3 (Cheonggyecheon Streams : Lantern Festival)

Teroxxxxx....

Begitulah ayat yang paling afdal untuk diri sendiri.

Seminggu sekali update satu entry.

Hujung tahun baru settle entry ke Korea ni agaknya.

Teroxxx lagi sekali.

Semua sebab kekangan kerja yang menimbun-nimbun dan bercampur juga dengan proses nak pindah rumah.  Usaha membasuh, mengemas dan mengecat sedang dijalankan secara persendirian. Tak ada orang upahan yang membantu pun.
*Gila kedekut tak nak bayar*

Dari Namsan Tower kami bergerak turun ke station subway lebih kurang jam 7.00 malam.

Lokasi seterusnya adalah ke Lantern Festival iaitu Satu Festival Lampu Hiasan yang memang sangat cantik. Mengikut kata-kata blogger lain, kawasan ni dahulunya tidak dijaga dengan rapi. Sungainya kotor sangat.  Sehinggalah Republic Korea mengubah suai anak sungai ini menjadi satu daya tarikan pelancong-pelancong dengan adanya festival lantern. Kawasan atau station yang terhampir dengan Lantern Festival area adalah di Gwanghwamun Station.

Opsss!! Ada satu perkara yang korang semua perlu highlight di sini, Lantern Festival bukan sepanjang tahun ye. Ada pada bulan-bulan yang tertentu sahaja. Yang paling best, tak ada admission fee pun. Free aje.. Kalau nak cantik, korang kena pergi waktu malam. Baru lah nampak lampu-lampunya.

Untuk info lanjut, korang boleh view website visitkorea : http://english.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_6.jsp?cid=1002416


Routes :  Myeongdong Station> Gwanghwamun Station , Exit 5
Walking Distance : 2 mins

Keluar dari Exit 5, sila jalan menuju ke hadapan. Jangan ke belakang pulak. Confirm salah jalan.
* Sebab kami dah sesat mula-mulanya.. hahahahahaha*

Dalam 1 minit, korang akan nampak siput gergasi ni.
*Aku pun tak tahu apa kebenda nya ni*

Taraaaaaa... Sampai dah. Berlatar belakangkan kawasan Latern Festival.
*Abaikan kekaburan gambar ni. Siap ada bintik-bintik hujan lagi. Mr.Cool kalau snap pic memang out!*

Sila layan gambar-gambar yang ada






Yeaaaaa!!! Selesai. Muka masing-masing dah penat.  Mata dah nampak bantal dan tilam. 
Balik guest house, solat, makan dan tidur.
*Dua-dua semakin membolattttttt*

Note : Lampu-lampu ni bukan ada sepanjang sungai tau. Hanya sebahagian sahaja. Kalau nak tengok, memang korang kena naik subway dan turun di Gwanghwamun Station.

Sambung lagi entry seterusnya......

Nami Island Trip!!








Minggu depan la kot. Hahahahahahaaa....


Perbelanjaan hari Ketiga : ( 2 person )
Tea Time Hello Kitty Cafe = KRW 13,000
Share = Seorang KRW 6,500
Cable Car Ticket = KRW 17,000
Share = Seorang KRW 8,500
Admission Namsan Tower = KRW 18,000
Share = Seorang KRW 9,000
Admission Alive Museum = KRW 24,000
Share = Seorang KRW 12,000

Photo Capture at Namsan Tower = KRW 15,000
Share = Seorang KRW 7,500
Grand Total = KRW 87, 000 (RM278)

No comments: