Hari ni, sepatutnya doctor akan buat ET (Embrio Transfer). Biasanya ET akan dibuat 3 hari selepas OPU.
Sampai di hospital, aku jalan perlahan-lahan. Macam orang baru lepas bersalin pun ada. Nurse tengok keadaan fizikal aku macam tak bermaya. So, dia tanya aku, masih sakit lagi ke? Aku jawab, "Ya." Nak cakap banyak pun tak boleh sebab memang tak larat.
Tiba giliran aku, doctor panggil. Biasanya doctor Sumitra yang akan take over. Scan dijalankan ke atas rahim aku. Doctor tengok masih ada saki - baki telur yang tinggal. Sebab hari tu, telur yang membesar sangatlah banyak. Lebih kurang 18-19 biji. Yang dapat di ambil masa OPU hanya 11 biji. Jadi, baki yang tinggal itu yang menyebabkan kesakitan pada tubuh badan aku.
Lepas beberapa ujian dijalankan, doctor suspect aku kena OHSS. Apa itu OHSS? Waktu itu memang aku pun tak tahu. Cuma doktor nyatakan ET aku tak boleh diteruskan hari ini sebab OHSS.
Nada suara doktor agak marah juga bila aku tak datang hospital cepat-cepat lepas alami muntah-muntah masa hari ke-2. Urm...... tu la pasal. Nak ceritanya kat sini, konon rasa diri macam kuat, boleh tahan. Alih-alih nak dapat OHSS.
*Kalau korang ada gejala sama macam aku lepas buat OPU, korang memang WAJIB datang semula ke hospital waktu itu. JANGAN tangguh-tangguh.
Sedih memang la ada. Doctor jelaskan pada aku kenapa ET tak boleh dibuat jika pesakit mengalami OHSS. Jika diteruskan juga, peratus untuk berjaya sangat tipis dan akan mengancam nyawa aku sendiri. Selepas penerangan, aku terima dengan hati terbuka. Mungkin ada hikmah yang Allah nak bagi.
Kesimpulannya, semua embrio aku akan di "freeze" dan doctor akan jalankan FET (Freeze Embrio Transfer) selepas 2x cycle period datang.
Antara 11 ovum yang dapat dikeluarkan, yang terbaik adalah 8 biji. 5 biji dari itulah yang sihat dan selamat disenyawakan. Alhamdulillah.......
Doctor bagi MC 2 minggu untuk rehat. Bagi yang mengalami OHSS ini, dinasihatkan korang perlu rehat sahaja. Sebab ada pelbagai simptom sepanjang OHSS ini antaranya: muntah-muntah, cirit-birit, susah bernafas, pening kepala, rasa nak pitam, kembung perut (macam mengandung 3 bulan), sakit dada dan macam-macam lagi.
Jadi, suka atau tak, korang memang kena rest je kat rumah. Untuk pengetahuan, selepas itu, kita perlu datang ke hospital untuk perkembangan ujian darah dan hormon selang 2 hari sekali sehingga doktor sahkan bahawa kita dah sihat dan boleh bekerja seperti biasa.
*yang part ni maybe bergantung pada tahap OHSS korang*
Miss "P" untuk cycle ke-2 akan datang hujung April. Berdebar-debar pulak rasanya.... Harapan dan doa aku, semoga kelima-lima embrio berada dalam keadaan sihat & semoga Allah mempermudahkan segalanya nanti....
Tunggu mama ye sayang............ :-(
Perbelanjaan ke 12:
1) Freeze Charge : RM1000
2) Parking Fee : RM2
Total : RM1002
2 comments:
tyra, how r u now? from ur story previously, i suspect dah u OHSS. So far i x penah kena ohss yg teruk, alhamdulillah. setakat rasa painful and bloated biasa je..
have a good rest.. u'll feel better bila period datang nanti....
ST ~ Alhamdulillah... juz fine.. lepas period hujung March hari tu, baru kurg... skrg ni rasa pening sikit2 tu masih ada...
Seriously, rs mcm x lama hidup je ms kena tu.... huhuhuhu... Thanks dear :-)
Post a Comment