Dah lama menyepi dalam blog ni. Mungkin sifat malas yang menggunung mengaburi semuanya. Hihi..
Rawatan kali ini adalah untuk Mr.Cool. Appoinment dah ditetapkan pada 11/2/2015 untuk Semen Test. Ujian ini adalah untuk mengetahui kandungan dan kualiti sperm suami sebelum rawatan IVF dijalankan.
Disebabkan masa sampai di HUKM tu aku tengok parking dah bertindih-tindih, aku ambil keputusan tunggu Mr.Cool dalam kereta sahaja. Malas nak cari parking. Penuh. Sampai aku terpaksa menunggu dalam kereta di lot parking Stadium Renang Cheras (berhadapan dengan HUKM).
Semen Test pun tak lama. Dalam 30 mins - 1 jam sahaja. So, lepas selesai aku ambil Mr.Cool semula di lobi.
Hasil Semen Test akan diketahui selepas 2 minggu iaitu pada 25/2/2015. Waktu tu kami akan jumpa dengan Prof. Zainul. Berdebar-debar ni. Rasa tak sabar pun ada. Rasanya kalau korang buat rawatan IVF dengan pihak swasta hasil ujian akan diketahui pada hari tersebut juga. (Info dari sahabat yang pernah menjalani IVF dengan pihak swasta)
Harga untuk Semen Test ini adalah RM50. Resit akan diberikan. Kalau korang pakai GL, jangan lupa simpan semua resit ya.
So, takat ini sahaja...
Tunggu laporan 25/2/2015 nanti ya.
Aku akan kongsikan.
Perbelanjaan Rawatan Kali Ke 5:
1) Semen Test = RM50
Total = RM50
1) Semen Test = RM50
Total = RM50
No comments:
Post a Comment