FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Tuesday, March 3, 2015

Rawatan IVF - 6 (25/2/2015)

Appoinment hari ni lebih kepada sesi taklimat dan laporan hasil kesemua ujian (darah & sperma) yang kami dah lalui sebelum ini.

Sampai di HUKM seawal 8.45 pagi. Temujanji pada jam 9.00 pagi.

Masa menunggu tu adalah yang paling berat sekali. Gelisah, risau semua ada. Mana tak nya, semua keputusan akan diberitahu hari ni. Dalam hati tak henti-henti doa dan selawat semoga Allah beri jalan yang baik buat kami.

Bila nama dipanggil, kami sama-sama masuk ke bilik temujanji. Prof. Zainul ada mesyuarat. So, kami dilayan oleh doktor lain. Aku tak pasti nama doktor wanita tu. 

Penerangan dan hasil laporan dimulakan dari hasil ujian darah aku. Kemudian hasil sperm dan akhir sekali rawatan-rawatan yang dicadangkan selain dari IVF.

Melalui prosedur, doktor terangkan pada kami untuk cuba peringkat awal dengan buat operation membetulkan semula kedua-dua tube aku. Atas penerangan tersebut doktor ada nyatakan sekali kesan dan peratus berjaya.  Aku tak nak explain sebab panjang sangat. Hehe. Kalau nak tau email je aku ye. (fyra_230703@yahoo.com)

Kemudian doktor terangkan pula kaedah yang lebih advance iaitu dengan IVF. Setelah itu doktor beri kami sedikit masa untuk bincang dan buat pilihan.

Kami tak tunggu lama, terus proceed untuk rawatan IVF. Doktor tanya bila nak mula. Kami jawab secepat mungkin.

Jadi, doktor bagi kertas biru ni untuk kami bawa pada appoinment akan datang. 

Seterusnya, aku hanya perlu menunggu kitaran haid aku sampai untuk membeli ubat. Perlu diingatkan, bila period hari pertama sampai, korang terus call unit MAC untuk maklumkan pada mereka. Dan korang wajib datang untuk beli ubat. Ubat ni korang perlu cucuk pada hari ke dua period. 

Selepas itu, doktor arahkan aku ambil sekali lagi ujian darah dan boleh balik. 

Sambung cerita nanti masa appoinment untuk beli ubat ye :)

Tips: Sekiranya period korang dijangkakan akan jatuh pada Sabtu/Ahad, langkah terbaik adalah call dan datang terus pada hari Jumaat untuk ambil ubat. Kalau korang terlepas maknanya kena tunggu bulan yang berikutnya pula.

Update Perbelanjaan Rawatan IVF Ke 6 :
1) Follow up Fee = RM20
2) Ujian Darah = RM5
3) Parking = RM2
Total = RM27
* Sorry lambat.. :)*
 

6 comments:

sweet tooth said...

so excited kan nak start IVF journey...Semoga Allah permudah for both of u...If u don't mind, would u share about your TTC journey so far?

Tyra❤️Zami said...

SW ~ So far now i dah peringkat enjection hari ke 3... nanti i share ye:-)

Anonymous said...

Salam..sypun bru mule ivf insyallah..blog awk mjd rujukan tuk sy...terima ksh byk bkongsi ilmu..26.3 ni pulak hasil laporan semue ujian sy..smoge kte dpermudahkn sgale urusan...

Tyra❤️Zami said...

Ano ~ InshaAllah, doa & solat hajat sebelum pergi jumpe doc ye... Semoga hasil laporannya baik2 shj... Dan berjalan lancar ....

Unknown said...

assalamualaikum berapa ya kos rawatN ivf di hospital.kerajaan?

Tyra❤️Zami said...

FL ~ kos utk rawatan kalau sepenuhnya govrmnt tu maybe dlm 4-5k shj.. Kalau hukm tu badan berkanun.. So kos dia lebih mahal sedikit.. Brgantung pd dose ubat dan peringkat umur..