FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Wednesday, July 24, 2013

Day 2 : Cuti-Cuti Pulau Redang ~ Celoteh 1 (Jeti Merang & Marine Park)

Salam Semua....
 
Bersambung kita dalam entry hari ke-2 di Pulau Redang... Haishh..hampir seminggu aku stop jap sambungan entry ni.. ketiadaan masa untuk mengedit gambo-gambo.. Maklumlah sekarang kan bulan ramadan, jadi aktiviti tu agak penuh sikit waktu malam....
 
Masuk hari ke-2, pagi-pagi lagi aku dah ready untuk ke Jeti Merang... breakfast seawal jam 7.45 pagi, lepas tu turun ke lobby tunggu "kereta sapu" ambil dan bawa ke Jeti Merang...
 
Untuk pengetahuan korang, terdapat 2 Jeti untuk ke Pulau Redang... Yang Pertama terletak di kawasan Kuala Terengganu, iaitu Jeti Shah Bandar.. Yang ke-2 di kawasan Merang, Jeti Merang.
 
Kalau nak compare, Jet Shah Bandar ke Pulau Redang ambil masa lebih kurang 1 jam 10 mins jugak la... sebab jauh sikit kan....
 
Kalau korang dari Jeti Merang, ambil masa dalm 45 mins je.... sebab Merang ni dah menghampiri kawasan laut dah...
 
Lupa nak bagitau, memang dari hotel korang wajib amik "kereta sapu"... sebab kawasan Jeti tu tak ada hotel... hotel yang ada pun paling hampir ialah hotel yang kami duduk...
 
Tempoh masa dari hotel Merang Suria Resort ke Jeti Merang tu dalm 5 mins je.... kalau jalan kaki aku rasa sejam kot baru sampai.. Harga tambang RM20.. So, return kira RM40... gile mahal dia amik.. padahal dekat sesangat jeee... hihihihi...
 
Nak tau nombor telefon pak cik kereta sapu tu, jap lagi kat bawah aku kasik... sabar le sikit.......!!
 
Sampai kat Jeti aku terus jumpa En.Zul yang dah siap-siap aku booked 2 hari sebelum bertolak..
 
Antara aktiviti bagi pakej yang kami booked (One Day Trip Pulau Redang):
 
9.00 am : Bertolak ke Pulau Redang menaiki speed boat
10.00 am : Snorkeling (Marine Park)
12.00 pm : Bergerak ke Pulau Paku, Pasir Panjang, Teluk Kalung, Pasir Akar
2.00 pm : Lunch di Redang Lagoon
3.00 pm :  Sambung snorkling lagi.. kali ni kat laut dalam... lagi cantik ikan-ikan dia!!!!
4.00 pm : Bot Laju bergerak pulang ke Jeti Merang
 
Harga untuk pakej One Day Trip ni sangat la berbaloi hokeyyyy..... RM150 seorang...
 
Masa lunch tu memang mamat tu bawak ke Redang Lagoon... kat Pulau Redang itulah satu-satunya Restoran Halal (Milik Bumiputera)...
* sumber dipetik dari driver boat tu *
 
Ok la, aku maleh nak bebel panjang lebar hari ni.....sebab kalau boleh aku nak habiskan entry hari ke - 2 ni hari ni jugak!! huhuhuhu.. dok peram lama-lama dalam kepala otak ni takut lama-lama lupa pulak....
 
Jom layan gambar yang ada.... >>
 
Sampai dah kat Jeti Merang... Mr.Cool dengar dengan excited skali... hihihihi...
 
Inilah rupa keadaan Jeti di Merang.. mesti korang ingat jeti yang aku maksudkan tu cantik dan menarik kan?? rupe-rupenyeeee?????? Lu Pikir La Sendiri!!
hahahahahaaa.... *aku pun tertipu*

Antara kedai-kedai sovernir yang ada di sekitar Jeti....
* Nasihat aku, kalau nak borong FM, baik korang beli kat Pulau Redang je... kat jeti ni mahal sikit la...*

Bot mula bergerak menuju ke Pulau Redang....... Best woooooo!! Ade pokok krismas pulokkk?? 
 
Lumba dengan boat sebelah..... hihihihihi..... sebijik speed boat tu boleh muat 12 penumpang je...
Dan mungkin hari tu adalah hari bertuah kami, hanya kami berdua je yang naik boat tu....
Penumpang lain naik boat besar..... wahhhhh... bestnyaaa!!! Syukurr...
*Feeling bercuti ala-ala retis gituuuu*

Sampai dah di Marine Park...... Ada batu-batu besar kat sini.... cantik tau.....

 Tu dia batu-batu yang aku cakapkan tu......
 
Pemandangan di sekitar Pulau Redang... ada perkampungan nelayan rupanya kat sana......
 
Jeti di kawasan perkampungan nelayan....

yang ni resort rasanya.... resort ape aku tak tahu..... tapi nampak macam class jeeee...
 
Kereta Sapu dari Resort Ke Jeti Merang : P.Cik Ramli  013-9020065
Harga Perkhidmatan : RM40 (Pergi-balik)
 
Pakej One Day Trip : En. Zul 019-9852259
Harga Perkhidmatan : RM150 seorang
 
Sambung untuk ke entry lunch......

1 comment:

blackyellow said...

Slm sejahtera..
Saya seorang runner pekej bercuti ke pulau dn tasik di terengganu
Sesiapa yang berminat sila hubungi/whatsaap saya.0179799773
Atau lawat blog saya di..blackyellowholiday.blogspot.com