Rawatan ke-empat ni hanya untuk ambil darah sahaja.
Hari ke-2 period aku dinasihatkan untuk datang ke HUKM ambil ujian darah.
Kebetulan jatuh pada hari Sabtu.
So, Jumaat aku call Klinik O&G HUKM untuk maklumkan period ke-2 aku jatuh pada Hari Sabtu. Nak tahu boleh ke aku datang ambil ujian darah memandangkan jatuh pada hari minggu.
Alhamdulillah....
Semua berjalan lancar..
Aku dinasihatkan ke Jabatan Kecemasan Sakit Puan HUKM..
Lokasi dia agak jauh ke belakang. Penat aku menapak. Konon masa sampai dah happy sebab parking semua kosong. Rupanya aku dah salah port parking. Hampeh. Menapak la aku pepagi buta tu. Dah la datang sensorang. Mr.Cool terpaksa standby kerja.
Ha... Jangan korang lupa bawak buku biru tau!
Hehehe.....
Rawatan seterusnya pada 11 Februari 2015.
Tunggu ye.
Nanti aku share lagi info..
No comments:
Post a Comment