Pagi hari
ke 4….
Malam
sebelumnya memang aku dah mengikuti setiap info terkini dari website ape tah
aku pun dah lupa berkaitan dengan penerbangan keluar masuk di Jeju Island..
Malam tu aku tengok semua flight Jeju Air, Korean Air, China Air dan
macam-macam lagi terkandas di Jeju Airport. Penerbangan pulang pun tak boleh
sebab cuaca tak mengizinkan. Salji yang turun lebat dan membahayakan penumpang
dan anak kapal. Lebih kurang pukul 2 pagi jugak la baru aku boleh tidur dan
lelapkan mata. Risau memikirkan hari esok.
Pagi
menjelang….
Siap
packing nak check –out dan gerak ke Domestic Terminal untuk teruskan perjalanan
ke Jeju Island.
Sampai kat
kaunter, oppa & ahjuma dah ready tunggu kami. Sebelum nak pulangkan kunci,
oppa banyak kali bagitau yang semua penerbangan keluar dan masuk ke Jeju Island
dibatalkan sejak dari malam tadi. Hati mula tak keruan.
Memang
terbaik servis dari oppa ni. Dia bantu aku carik info sehabis baik. Dia siap
tunjuk berita dan explain kat kami apa yang ebrita tu bagitahu. Lebih kurang
3000 orang terkandas dalam Jeju Airport. Yang masuk tak boleh keluar. Yang dah
nak balik tak boleh terbang. Ahhhhhh… sudah….
Tapi aku
bagitahu kat oppa, apa pun aku tetap kena ke airport untuk pastikan
kesahihahnnya. Oppa memang baik hati.
Dia siap reserved bilik penginapan untuk kami hari itu bimbang kalau-kalau
flight kami dibatalkan dan kami terpaksa berpatah semula. Memang terbaik la!!
Nampak tak?
Ahjumma & oppa sedaya upaya bantu kami check website, call centre bagai la
untuk bagi info latest berkaitan penerbangan ke Jeju Island. Sibuk je Mr.Cool
tu nak interframe. Nyampah.
Gimhae
International Airport / Domestic Terminal Airport
Routes:
Nampo Station > Sasang Station (Follow line 2)
Arrived at
airport, go to Doemstic Terminal (beside International Arrival), walk along 5
minutes.
Amik Line 2
untuk ke Gimhae International Airport.
Dalam train
ke airport, benda ni yang paling buat aku leka. Hahahahahaha!!!
Sampai je
airport, aku terus ke kaunter Jeju Air… Seperti dijangkakan, memang ramai yang muka
frust, sedih sambil berhimpun mengadap tengok information screen tu…. Aku dah agak….Memang betul kata oppa, flight
ke Jeju Island semua cancel. Dilaporkan akan berterusan 2-3 hari.
Sedih
memang sedih. Sebab semua perancangan dah dibuat. Tapi Allah s.w.t. sebaik-baik
perancang. Bersyukur dalam masa yang sama sebab planning kami ke Busan dulu.
Kalau ke Jeju Island, menjawab la nampaknya. Habis semua timing lari.
Kami ke
kaunter Jeju Air untuk minta refund. Nasib baik dapat refund, memandangkan
bencana.. So, pihak Jeju Air memang akan totally refund 100%. Selepas tu, kami ke kaunter Sixt rent a car.
Memang aku booking sewa kereta dari website ni. Nasib menyebelahi kami jugak,
ada kaunter kat situ dan aku terus ke kaunter untuk bertanyakan cara nak minta
refund.
Ni lah
kaunter Sixt. Nasib baik ada kat sini. Tunggu oppa yang jag kaunter ni. Tah ke
mana perginya. Berasap kot.
Sementara
tunggu oppa kaunter Sixt sampai, kami duduk kat kerusi menunggu ni sambil layan
K-Drama. Drama lakonan Han Ye-Seul. Tak tahu la cerita apa ni. Layankan je la… Aku
memang suka tengok dia. Cantik..
Lebih
kurang 10-15 minit menunggu oppa. Sampai jugak dia akhirnya. Tah mana dia pergi
aku pun tak tahu. Terus aku meluru ke kaunter dan bertanyakan carauntuk kami
dapat refund semula memandangkan semua flight ke Jeju Island cancel. Oppa buat
satu panggilan, mungkin ke HQ agaknya. Finally, kami dapat jugak refund dengan
bantuan oppa tu. Nasib baik. Syukur sekali lagi. Kalau tak, lebur la semua duit
booking tu.. Hahahaha.
Lepas
selesai semua urusan refund, kami pusing-pusing jap sambil minum hot coffee
dalam Domestic Terminal ni. Ruang tak besar sangat, tapi cantik, kemas… Lebih
kurang sejam jugak lepak dalam airport ni gara-gara tak mampu nak harung cuaca
luar yang sejuk gile tu.
Kami
bergerak pulang semula ke Grand Motel. Memandangkan oppa dah booking siap-siap
untuk kami. Nasib baik sekali lagi. Tak payah aku susah-susah nak buat booking
kat agoda.com. Sebelum gerak, kasi top-up dulu T-Money.
Dalam train
nak balik ke hotel. Buat-buat senyum, peace, walau dalam hati pedih tak dapat
ke Jeju Island. Hahahaha.
Sampai je
kat hotel, oppa menyambut kami dengan girangnya. Mana tak nya, masyukkk kan.
Hahahahaha. Drop bag semula dalam bilik dan jalan-jalan sekitar Lotte
Department Store sambil cuci mata dan nak beli susu pisang kegemaran aku. Lepas
tu kami ke BIFF Square dan Gukje Market nak cari souvenir untuk kawan-kawan.
Rezeki korang la. Flight aku ke Jeju Island cancel, so budget tu dapatlah aku
belikan korang sorang satu t-shirt. Hahahahaha.
Tadaaaaa!!! Banyak gila kan??? Stok 3 hari punya. Hari-hari aku balun. Siap ada perisa strawberry lagi tau. Oh ya!! Korang jangan lupa beli buah strawberry kat sini. Memang gemuk-gemuk & sedap. Tak caya, cuba lahhh.
Sekian sahaja cerita untuk hari ke 4.
Perbelanjaan hari ke Empat. (2 persons)
T-Money Top up = KRW 10,000
Hot Coffee = KRW 1,600
Strawberry & Banana Milk = KRW 20,000
Strawberry & Banana Milk = KRW 20,000
Souvenir = KRW 120,000
T-Money Top up = KRW 10,000
Grand Total = KRW 151, 600 (RM570)
No comments:
Post a Comment