FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Thursday, January 21, 2016

Aku "ditegur" Allah....

Tajuk entry kali ni tak menahan..




Bunyik macam seram kan.. tapi hakikatnya itulah yang berlaku.










Istilah tegur yang aku maksudkan adalah dengan "sesuatu rasa" yang susah nak diungkapkan.






Puncanya bermula dengan satu email yang aku terima dari sorang pembaca 2 hari lepas.
*eh eh.. tak sangka. Ade gak yang sudi baca ape yang aku merepek syok sendiri dalam ni*






Dimulakan dengan beberapa soalan dari pembaca tu, kemudian kami berlanjutan berbalas-balas email... Maaf, isi kandungan yang diperbualkan aku tak boleh nyatakan disini.








Apabila aku merasakan Allah berikan aku ujian yang berat, sukar dan gagal dalam beberapa rawatan yang aku jalani demi memperolehi seorang amanah dari-Nya, saat itu Allah menurunkan satu berita bahawa ada yang lebih berat ujian yang perlu dilalui berbanding aku...










Tiba-tiba satu perasaan yang sangat sukar nak dinyatakan hadir jauh menusuk hati aku.  Bercampur baur, antara bersyukur, sedih, dan rasa berdosa atas semua persoalan kegagalan ujian demi ujian yang dilalui, yang pernah terdetik dalam hati.






Sekali lagi aku bersyukur diatas peluang yang masih diberikan, masih ada harapan dengan sedikit usaha dan yang penting jangan mengalah dan terus berusaha selagi terdaya.






Kepada pembaca tersebut, jika awak ada terbaca nukilan saya kali ini, saya nak bagitahu bahawa awaklah sumber inspirasi saya...


SubhanAllah, begitu kuat dan tabah sungguh awak menghadapi setiap yg diuji tanpa mengeluh atau kecewa. 


Saya berbangga dan berdoa moga apa yang akan awak jalani akan berjaya.


InshaAllah.


Amin....













2 comments:

Noor Aini said...

Assalamualaikum,
Saya baru baca blog sis since sis buat IVF utk kali pertama. Saya dh 5 thn berkahwin dan masih blum ada rezeki dpt baby. Doc bgtau saya boleh buat iui tp 1st iui saya x jd hamil.. bukan gugur tp x berapa nak menjadi sbb saya ms tu perlu bertugas 3 hr selepas buat iui jd x cukup rehat. Saya nmpk sis kuat dan bersemangat untuk teruskan buat IVF ni. Semoga Allah S.W.T makbulkan doa sis. (^_^)

Tyra❤️Zami said...

Wslm..
Thanks aini... Kekuatan yg dtg dari pelbagai sumber.. Mcm tu jgk dgn rezeki kan... Yakin dgn setiap perancangan Allah.