FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Friday, January 15, 2016

Entry campur-campur...???

Errkkkk???

Pelik kan tajuk entry aku kali ni.

Kenapa tajuk entry campur-campur???

Sebab aku memang tak tahu nak buat tajuk apa. So, belasah je la campur-campur sebab entry kali ni nak campur-campur story.

1st, nak mula dengan cerita sedih......

Cik "P" kembali lagi... sedih hati sampai tak tertanggung rasanya.. Rasa bersalah berterusan pada sang suami yang setia menanti perkhabaran baik hari demi hari..

Pagi-pagi tadi sampai ofis rasa tak sedap perut. Perasaan dalam hati dah terasa macam "Cik P" nak datang melawat untuk bulan ni.

Tup-tup baru nak masuk meeting, rasa sesuatu pulak yang keluar. Cepat-cepat berlari anak ke toilet... Dan..........

Yes! It's true. Dah agak. Memang Cik "P" yang datang.

Hati mula meruntun sayu.. Tiba-tiba dalam toilet mata berkaca-kaca. Sedih tak terhingga. Apa yang diharapkan tak menjadi.  Apa yang diminta belum diizinkan Tuhan untuk memilikinya lagi. Apa yang diangankan belum menjadi realiti lagi. 

Cepat-cepat aku sapu air mata yang mula bertitisan.  Bimbang kalau melarat merah pulak mata nanti. Langkah keluar dari toilet dengan senyuman dibibir. Tapi dalam hati hanya Allah yang tahu.  Terus beristigfar dalam diri agar Allah menguatkan semangat aku kembali. Redha.... Pasrah dalam percaturan-Nya.

Masuk dalam bilik meeting, hati dan perasaan kelaut.  Mata tertumpu pada boss yang tengah "membebel" kat depan. Tapi hati aku masih berduka.

Terus aku whatsapp Mr.Cool, menyampaikan khabar yang tak indah itu.

Hati aku sekali lagi meruntun... Mr.Cool menjawab seperti biasa, memberi kekuatan dan kata-kata semangat.  Bertambah sayu dengan sikap Mr.Cool yang tak pernah jemu menyayangi & menerima diri aku seadanya. Tak pernah juga meninggikan suara jauh sekali marah pada aku.  Menguatkan jiwa aku yang sememangnya lemah dengan dugaan ini.  Kadang terfikir, sehingga bila aku akan diberi ujian yang begitu hebat ini dari Allah.

Dalam bersedih aku masih mampu bersyukur kerana Allah memberikan aku seorang suami yang cukup dan amat sempurna melengkapi diri aku.  Tak pernah tunjuk rasa sedih jauh sekali mengeluh setiap kali kegagalan aku.

Tak ada apa yang aku kejarkan lagi. Semuanya lengkap dalam hidup. Memiliki semua pinjaman dari Allah ini buat aku rasa sempurna sekali.  Kehidupan yang selesa, suami yang penyayang, rakan-rakan seperjuangan yang memberi semangat, keluarga yang memahami serta harta duniawi yang mencukupi.

Hanya satu doa yang aku titipkan dalam setiap sujudku, agar dikurniakan zuriat & waris buat Mr.Cool sebelum ajal menjemput...... 

......................................................................................................................................................................

Cerita kedua,

Pejam celik rupanya kurang dari seminggu aku dan Mr.Cool nak berhoneymoon sekali lagi ke bumi Korea.  Kali ni kami memilih Pulau Jeju & Busan pulak. 

Dari segi persediaan, semuanya dah cukup. Tinggal nak beli stok bekalan makanan je. Sardin, nasi empit, kari, roti, coklat dan beberapa list lagi.

Semoga percutian kali ini membawa seribu perkhabaran yang baik. Siapa tahu kot-kot balik Malaysia ada berita best nanti kan?  Hehehe..

Percutian kali ni aku dah list souvenir untuk semua sahabat baik. Dah janji nak bagi sorang satu t-shirt. Persahabatan yang dibina sejak dibangku sekolah lagi. 15 tahun telah berlalu dan kami masih bersatu. Merekalah sahabat sejati dunia dan akhirat.  Kawan suka, duka, gaduh, bercakar, semua la..

Dekna, Dura, Pong, Yant, Kak Long, Mira dan Kak Wa..



Korang memang best!!


Sayang korang ketat-ketat!!


3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum sis,

Banyak2kan bersabar..segala yang berlaku ada hikmah disebaliknya..
inshaAllah..Allah menjanjikan yang terbaik buat sis sekeluarga..
Saya juga pernah mengalami situasi yang sama setiap bulan seperti sis..
Kecewa..sedih..segalanya dirasai..

Alhamdulillah..pada 2014 ...saya diberi khabar yang sangat2 tidak dijangka..selepas hampir 3 tahun menanti..

Saya doakan semoga sis juga akan dianugerahkan si comel suatu hari nanti..
Teruskan berusaha, berdoa dan tawakkal..

Tyra❤️Zami said...

Ano ~ thanks... ini tahun ke 5 sis.. moga penantian kami berakhir tahun ini. Amin..

Anonymous said...

Ya..mudah-mudahan..
Enjoy holiday ke Jeju & Busan nanti..Jeju best !
Semoga beroleh khabar gembira nanti.. :)