FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Tuesday, July 2, 2019

Prosedur HSG & IVF Kali Ke-3

PROSEDUR HSG

Ramai yang tanya, "sakit tak HSG?"

Aku dah pernah melalui HSG (X-Ray Rahim) sebanyak 4x sepanjang berTTC mulai dari 2014 lagi.

Bagi aku, once korang dah mula untuk TTC, jangan persoalkan sakit atau tak, sebab sakit nak bersalin tu melangkaui daripada sakit segala-galanya... Kalau sakit yang tak seberapa ni pun tak mampu nak bertahan, macamana kita nak bersalin dan bersedia jadi 'IBU' kan?

So, bila dah decide nak cuba hamil & berTTC, jangan pernah soalkan sakit tak treatment tu, sakit tak treatment ni, sakit tak enjection tu, sakit tak enjection ni.

Kejayaan tak akan datang tanpa usaha yang gigih dan kental. 

Yakin dengan kuasa Allah Taala, inshaAllah akan beroleh kejayaan.

Apa yang aku boleh kongsikan, doctor akan masukkan liquid ke dalam vagina & liquid tu akan melalui saluran cervix. Kalau kata tube korang blocked maka dalam film x-ray nanti akan nampak liquid tu stuck dekat kawasan mana. Tapi, kalau tubes korang tak ada masalah, maka liquid tu akan smooth je melalui kedua-dua tubes korang..

So, bagi yang ingin memulakan rawatan untuk hamil, aku nak share step by step yang aku dah lalui sepanjang berTTC. Mungkin korang boleh jadikan panduan untuk mulakan rawatan nanti.

_____________________________________________________________________________

RAWATAN KESUBURAN & IVF KALI KE-3

1: Tahun 2012 - Pergi klinik pakar wanita. Inform nak cek kesuburan. Kalau kata tak mampu, korang masih boleh dapatkan rawatan di hospital kerajaan. Perlu dapatkan surat refer dari klinik pakar wanita tu dulu. Aku dulu ke Pusat Rawatan Az-Zahrah, Bangi. 

2: Doctor akan scan rahim dari atas, then on clomid (ubat kesuburan) selama 3x cycle period.

3: Tahun 2013 hingga Tahun 2014- Lepas 3x on clomid masih tidak berjaya, aku sendiri tarik diri dari Pusat Rawatan Az-Zahrah & bertukar ke Klinik Pakar Wanita Suria, Alam Damai, Cheras. Contact number: 03-9105 7620

4: Di Klinik Pakar Wanita Suria, Doctor sarankan aku melalui ujian HSG selepas aku story dah on clomid 3x cycle tapi masih belum berjaya hamil. Disinilah bermulanya HSG kali pertama aku.. Ops! Lupa inform, klinik ni tak provide HSG ye. Doctor akan buat surat untuk HSG dan korang perlu bawa surat tu semasa proses HSG nanti. Untuk HSG, aku pilih KPJ Tawakkal. Perlu call dulu untuk tetapkan temujanji ye. Contact number: 03-4026 7777 


HSG Procedure

5: Selepas HSG korang akan dapat film x-ray pada hari yang sama dan bawa semula ke Klinik Pakar Wanita Suria. Disitu nanti doctor akan terangkan apa masalah pada rahim korang. Kes aku, memang both tubes fallopian blocked. So, doctor terus buat surat refer ke hospital kerajaan & mana-mana hospital swasta untuk aku teruskan proses IVF. Doctor inform yang aku akan buang masa kalau buat IUI sebab memang tak akan berhasil. Thanks Doc, terus shortcut jalan. Tak perlu buang masa untuk IUI process.

6: Tahun 2015 - Aku pilih HUKM since hospital tu khabarnya banyak kejayaan jugak. 2x IVF di HUKM tapi keputusan masih gagal tahun 2015.

7: Tahun 2016 - tak buat apa-apa dan rehat dari berTTC. Awal Januari 2017 tetiba pregnant secara normal tapi Ectopic Pregnancy.

8: Tahun 2017 - Laparoscopy remove ectopic pregnancy pada Mac 2017. Dan terpaksa remove right tube fallopio.

9: Then aku decide untuk repair left tube fallopio dengan Prof Hamid Arshat bulan September 2017, 6 bulan selepas laparoscopy. Setahun selepas itu, masih tak berjaya hamil.

10: Tahun 2018 - Then, pada Oktober 2018, aku decide untuk mulakan semula IVF buat kali ke-3 dan keputusan aku kali ni memilih Metro IVF Fertility di Puchong. Set dengan Dr.Tee. Highly reccommended sangat dengan Dr. Tee. Mulai Oktober 2018 - Januari 2019 (3 bulan) aku amalkan makan Coq10 Ubiquinol dari brand Vitamode. Yang ni pun reccommended dari Doc jugak sebelum aku mula proses cucuk-cucuk nanti. Contact number: 03-8600 4558

11: Tahun 2019 - Bagi memastikan hasil telur nanti berkualiti, doktor sarankan aku amik supplement Coq10 Ubiquinol. Harga dalam RM150-RM200 sekotak (30 biji). Alhamdulillah, setelah 3 bulan consume Coq10 Ubiquinol, akhirnya membuahkan hasil telur yang cukup baik untuk aku memulakan rawatan IVF (cucuk-mencucuk ni).



12: Kini, setelah hampir 7 bulan proses tu berlalu, aku nak kongsikan berita gembira buat semua yang follow story TTC aku dari awal sampai sekarang.. Aku berjaya hamil dan sekarang ni kandungan telahpun memasuki ke 6 bulan dengan twin pregnancy.. Doakan aku & zuriat-zuriat dalam kandungan ini sihat, selamat dan dirahmati Allah selalu...Amin...




Pastinya TTC ni memerlukan kesabaran dan redha yang tinggi dengan setiap keputusan. Doa jangan putus dan kebergantungan harap kita pada Allah perlu tinggi. InshaAllah, Allah pasti memberikan 'hadiah' yang terbaik berkat kesabaran dan ketabahan yang kita semua lalui nanti.

Aku doakan semua yang masih berTTC kuat menghadapi dugaan dan cabaran yang akan korang tempuhi sepanjang prosedur nanti ya. Berdoa tanpa usaha adalah MALAS, Berusaha tanpa berdoa adalah SOMBONG pada Pencipta, tetapi jika berdoa, berusaha dan ikhlas pasti akan BERJAYA. InshaAllah.



SELAGI ADA RAHIM, SELAGI ITU PELUANG MASIH TERBUKA UNTUK HAMIL.



25 comments:

Unknown said...

I cried for your story.. alhamdulillah tahniah for your twins pregnancy!

Tyra❤️Zami said...

Unknown ~ Thanks dear... :-)

amiRAzlin said...

Alhamdulillah...bole share tips tak utk ivf? Sy pon tgh buat ivf...tq in advance

Tyra❤️Zami said...

InshaAllah.. soon sy update ye

Anonymous said...

Salam..nk tanye supplement CoQ10 tu bleh beli kt farmasi x?..n kene mkn brp biji sehari?..sy pon plan nk start ivf x lama lagi..

masfarehan said...

sis Ur cases same with me, I'm also Follofian tubes Blocked. Dr also recomenmd straight to do IVF.
I hope All TTCian can get prengnant trought IVF or Miracle from Pray To Allah. In' Shaa Allah. Aamiin

Tyra❤️Zami said...

Wslm. 1 biji sehari dear... bole beli kat farmasi tp x semua farmasi jual. normally sis beli kat shopee. murah sket

Tyra❤️Zami said...

InshaAllah dear.... Don't give up.. stay positive... :)

Anonymous said...

treatment kt HUKM ok kan? private ni isu kos je la

Anonymous said...

Hi Sis, nak tnya.
berapa yeah kos buat ivf dekat metro ?
boleh tak sis share preparation before buat ivf ?

Amni said...

Hai sis...sy plk dh 2 kali ectopic...so tube kiri & kanan dh buang...skrg dlm proses ivf kt hukm

. . NoRHaNaniEe . . said...

Salam nak tanya. Apa tanda2 yg paling nampak untuk sis buat HSG?

. . NoRHaNaniEe . . said...

Bape cost buat HSG kt hosp annur bangi?

Tyra❤️Zami said...

klu tny sy, private much better. ubat pun brbeza jgk

Tyra❤️Zami said...

around 27k dear

Tyra❤️Zami said...

hi, maaf bru sempat nk respon. how's ur treatment? Moga ada rzki baik utk u

Tyra❤️Zami said...

buat HSG xde tanda dear. tu u kna dptkan consultation dr pakar baru bole buat hsg.

Hazie Chek said...

Nak tanya, puan ada masalah berat berlebihan dan pcos tak?.. btw tahniah..saya tumpang gembira dengan kehamilan puan..🥰

Tyra❤️Zami said...

x de. mslah sy cuma both tubes blocked. Kalau u ada pcos 1 cara je nak pregnant kena loss weight dear 😊

Unknown said...

Assalamualaikum..if u don't mind,boleh tak tau kos rawatan dimetro ivf fertility

Unknown said...

Alhamdulillah syukur. Thanks sis share cerita❤. Saya ada call survey ivf pakar metro ivf anggaran dalam rm17K, hukm rm13K , pakar wanita medina rm20K, semua doktor pakar. Rekita usaha, doa tawakal,. Kes saya lepas operation clear cyst fibroib 17K, namun still perlu IVF sebab tiub blocked dah. Dr advise kena reduce berat badan baru boleh buat ivf.. Doakan ttc semua semoga kuat, tabah, berdoa, inshaaAllah dipermudahakan dgn izin Allah..Aamiin❤

Unknown said...

saya dalam proses buat ivf di sabahcare fertility. now dah hari ke tiga buat suntikan hormon. just nak tanya pd 20hb feb lalu, masa doktor scan (period hari ke tiga) x nampak telur. kenapa blh jadi begitu? so far sblm ni sy xda mslh period. teratur setiap bulan.

Shushi said...

assalamualaikum,

Tahniah, sedih baca dr mula2 awk IVF tu.

awk, sy nk tanya.. 1st dgn 2nd ivf awk tu doktor xde bg COQ10 ek?
3rd IVF ni ada juga ke sindrom OHSS? fresh embryo transfer ke kali ni?

Anonymous said...

Salam, tumpang tanya. IVF dengan Dr Tee tu FET atau fresh transfer? First transfer terus lekat atau 2nd/3rd transfer? Terima kasih

Tyra❤️Zami said...

UK~ 17k kat metro tu basic sis. kalaua da tmbhan ubat2 & servis lain2 so costing pun brtmbah.. standby 25-30k
Shushi ~ 1st & 2nd xde pun coq10 tu. sbb buat kat krajaan kan. huhu.. 3rd time xde ohss sbb sy da story awal2 kat doc history my last treatment.
Any ~ 1st transfer, with fresh transfer, Day 2