FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Tuesday, October 3, 2017

Day 1 : Cuti-Cuti Busan – Celoteh 1 (Gimhae Airport)

Assalamualaikum. Hai semua!!!!

Ya Allah…. Mintak ampun pada semua yang menanti hapdep terkini dari hakak. Dari sehari ke sehari dok tangguh sampai dah makan tahun entry ke Busan ni. Adoi… malu sungguh! tak senonoh betul perangai hakak kan.

Tak tahu lah sempat ke aku nak hadap semua entry yang dah berkulat ni. Untuk pengetahuan korang, ada 3 lokasi yang akan hakak cuba kongsikan dalam entry yang akan datang. Entry pertama, ke Busan, kemudian hakak ke Umrah dengan melakukan DIY dan yang terakhir awal May 2017 hakak ke New Zealand. Coming soon Disember 2017 hakak akan ke China. Mood bukan main nak berjalan tapi itinerary langsung hakak tak buat walau satu baris sekalipun. Hahahaha.

Dalam banyak-banyak entry yang akan aku kongsikan ni, yang paling mencabar adalah semasa melakukan Umrah secara D.I.Y. Serius aku cakap, kalau tak ada kekuatan, memang lama dah aku give up. Tapi, syukur ahamdulillah. Allah memudahkan segalanya yang telah dirancang. Nanti aku akan kongsikan dalam entry seterusnya ye.

Ok. Balik pada entry ke Busan ni. Tak yah nak bebel panjang jelar sangat dah.


Trip ke Busan, South Korea ni sebenarnya dah setahun lebih dah. Aku pergi hujung bulan Februari 2016. Waktu ni musim sejuk. Mak aiiiii!!! Sikit lagi nak menganjak ke 2 tahun. Sebelum masuk 2018, baik aku cepat-cepat hapdep sebab makin lama makin lupa dah perjalanan ke sana. Hahahaha.
Trip ke Busan ni pada 22 Januari 2016 hingga 27 Januari 2016. Ada suka dan duka sepanjang trip kali ni. Satu pengalaman besar yang tak mungkin dapat dilupakan.

Seperti biasa, lepas balik kerja cepat-cepat aku packing baju. Ni dah jadi macam satu tabiat sebab aku suka kemas baju last minute. Korang yang nak cuba packing baju last minute ni digalakkan sediakan check list semua benda supaya tak tertinggal satu barang pun nanti.  Lebih kurang jam 9.00 malam kami bertolak dari rumah menuju ke Putrajaya Sentral. Parking kat sana lebih murah dan berbaloi berbanding parking di KLIA2. 

Kemudian kami naik ERL terus ke KLIA2 memandangkan penerbangan kami adalah bersama AIR ASIA. Selesai semua urusan check – in dan dropped bag kami berlenggang jalan menuju ke balai berlepas. Memang amalan hakak tak suka berlari-lari, kelam – kabut nak kejar gate. Bukan korang tak tahu, KLIA2 tu kalau menapak tak cukup setengah jam laluan ke gate. Tabah je la nak tiket murah kan. So, sampai awal, boleh jalan-jalan sambil cuci mata kat ruangan bebas cukai tu.

Flight berlepas sengaja aku pilih tengah malam. Supaya tak banyak masa yang terbuang. Flight berlepas lebih kurang jam 1.30 pagi. Dalam flight, lepas makan kami tidur. So, celik mata je dah nak sampai. 

Penerbangan ke Busan sama macam ke Seoul, lebih kurang 6 jam 30 minit.
Alhamdulillah, sampai di Busan jam 8.00 pagi (waktu tempatan).  Perbezaan masa adalah sama macam Seoul.  1 Jam lebih awal dari waktu di Malaysia.

Gimhae Airport (Busan) kecil berbanding di Incheon Airport (Seoul). Pusing-pusing situ je. Korang tak kan tersesat punya. So, jangan risau, jangan debar. Yang paling penting, kutip sebanyak mungkin Guide Map, Busan Subway  Line, Tour Map dan segala mak nenek yang ada kat area Information Counter tu. Kalau korang terlupa ambil agak susah sikit nak mengenal laluan. 

Oh ya! Jangan lupa beli sekali T-Money hokey? Benda alah ni kalau korang lupa beli memang menjajau la nak naik train nanti.

Diingatkan, cuaca musim sejuk di Busan ni lebih melampau sejuknya dari Seoul. Walaupun Busan tak ada snow yang turun, tapi angin sejuk sebelah laut Busan memang buat korang jalan mengundur nanti. Hahahahahaha. Ni memang satu pengalaman hakak yang tak boleh lupa waktu ke Korea.  

Meh layan gambar Airport Busan yang kecil ni.

Passenger Changing Room. Dalam ni ada beberapa bilik yang disediakan. Korang boleh solat dalam ni.


Ni la bilik-bilik kecil yang ada dalam Passenger Changing Room. 








Ok. Sambung next entry.







No comments: