FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Friday, May 23, 2014

Day 2 : Cuti-Cuti Seoul ~ Celoteh 3 (Itaewon , Restoran Siti Sarah & Namdaemun Market)

Jumaat Penghulu Segala Hari..
Jumaat Hari Yang Dinanti..
Jumaat Best Esok Nak Cuti..
Jumaat Hari Nak Update Entry..
*Ewahhhhh...Pantun 4 kerat..tapi macam tak kena je??*

Keluar dari kawasan Seoul War Memorial, tengok map macam dekat je Itaewon ni.. So kami amik keputusan nak jalan kaki je..

Amik Kiri, terusssssss...

Terussss..

Terus lagi.....

10 minit berlalu....

Terus lagi.....

Aik?? Tak sampai lagi?

Terus...... Dan jalan terus......

Akhirnya, baru sampai. Ada dalam 20 minit jugak jalan kaki!!
*Pengsan tepi bus stop*

Kalau nampak kawasan & bangunan kuning ni, maknanya korang dah sampai la tu..
*Jalan terus sebelah kiri. ikut 2 couple mat saleh tu*

Dongak atas, ada signboard. Betul la tuh!

Sampai nampak Welcome Board biru ni.
Tapi tak payah nak melompat sangat ye. Nak ke masjid jauh lagi dalam 800 meter hokey!
*Lagi sekali aku buat-buat pengsan tepi bus stop*

Sepanjang kaki jalan Itaewon ni banyak cafe, kedai Arab dan makanan Halal serta butik berjenama. Tapi aku tak amik port langsung sebab tak berminat nak shopping. Sehingga lah......... Aku ternampak................
Tu dia!!!!!!! G-Shock Factory!!

Saja cuci mata masuk butik G-Shock di Seoul ni. Seperti yang telah ku jangkakan.... Memang mahal berbanding kat Malaysia. Sempat pose dengan koleksi G-Shock aku.
*Sampai juling mata patung tu paksa aku masuk dalam, tapi aku tak mo jugak beli... wwweekkkkk*

Kalau dah nampak G-Shock Factory, korang cross jalan tu dan terus naik bukit yang ada kat seberang.. Terus menuju ke atas sehinggalah korang nampak jalan ni.
*Nampak tak Masjid? Ada dicelah-celah bangunan tu*
Sepanjang jalan menuju ke masjid, memang banyak restoran makanan halal. Banyak makanan arab termasuk ada mini mart halal. Tapi kami pilih Restoran Siti Sarah sebab banyak blogger suggest makan kat sini.

Masuk kat dalam, tengok menu yang ada. Harga pun best jugak. Hahahaha.. Pilih punya pilih kami order Nasi Goreng dan Soto Ayam. Air Teh Ais.

La...... ingatkan soto macam kat Malaysia tu. Ada cili kicap bagai. Rupanya soto style ala-ala Bakso. Ada nasi sekali.
*Ingatkan tak pedas, sekali makan cili merah dia...... Berapi!!*

Lama jugak lepak kedai makan si Sarah tu.. Rasanya pun not bad jugak la... Lepas tu kami teruskan perjalanan menuju ke Masjid. Terus je sampai jumpa Pintu Gerbang ni.
*Seperti kelaziman, lepas makan mesti nak cari bank. Melabur jap. Lepas tu solat*

Selesai solat, Mr.Cool tunggu aku dekat ruang legar masjid. Kelihatan beberapa pelancong asing nak menziarahi masjid.
*Nampak tak skirt yang sama mereka pakai? Hahaha... Asalnya mereka ni pakai shirt pendek. Tapi pihak pengurusan masjid tak benarkan mereka masuk ke kawasan ini sekiranya tidak memakai skirt labuh yang mereka bekalkan*

Persekitaran masjid ni seloah-olah tidak dijaga dengan rapi. Agak kotor sedikit... Tapi syukurlah, ada juga tempat solat..

Taraaaa!! Dari bersepatu, tukar berselipar... Kaki dah bengkak. Pakai selipar lagi bagus.  Rasa malu sepanjang jalan sebab kat sana tak pernah aku nampak lagi mana-maan orang jalan pakai selipar. Hahahaha... Ada aku kesah???
*Masalah lain pulak datang. Sakit bahu sebab gendong boot dalam beg. Keja gila namanya ni!!*

Nampak board ni masa nak jalan keluar. Restructure kawasan masjid.
Alhamdulillah...... surely akan cantik lepas ni.
Lepas bergambar, kami menuju ke Itaewon Station.

Destinasi seterusnya : Namdaemun Market.
Routes : Itaewon Station > Hongdae Station. Exit 5.

Sampai di Hongdae Station, ada direction board ni. Tengok betul-betul exit yang terhampir dengan shopping street ni ye. Kami keluar ikut Exit 5.

Naik atas tanah, jalan sikit dah jumpa shopping street ala-ala Petaling Street ni. Korang bershopping la sehabis-habisnya kat sini sebab dari sudut pandangan aku, Namdaemun Market ni tempat paling terbaik nak shopping di Korea. Banyak Souvenir, T-Shirt, Baju-Bajan, Brooch, dan Bangle yang cantik-cantik. Harganya pun berpatutan dari kawasan shopping street yang lain.
*Shopping Street ni besar, banyak lorong. Kalau rajin tawaf la. Aku memang malas bab shopping ni sebab tak berapa minat sangat. Cari benda yang nak dicari, jumpa. Balik guest house.*

Sempat beli susu pisang. Favorite ni. hehehe.. Tapi hari ni nak try perisa lain. Semua aku angkut, Strawberry, Watermelon, Light Milk.
*Muntah susu la jawabnya*

Perbelanjaan hari Kedua : ( 2 person )

Admission Changdeokgung Palace + Secret Garden = KRW 16,000
Share = Seorang KRW 8,000
Makan kedai Siti Sarah = KRW 23,000
Share = Seorang KRW 11,500

Shopping
T-shirt (20 helai) = KRW 68,000
Mr.Cool = 7 helai
Aku = 13 helai
Fridge Magnet = KRW 20,000
Susu Pisang = KRW 3,900
Grand Total = KRW 130, 900 (RM418)

2 comments:

Jari Manis said...

Restoran siti sarah tu masakan ala indon kan, mesti baru bukak kan sbb Akak Jm ke sana thn 2011 tp belum ada lg so kami mkn di murree restorant sedap jgk. Kenapalah x ada org msia yg cuba bukak kedai d sana mesti laris

Tyra❤️Zami said...

JM ~ Aha kak. restoran indon. kalau malaysia punye confirm meletop kan. ada nasi campur.. ada soto... huhuhu