FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Saturday, December 9, 2017

Day 5: Cuti- Cuti Busan - Celoteh 1 (Yangsan)

Jiwa kacau lagi…
Rosak plan.
Tak tahu dan takde rancangan pun untuk hari ke 5.
_________________________________________________________________________________

Last minute plan, so kami bersetuju nak ke Eden Valley Ski Resort yang terletak di Yangsan.
Agak jauh dari penginapan, aku tengok subway routes, Yangsan terletak paling hujung sekali di Busan.
Nampaknya perjalanan dalam train akan ambil masa lebih dari satu jam.

Eden Valley Ski Resort adalah satu-satunya ski resort yang ada di Busan. Mula dibuka pada Disember 2014. Tak sure kalau tempat ni dah popular ke belum. Harap-harap banyak la taxi bila sampai kat subway station nanti.

Nak ke Yangsan kena amik Line 2.

Pemandangan dari dalam train. Hampir sampai dah.

Sampai je station Yangsan, di laluan keluar ada satu papan tanda untuk highlight spot area Yangsan. Perlu diingatkan, kawasan ni agak penghujung yang mana aku tak Nampak sorang pun foreigner sekitar sini.  Kami cuba Tanya orang tempatan kat mana kawasan yang sebetulnya nak tunggu shuttle bus untuk naik ke ski resort. Tapi memang tak dapat jawapan disebabkan masalah komunikasi yang bagaikan ayam dengan itik.


Aku Nampak dah Eden Valley Resort kat situ. Tapi……..


Hampir sejam jugak berpusing-pusing area situ cuba cari shuttle bus. Frust gila.  Cuaca pulak makin sejuk. Menusuk ke tulang. 

Yangsan adalah kawasan yang berhampiran dengan tempat tinggi. Cuaca dia lain macam betul kat sini. Berpusing sekali lagi. Masuk taman. Nampak orang jogging musim-musim sejuk ni. Kebal betul kulit depa. 

Penat berpusing cari lokasi shuttle bus tu, akhirnya kami singgah minum kopi kat Angel Coffee. Putus asa rasanya nak cari shuttle bus tu.


Sementara tunggu Mr.Cool minum, aku cuba lagi google info pasal Eden Valley Ski Resort. Rasanya aku dah sampai kat lokasi yang betul tapi kenapa lah aku tak Nampak langsung bayang-bayang shuttle bus ni. Geram pulak hati.

Last aku try tanya staff Angel Coffee tu. Haaaaa.. Bila aku sebut Eden Valley je dia dah tunjuk seberang jalan.

Rupa-rupanya, station shuttle bus untuk naik ke Eden Valley Ski Resort tu terletak di seberang jalan berhadapan dengan Angel Coffee.

Ya Allah!! Geramnya hati. Info yang aku dapat dari web info Korea lain pulak lokasinya dengan staff ni tunjuk. Patut la aku berpusing sepuluh kali pun tak Nampak bayang-bayang nya!!
Jam waktu tu lebih kurang pukul 1.00 petang.

Rasanya shuttle bus station akan pickup dan drop kat area kereta putih tu.

Lepas habis minum, dengan rasa hampanya kami bertolak balik ke Nampo. 


Singgah Lotte Duty Free saja nak cuci-cuci mata + cari butik Playnomore. Tapi tak ada .:-(

Samapi je kat hotel, kami rest dan packing barang-barang sebab esok nak fly balik dah.  Moral of the story, next time jangan datang time mid winter. Memang habis semua plan.








No comments: