FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Wednesday, November 28, 2018

Kehamilan Luar Rahim (Ectopic Pregnancy)

Rasa malu nak ngaku yang entry umrah d.i.y. telah hakak habiskan dengan jayanya, tapi apepun aku tetap tak lupa janji-janji walaupun dah 2 tahun berlalu.Alhamdulillah, sebab berjaya jugak selesaikan entry umrah ni.

Entry kali ni sebenarnya tak ada kaitan pun dengan umrah, just nak share beberapa cerita yang telah aku lalui selepas mengerjakan umrah.

Banyak dugaan dan dalam masa yang sama bersyukur dengan dugaan tu tanda kasih sayang dari Sang Pencipta. 

Malas nak bukak citer panjang lebar, sebulan lepas balik dari umrah Disember 2016, penghujung Januari 2017 tiba-tiba aku disahkan hamil secara normal.

Masa tu tak sangka langsung boleh pregnant sebab dah memang tau aku susah nak pregnant normal dengan masalah both tube blocked ni. Tambah pulak baru balik dari Umrah. So rasa maybe period ting tong sebab masa tu dah lewat 12 hari period tak datang-datang. Berkali-kali aku cek UPT masa tu, siap whatsapp kak long lagi tanya betul ke ni double line padahal memang sah-sah line tu naik 2 jalur.

Malamnya aku siap-siap ke klinik dan memang doktor sahkan aku hamil. Ikut perkiraan baru 4 minggu katanya since dia scan tak nampak apa-apa lagi cuma kadar hormon memang naik waktu tu. Alhamdulillah..... Memang tak sangka sangat-sangat. Rasa tak percaya, rasa sedih, rasa gembira semua rasa ada.

Masuk kandungan minggu keenam, aku ke klinik ibu mengandung sebab nak bukak buku pink. Merasa la jugak pengalaman bukak buku pink tu dengan menunggu berjam-rejam lamanya. Huhuhuhu.

Aktiviti harian masih berjalan seperti biasa, pergi kerja, balik kerja, lepas tu rehat hinggalah minggu ke lapan.......

Masuk minggu ke lapan, perut mula rasa cramping, lepas tu keluar spotting.. Aku cuba kawal emosi, sebab sesetengah awal kandungan memang akan terjadi spotting tanda awal penempelan embrio. Lepas beberapa hari, perut makin teruk cramping dan spotting makin banyak.. Malam tu jugak aku ke Columbia Hospital Puchong, tapi dorang tak boleh nak buat apa dan minta aku balik & rest sebab pakar tak ada. So, keesokkannya aku sekali lagi ke Columbia Hospital Puchong sebab spotting semakin banyak.

Bermulalah episod duka.......

Di Columbia Hospital, doktor sahkan kandungan aku gugur. Allahuakbar..... Tak tahu nak luahkan rasa hati ni macamana. Sedih jangan cakap la terutamanya bila tengok muka Mr.Cool.  Doktor bagi MC tiga hari dan minta aku rehat. Dalam masa 2 minggu perlu datang semula untuk check sama ada janin dah habis keluar atau belum. Sekiranya belum, doktor akan buat DnC waktu tu.

Balik rumah, hati masih rasa tak percaya... Tak tahu lah kenapa.. Seharian tak makan, tak minum, tak mampu nak kata apa..

Keesokkannya, aku bertekad ke HKL, dalam sakit-sakit tu gagahkan jugak drive sendiri ke HKL. Mr.Cool kerja & perlu attend meeting. Tujuan ke HKL sebab nak cek sekali lagi samaada betul ke aku ni gugur. Lama jugak menunggu que, akhirnya sampai giliran aku.

2 orang doktor datang untuk scan rahim aku. Sorang Indian sorang Malay. Agak lama jugak doktor scan tu, sebab cuba cari punca keguguran yang Columbia Hospital sahkan tu.

Selesai urusan scan, doktor maklumkan yang kandungan aku masih ada. Waktu tu aku dah confuse, mana satu yang betul ni. Columbia Hospital maklumkan aku gugur, HKL masih kata aku belum gugur. Cuma doktor nasihatkan aku supaya banyakkan rehat dan datang semula lagi 2 minggu untuk tengok perkembangan kandungan, kalau masih tak ada heartbeat maka doktor akan buat DnC. Doktor ada pesan, banyakkan doa moga ada miracle berlaku. Benarlah detik hati ini dari awal lagi, ragu-ragu dengan keputusan dari Columbia Hospital.

Balik dari HKL, terus aku maklumkan kat bos yang aku nak amik cuti panjang. Alhamdulillah, dapat kawan-kawan dan boss yang memahami keadaan aku.

Minggu ke 11, cramping perut makin menjadi-jadi. Sakitnya tuhan je yang tahu. Rasa macam nak mati pun ada tapi aku cuba bertahan tunggu sampai Mr.Cool balik kerja.

Malam tu, Mr.Cool terus bawak aku ke HKL semula. Sakit perut rasa macam nak pecah rahim aku ni. Nak jalan tak boleh, duduk tak boleh, mengiring tak boleh, semua tak boleh.

Lepas register, trus masuk wad dan sorang pakar datang untuk scan aku memandangkan dia tengok aku dah tak boleh berjalan lagi, terpaksa naik wheel chair. Masa doktor scan tu bertambah la sakit bagai nyawa di hujung tanduk. 

Tiba-tiba dengar doktor cakap, " awak ni bukan keguguran, tapi kandungan luar rahim! Kita kene immidiate operate awak malam ni jugak untuk buang kandungan tu. Kalau tak awak boleh mati bila tube pecah" Nurse, pindahkan patient, perlu operate malam ni", sambung doktor tu.

Tanpa aku sedar memang aku menangis kuat gile rasanya waktu tu... Mengenangkan kandungan yang terpaksa di remove... Allahuakbar........  sedih.... sedih tak tahu nak cakap macamana..... macam-macam rasa waktu tu... Bertambah sedih bila tengok Mr. Cool nangis... Bila tanya dia kenapa abang nangis dia jawab, "Tak sanggup tengok sayang sakit macamni"... lagi la aku melalak kuat waktu tu.

Lepas tu, nurse tolak aku naik ambulance, merasa la jugak naik ambulance sebab kene pindah wad bedah.

Mr.Cool sentiasa ada disisi. Terima aksih sangat-sangat buat semua doktor dan nurse wad bedah HKL sebab berusaha selamatkan nyawa saya malam tu.

Pukul 3 pagi, aku ditolak masuk ke bilik bedah. Sebelum tu sempat la berdrama depan nurse, mintak maaf kat Mr.Cool minta halalkan makan minum, mana tahu lepas operation tu tiba-tiba tak bangun lagi dah. Nurse pun senyum-senyum tengok aku berdrama depan dia. Hahaha.

Sedar-sedar je Mr.Cool bagitahu dah pukul 7.00 pagi. Kata doktor, pembedahan tadi ambil masa lebih kurang 3 jam sebab doktor bantu buang cyst yang membesar sama dengan kandungan.

2 hari kena tahan wad, lepas discharge doktor bagi MC 2 minggu. Pengalaman nak habiskan masa 2 minggu tu memang betul-betul mencabar. Dengan sakitnya, emosi tak stabil, sedih lagi.... semua memerlukan kekuatan emosi untuk kawal perasaan tu. Genab 12 hari, tak habis MC lagi aku request kat Mr.Cool nak keluar jalan dan nak drive kereta. Alhamdulillah, slowly kuatkan semangat, akhirnya berjaya...

Ni contoh gambar kandungan luar rahim (ectopic pregnancy)
Source: Google


Bagi mengubati perasaan yang duka lara dan nak happykan aku, Mr.Cool tetap bawa aku ke New Zealand 2 minggu selepas MC tu...

So dengan luka operation yang masih belum sembuh sepenuhnya aku beranikan diri bercuti ke New Zealand...so sepanjang kat New Zealand tu aku tak mampu nak buat aktiviti lasak mahupun sukan extreme. Mampu tengok je la... Banyak sight seeing je...

Untuk entry ke New Zealand, nanti aku akan updatekan secepat yang mungkin ye. Sabar k........


5 comments:

Unknown said...

salam...just nak share..pengalaman sama dgn saya..mgu ke 11 jugak sy kne operet sbb dh x tahan sakit,sekali cek je kandungan liar rahim,tp ni ank ke dua saya,emosi ok lagi,cume ank yg first tu slalu tanye MANE BABY UMMI?...tp tetap cool,sbb bru lg...alhmdulillah redha dgn takdir yg dilalui...

Unknown said...

Saya pun sama...saya ttc anak ke 2 dah 6 tahun...IUI 4,
Kali gagal.tapi mengandung secara natural pads September 2020.mmg tak sangka...tapi masul 5 minggu sakit perut yg tak leh nak habaq ..terus ke emergency...pakar o&g scan dan sahkan ectopic..so mlm tu juga saya di operate...tiub sebelah kanan trpaksa di buang.mmg sedih ...sebab tggu kama utk lekat anak kedua ni..tapi saya redhho...insyaalah...ada hikmah disebalik semua ujian ini

Tyra❤️Zami said...

Unknown ~ sory for late respon. Alhamdulillah, Allah uji tanda sayang & Dia tau kita mampu hadapinya :)

Tyra❤️Zami said...

unknown ~ InshaAllah.. bila redha Allah gantikan dgn yg lebih baik nanti :)

assafwah said...

Sy pun ectopic pregnancy. Doc sahkn chronic ectopic pregnancy sbb tak dpt detect location pregnancy. Left or right tube, cannot seen with intravaginal ultrasound. Masuk ward 18 Jan 2021, operation 20jan 2021. Masuk OT kul 9.30pg siap 1.30ptg. Alhmdllah semua selesai. Syukur. Sblm tu pegi private, no solution. Bila bila dtg WOman and Children Hospital KL, doctor terus solvekn, mulanya doc nk bg methotrexate, tp ketua jbtn O&G srh buat laparoscopic, jika tak jmp fetus, buat laparAtomy, cekap betul doctor di WCH.