Thursday, November 29, 2018

Operation Repairing Blocked Fallopian Tube

Selepas 5 bulan operation laparscopy untuk remove kandungan luar rahim, aku decide nak cuba untuk repair tube sebelah lagi since tube tu je yang ada. Oh ya, fyi, satu tube terpaksa dibuang semasa operation kandungan luar rahim tu. Redha kerana itu adalah yang terbaik untuk aku.

Since dah boleh pregnant secara normal, aku bercadang untuk repair tube sebelah lagi dan cuba untuk ttc secara normal semula.

Keputusan dah dibuat, aku pilih untuk teruskan ttc dan repair tube dengan Prof. Dato Dr. Hamid Arshat. Since aku memang dah tau perjalanan ttc, masa buat appoiment tu tak perlu tunggu lama sebab doc dah boleh tahu masalah refer dari rekod ttc aku yang lama. Cuma aku perlu lalui ujian HSG sekali lagi untuk memastikan tube sebelah lagi masih block atau tidak. Kemudian, Prof minta aku decide samaada nak buat IVF sekali lagi atau nak repair tube yang sumbat tu. Dan aku pilih untuk repair dengan harapan agar aku boleh pregnant secara naturally.

Untuk harga pembedahan tu, sekitar RM8K dan kami bayar secara cash. Ada 2 optional, korang boleh bayar cash dan gunakan insurans. Mungkin akan ada sedikit perbezaan pada harga sekiranya korang gunakan insurans nanti. Untuk guna insurans, boleh tanya pada nurse masa appointment ye.

Sehari sebelum harijadi aku, 09.09.2017, aku ke klinik Prof di Damansara.. Pagi tu, selepas register lebih kurang pukul 10 pagi turn aku sampai untuk dibedah.

Dipendekkan cerita, awalnya sebelum pembedahan prof nyatakan akan gunakan kaedah laparscopy untuk repair tube aku. Tapi lepas operation nurse kejut, dan bila aku sedar sakit sangat-sangat pada kawasan rahim aku. Nak pusing tak boleh, gerak sikit pun sakit. Rasa berbeza dari laparscopy di HKL hari tu.

Rupa-rupanya prof maklumkan yang dia tak boleh gunakan kaedah laparscopy selepas tengok keadaan tube aku yang tersumbat. Maka aku dibedah sama seperti orang bersalin, cuma beza saiz panjang dia lebih kurang 10 cm sahaja.

Mr.Cool peneman setia semasa aku dalam wad. Esoknya nurse maklumkan aku dah boleh discharge. Alhamdulillah, lega dapat balik rumah.

Aku dapat MC sebulan dan berpantang sepenuhnya di rumah sendiri. Mak & abah seboleh-boleh suruh aku berpantang kat rumah dia tapi aku tolak sebab memang sejenis tak nak susahkan mak. Terima kasih buat sahabat sejati, Dekna sebab tolong jagakan dan masakkan untuk aku masa berpantang sebulan kat rumah. Nasihat aku, banyakkan makan buah masa berpantang tu ye. Aku banyak makan epal hijau, sunquick, kiwi & pear.

Alhamdulillah,  2 minggu selepas operation, aku datang semula ke klinik dan nurse bukak jahitan pada luka.  Luka dan jahitan aku cepat recover bila aku hari-hari makan sunquick + Vit C 1000mg sehari. Vitamin C tu klinik ada provide tapi aku beli sendiri kat farmasi since aku memang amalkan makan vitamin C setiap hari dan satu lagi sebab klinik hanya bagi 500mg dan perlu makan 2x sehari. Perit jugak masa nak baik tu Tuhan je tahu. Tak tentu arah dibuatnya. Bisa berdenyut-denyut.  Prof nasihatkan aku sekiranya dalam masa setahun masih belum pregnant naturally, baru aku boleh mula semula untuk treatment IVF.

Kini, setelah setahun berehat dan berlalu, aku bercadang untuk mulakan semula perjalanan sebagai TTC. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi dan kami bercadang untuk mulakan rawatan IVF sekali lagi tetapi di pusat rawatan yang berbeza dengan dahulu. 

Segala pengalaman ivf kali ini akan aku kongsikan dengan semua TTC sedikit demi sedikit selepas segalanya selesai nanti. Doakan agar Allah memudahkan segala urusan kami kali ini dan membuka pintu rezeki pada kami seluas-seluasnya, Amin. 




No comments: