FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Tuesday, June 10, 2014

Day 3 : Cuti-Cuti Seoul ~ Celoteh 2 (Namsan Tower : Teddy Bear Museum, Love Pad Lock & Alive Museum)

Tadaaaa!!!

Pagi tadi berselipar. Petang berballet pulak.

Ballet shoes yang ku beli pagi tadi di station subway.

Sebab petang tu hujan turun renyai-renyai manja. Rasa sejuk pulak. Kalau pakai sandal takut kecut nanti jari jemari ku yang mulusss itu...

Destinasi seterusnya adalah ke Namsan Tower!!

Nak ke Namsan Tower ni ada beberapa option.

1 : Naik Cable Car = KRW 8,500
2 : Jalan Kaki = Free
3 : Naik Bas = Keluar Exit 2, cross jalan besar. Tunggu bas di Station tu. Naik bas warna kuning. Tiket bas harga KRW 550.

Admission Fee = KRW 9,000

So, pilihan kami adalah yang pertama. Naik Cable Car.

Eeerrkkkk??? Ballet bunga-bunga?? Stokin pink?? Lantak.
*Sila abaikan*


Routes : Anguk Station > Myeongdong Station, Exit 3 > Cable Car Station
Walking Distance : 10 - 15 mins to Cable Car Station


Sampai je Myeongdong Station, keluar Exit 3. Sila lihat ke belakang sebelah kiri!
Tu dia landmark building. Pacific Hotel. Jalan menuju ke arah sana. Dan ikut laluan sebelah kanan korang ye!!

Tuuuu diaaaa. Ada signboard Namsan Park. Jalan ikut arah yang ditunjukkan.
*Bangunan coklat sebelah kanan ni adalah Pacific Hotel*

Terus lagi... Nampak Moon Sun Guest House.
* Tengok depan. Terkejut. Pitam. Bukit menggila tinggi kena daki*

Separuh bukit telah ku daki... ada lagi separuh!! Chayokkkk..!!

Semakin hampir dengan Cable Car Station. Kalau korang rajin nak daki bukit sampai Namsan Tower, silakan.
*Kelihatan tangga yang mencanak tinggi menuju ke station. Moral down sekali lagi*

Yeaaaaa!! Finally sampai jugak station cable car!!
*Struggle gila nak daki bukit dan panjat tangga!*

Selamat dah dalam cable car. Mata ku pejam. Mr.Cool yang snap gambar ni.
*Kegayatan melanda. Hahahahahaha*

Ku sangkakan dah sampai. Rupanya turun dari Cable Car, kena panjat tangga lagi untuk ke Namsan Tower. Alahai........................................
*Nyawa rasa dah separuh je tinggal ni*

Sampai dah di puncak Namsan Tower... Nak masuk tower ada admission fee. Bukan free ye! Bayaran masuk KRW 9,000. Waktu ni dah dekat magrib. Sebahagian lampu-lampu dah terpasang. Nampak padat sangat bandar Seoul ni.

Namsan Tower di waktu malam... Cantik tau. Warna warni. Happening jugak malam kat sini! 
.................................................................................................................................................................

LOVE PAD LOCK TREE

Dikawasan sekitar Namsan Tower, ada Teddy Bear Museum, Love Pad Lock dan Alive Museum. Agak sedih juga bila Teddy Bear Museum ditutup setahun bermula 1 November 2013 sehingga 1 November 2014. Kerja-kerja menaik taraf sedang dilakukan. So, di kawasan sekitar ni, kami ke Love Pad Lock dan Alive Museum saja.

Comel-comel sangat kerusi yang ada sekitar luar Namsan Tower.

 Love Pad Lock Tree. Penuh sangat kunci-kunci cinta kat sini. Aku snap je gambar hokeyy!! Tak de keja nak kunci-kunci cinta bagai.
*Sila JANGAN bahan aku beramai-ramai sebab aku tak buat.. Hahahaha*
.................................................................................................................................................................

ALIVE MUSEUM

Alive Museum terletak di aras G Namsan Tower. Ada Part 1 dan Part 2 museum. Sebelah-selebah je. Bayaran masuk dikenakan KRW 12,000 seorang.   Banyak gambar-gambar hidup kat dalam ni.
*abaikan typo kat atas. Malas nak betulkan*

Bakal Gabenor Baru. Pakai shawl ada reben-reben lagi. Kau ado???
*Motif sangat. Tak ada ciri-ciri langsung! Hahahahaha*

Oh mak aiiii!!! Terkejut!!

Mr.Cool yang sememangnya tak berseni sedang berangan nak lukis gambar gajah.

Hujan-Hujan Cinta..... *Wink Winkkkk*

Berpinar-pinar mata tengok bilik hijau ni

Yeaaahhhhh!!! Aku berpeluh-peluh nak cabut gigi pak cik ni. Dia boleh pulak senyum lebarrrrr..

Eeerrkkk??? Apa style ni? Main ping pong ke main badminton ni???

Cubaan meyoga dan balancing. Berjaya!!!
*Hahahahahaaa...*

Next Entry > Lantern Festival.
Tah bila pulak aku nak hapdep entry kali ni...... aiyakkk!!

3 comments:

Unknown said...

insyaAllah akan sampai sini nov ini. alhamdulillah..teddy bear museum tu buka la ye ms shida sampai nanti..

^_^

Tyra❤️Zami said...

SA ~ InsyaAllah ada.. u rajin2 la ye bukak web visit korea.. :-)

Teratai Sari said...

salam.

nk tanya dekat seoul stay dekat mana.. apa nama hotel..