Assalamualaikum sumeeee.....
Alhamdulillah, berjumpa kita lagi dalam entry Cuti-Cuti Pulau Redang ini... macam yang aku dah janjikan dulu, aku nak share sedikit info tentang trip ke Pulau Redang, Terengganu..
Maaf sangat-sangat sebab dah lama blog ini.celoteh.aku menyepikan diri.. sorry sangat ye... Alhamdulillah, kesihatan saya makin baik... thanks pada semua rakan-rakan yang mendoakan... Ameen...
Aku bercuti ke Pulau Redang bulan lepas lagi... 3 hari je.. start dari 20 - 22 Jun 2013..
Flight aku pagi tu tak la pagi sangat... dalam pukul 11.00 pagi... so, seawal jam 8.00 pagi aku dah bagun tido, siap-siap dan kejutkan Mr.Cool...
Kami breakfast ala kadar je pagi tu.. kang balun Nasi Lemak kang tak pasal nak memerut atas kapal kang.. Ah, jangan buat hal la weyy... Aku makan roti sandwich dengan air milo.. cukup la tu kan?
Dalam pukul 9.00 pagi, kami bergerak menuju ke LCCT.. macam biasa, co-pilot tak berbayar yang hantar.. hihihihi... kesian pulak kat adik aku...aku ni sedap je bercuti, tapi asyik le menyusahkan dia dok pergi-balik hantar aku...
Sampai kat airport dalam pukul 10.00 pagi... terus masuk dalam... tak payah nak ber check-in bagai kat sana.. menyusahkan... aku dah web check-in awal-awal dah... senang dan mudah.. tak payah nak beratur macam nak beli tiket wayang berjam-jam semata-mata nak check-in.. hihihihi..
Tepat jam 11.00 pagi, gate dah buka... masuk dalam... kene pulak beratur panjang pagi tu... ramai pulak nak ke Terengganu.. agaknye nak habiskan cuti sebelum nak sambut Ramadan kot??
Naik AA je la...... thanks AA.. Now everyone can fly anywhere.... !!
Awan gemawan yang cantik lagi indah.... Subhanallah...... Langit terang benderang, menandakan cuaca baik sangat hari tu.... Macam biasa la kan... aku mesti booked dekat sayap... jadik trend plak tiap kali fly nak duduk kat sayap... kenape tah???
Penerbangan ke Kuala Terengganu tak amik masa yang lama.... lebih kurang 45 mins je.. tak sempat tido pun... baru je nak main BinaKata, sampai dah... alahai...... Sampai kat Terengganu dalam pukul 12.00 tengahari jugak la... panas terik time tu.... Tak kesah la, janji tak hujan... kalau hujan basah kuyup la kami ni.....
Sampai sudah kat Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu.....Kali ke -2 aku jejakkan kaki kat sini....
Ha.... ni aku nak citer sikit ni... korang yang tak pernah ke Terengganu, jangan la pepandai nak redah jalan kaki carik taxi awam kat luar ye.... keje gila namanya... hiihihi.... Nak tau ape citernye??? Teruskan membaca ye.....
Sesampai di airport SM, aku dan Mr.Cool berjalan kaki keluar dari gate dan berjalan kaki nak mencari taxi awam... kononnye tak mahu amik taxi dari airport... faham-faham je la kan... taxi airport ni harganye memang menggila...
Sebelum bertolak, aku dah prepare semua persiapan dan travelogue yang berkaitan... tapi malang buat kami disana, apabila aku sampai kat airport tu, aku contact pak cik taxi yang aku dah booking tu, rupe-rupenye taxi rosak, masuk bengkel... Ahhhh... sudahhhh... malang betul.... memang malang....
Kami pun berjalan dan berjalan keluar dari gate... ada la dalam 100 meter dari gate utama tu, ada sebuah kedai makan.... aku ajak Mr.Cool menuju ke gerai tu.. dengan harapan dapat makan tengahari + carik taxi kat situ....
Kami makan mee kari.. MashaAllah.... sedap bangat sihhhhhh mee kari kedai tu.... gila sedap...... sampai licin mangkuk kami.. Lepas tu, aku pun memulakan sesi soal jawab dengan pemilik kedai Mee Kari Berapi tu..
Aku : "Mak Cik, kat sini mana nak carik taxi ye? nak taxi awam... tak nak taxi airport..."
Mak Cik Berapi : "Dik, kat sini memang tak ada taxi awam masuk... melainkan kalau dah booking je.... "
Aku : "Blurrrrrr............................................" (tengok muka Mr.Cool dah ketat seketat-ketanye) - mati la aku.
Tiba-tiba muncul seorang pak cik misteri, orang kampung situ agaknya.... dia terdengar perbualan antara aku dan mak cik berapi tadi... lalu dia mencantas,
Pak Cik Misteri : "Anak nak ke mana?"
Aku : "Nak ke Merang pak cik...... " jawab ku dengan nada segan silu...
Pak Cik Misteri : Kat sini memang taxi awam tak masuk.... tak apa la... pak cik ada nombor telefon kawan.... Meh pak cik telefon dia... dia driver taxi awam... kot-kot dia free....."
Aku : "Betul ke pak cik?? Ya Allah... terima kasih banyak-banyak ye..." sambil menghulur duit pada Mak Cik Berapi, nak bayarkan makanan dan minuman pak cik tadi.... Tapi ditolaknya...Baiknya hati pak cik tu...
Semoga dimurahkan rezeki untuk pak cik misteri itu.... Ameen..
Setengah jam kemudian, datang taxi awam, berwarna kuning... perbezaan taxi airport dan taxi awam, taxi airport warna putih.. dan taxi awam warnanya kuning...
Masuk dalam taxi, pak cik taxi tu pun bawa kami menuju ke Merang... Disana, aku dah booking siap-siap secara online kat Merang Suria Resort...
inilah taxi yang membawa kami... kami panggil pak cik ni dengan nama "Pak Long"... baik sangat hatinya.... lembut tutur bicaranya... sekali tengok ciri-ciri dia macam ayah-ayah kita..... No plat taxi Pak Long ialah TAT 8167 kenderaan jenis Wira Sedan... sempat aku mintak nombor telefonnya... cadangan nanti masa nak balik nak minta Pak Long amik lagi...Pak Long ni bawak taxi dia penuh berhemah tau.... tertib sangat..... Aku selesa la dengan cara pemanduan beliau... Ni reccommended aku.. contact la Pak Long bila korang sampai kat airport SM nanti ye... Pasti puas hati..!!
Caj perjalanan dari air port ke Merang RM50 shj....
Caj perjalanan dari air port ke Merang RM50 shj....
Pak Long Taxi Kuala Terengganu : 019-9575993
Sambung.........................................
No comments:
Post a Comment