Operasi menggoggle bahan dan info tentang ERL dari LCCT telah dimulakan dari di airport Sultan Mahmud lagi.... Antara info yang kami dapat untuk dikongsikan bersama :-
~ Memang tak ada train direct dari LCCT ke KL... *haram jadahnye aku tak tau selama ni..tu la dia asyik suruh driver tak berbayar antar ngan amik je....hahaha*
~ korang kena amik shuttle bus dari LCCT ke Station Salak Tinggi.... Disana baru korang akan naik train ke KL...
~ Lokasi shuttle bus KLIA Express di LCCT adalah terletak betul-betul di hadapan pintu masuk Penerbangan Dalam Negeri..
~ Tiket shuttle bus KLIA Express ni korang kena beli dekat kaunter. Lepas korang turun dari flight dan menuju ke jalan keluar, kan ada banyak kiosk-kiosk tiket bus kan?? So, korang carik kiosk KLIA Express. Kiosk tu warna ungu (purple). So, mudah korang nak carik....
~ Kalau jurujual tiket tu tak ada, dia tutup kaunter, korang pergi je jalan keluar, dan tunggu bus.. Kadang-kadang jurujual tu ada kat situ.... beli tiket pakej sekali....
~ Tiket bus dijual bersama tiket train... Kira macam pakej la... Ini perkara WAJIB untuk korang bagi yang bercadang nak balik naik train... So, kalau korang naik bus tak berbayar, mati kering la korang bila sampai kat station train tu.... sebab kat station tu tak ada jual tiket sahaja....
~ Perjalanan bus shuttle ke station Salak Tinggi lebih kurang 20 minit sahaja.... dan dari Salak Tinggi ke station Bandar Tasik Selatan juga ambil masa 20 minit....
~ Antara destinasi perhentian yang ada bagi KLIA EXpress Runcit ialah :
> KLIA
> Salak Tinggi
> Putrajaya / Cyberjaya
> Bandar Tasik Selatan
> KL Sentral
* Kalau KLIA Express non stop, korang kena naik dari KLIA direct terus ke KL Sentral... Tak ada runcit-runcit berhenti ye....
~ Jadual perjalanan boleh lihat dalam attachment ni :
Jadual Perjalanan Train dari LCCT ke KL Sentral....
Jadual perjalanan Train dari KL Sentral ke LCCT....
Please note :- Inilah dia rupa Shuttle Bus KLIA Express.. Tema bus ni warna Purple.... Lepas beli tiket, korang lintas je jalan keluar tu, ada signboard setiap jenis bus pada tiang... Tengok betul-betul tau.... Nanti korang tersilap tunggu bus pulak..
~ Harga tiket pakej bagi KLIA Express ni adalah seperti :
Single Trip
KL Sentral - LCCT = RM12.50 (A) | RM6.00 (C)
Bandar Tasik Selatan - LCCT = RM10.80 (A) | RM6.50 (C)
Putrajaya/Cyberjaya - LCCT = RM5.50 (A) | RM4.00 (C)
Return Trip
KL Sentral - LCCT = RM22.00 (A) | RM11.00 (C)
Bandar Tasik Selatan - LCCT = RM10.80 (A) | RM6.50 (C)
Putrajaya/Cyberjaya - LCCT = RM5.50 (A) | RM4.00 (C)
* A = Adult ; C = Children
So, kesudahannya kami selamat sampai di stesen Bandar Tasik Selatan kira-kira pukul 12.10 tgh malam... Abah datang amik....
Alhamdulillah.....
credit to : http://www.kliaekspres.com/
No comments:
Post a Comment