FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Sunday, October 8, 2017

Day 2 : Cuti-Cuti Busan – Celoteh 2 (Sea Life, Hard Rock Cafe Busan, Haeundae Beach & Gwangandaegyo Bridge)

Perjalanan seterusnya ke Sea Life, Busan. Sebelum ke SeaLife, kami singgah semula ke hotel untuk menunaikan solat. Agak susah nak cari masjid di Busan. Ada pun jauh dari kawasan sekitar kami. So, aku buat keputusan, balik hotel dan solat dulu.


Nak ke Sea Life ni korang kena ikut jalan ni.

Routes: Haeundae Station, Exit 5

Keluar exit 5, terus menuju ke Haeundae Beach. Walking distance dari station ke Sea Life lebih kurang 700m. Lokasi Sea Life adalah di area Haeundae Beach.

Lepas penat tawaf Gamcheon Culture Village, kena hadap lagi tangga ni nak turun ke subway. Korea dan tangga tak dapat dipisahkan.

Sampai kat Haeundae Station, hadap lagi tangga. So, korang yang bercadang nak ke Korea, stamina kena kuat hokey?!

Keluar exit 5, naik tangga sekali lagi. Sampai kat atas, korang terus je jangan belok mana-mana. Kiri kanan jalan penuh dengan shop lot. Teruskan berjalan lebih kurang 700 meter. 

Kat area sini jugak ada Hard Rock Cafe Busan. Mohon cari alamat sendiri dan tengok map Busan nanti.  Aku tak highlight Hard Rock Cafe sebab ingatkan tak ada. Rupanya baru beroperasi. Tak pasti dalam tahun 2016 atau 2015. 


Ternampak kedai Kebab. Sejuk-sejuk makan kebab memang mabeles. Tapi aku malas nak cross jalan tu. Nak balik nanti baru aku singgah la.

Teruskan berjalan. Sampai penghujung jalan. Akan ada traffic lite macam dalam gambar bawah ni. Korang cross je jalan tu nanti nampak la sign board Sea Life. 

Lintas ikut pada garisan putih. Jangan buat hal lintas kat tempat yang tak ada zebra line ni. Ada yang mendapat surat cinta dari oppa nanti. (p/s: Polis kat sana hensem-hensem tau. Hakhakhakhak!)

Jeng jengggg… Tu dah sampai. Senang je cari. Cuma yang penat bila korang kena menapak agak jauh dari subway station tu.

Comey kan Spongebob & friends? Sampai dah Sea Life, Busan.

Oh ya!! Lupa aku nak bagitahu. Sebelum tu, korang kena bukak website www.busanaquarium.com/en untuk dapatkan diskaun masuk sebanyak 30%. Kalau tak, rugi la korang nanti. Cetak siap-siap sebelum korang berangkat dari Malaysia ok? Masa nak beli tiket boleh tunjuk diskaun tu. 

Berbaris panjang nak dapatkan tiket Sea Life. Aku perati, kitaorang je orang Melayu waktu ni. Hahahaha.. 

Dalam kebosanan menunggu giliran beli tiket, ada satu benda yang menarik minat aku. Nampak tak ikan nemo yang terapung-apung tu? Rupa-rupanya hairband!! Hahaha.. Comel sangat cekak rambut semua staff Sea Life ni. Rasa nak beli satu, lepas tu feeling perasan aku comel macam budak korea tu. Demmm! Hahaha.

Lepas dah dapat tiket, korang kena turun escalator ke bawah untuk masuk ke entrance Sea Life. Seriously, memang cantik sangat tempat tu tau. Sesiapa yang datang Busan bawa anak, boleh highlight tempat ni. Comfirm anak-anak korang suka sebab macam-macam jenis spesis hidupan laut ada kat sini.

Kami diberikan stamp card. Macam biasa, kena collect semua stamp ni tau. Kalau dah collect semua tu, maknanya korang dah habis tawaf satu Sea Life tu. Hehehe.

Glass Boat ni bukan free tau. Ada admission fee. Tapi aku tak ingat sebab aku tak naik pun. Seram la.  Dalam tu penuh shark tau. Hahahaha.

Jom layan gambar-gambar yang ada sekitar dalam Sea Life. Banyak sebenarnya, tapi aku bagi sebahagian je ye. Tak larat nak upload banyak-banyak.











Lebih kurang sejam jugak la korang nak berpusing-pusing dalam Sea Life tu. Lepas dah selesai tawaf Sea Life, kami ke Haeundae Beach yang terletak bersebelahan dengan Sea Life. Waktu tu dah petang, so dapat la tunggu countdown nak tengok sunset. Cantik sangat. Feeling romantik dalam cuaca sejuk membeku tepi laut tu. Hahaha.


Haeundae Beach



Puas hati dapat tengok sunset tepi laut Busan. Kami gerak ke subway station semula. Tadi masa datang dah usha kedai kebab Turkey. So balik ni kami singgah beli dan makan terus kat situ. Sejuk-sejuk ni memang perut korang akan lapar selalu.


Kebab ni harga dia KRW 8,000. Puas makan, banyak, sedap. Tambah panas-panas. Huhuhuhu.

Bila dah kenyang, mula la kaki melangkah perlahan, malas, lemau.. semua ada la! Waktu ni dah pukul 5.00 petang rasanya. Diingatkan, musim sejuk ni cepat gelap. Pukul 6.00 petang dah macam pukul 9.00 malam kat Malaysia. Dengan santai kami gerak ke Haeundae Station semula. Disebabkan lokasi selepas ni adalah lokasi terakhir untuk hari ke 2, so kami jalan santai-santai amik angin yang memang sedia berangin tu.


Gwangandaegyo Bridge Night

Routes: Geumnyeosan Station , Exit 1 or 3  / Gwangan Station, Exit 3 or 5.

Ada 2 station yang menghubungkan lokasi ni. Aku pilih Geumnyeosan Station dan keluar exit 1. Ambil jalan sebelah kiri dan terus sampai ke hujung jalan.

Hari mula gelap dan cuaca semakin sejuk. Tempat ni agak mencabar kesabaran sebab kena jalan kaki agak jauh jugak dari station subway. Anggaran masa lebih kurang 15 - 20 minit sebab 2 kali berenti cari tempat teduh (kurangkan sejuk). Tu la mendapat.  Buat hal nak jalan time dah malam. Haha.

Bila korang dah nampak jalan ni maknanya dah nak sampai. Korang cuma perlu seberang jalan je.


Perjalanan dari subway station ke sini masa tu agak sunyi. Aku ingat sebab cuaca sejuk, so tak de la orang tempatan nak keluar jenjalan. Memasing duduk rumah. Rupanya sampai hujung jalan tengok traffic sesak!! Rupanya ramai orang lepak kat pantai waktu malam ni. Huhuhu.



Banyak aktiviti yang ada waktu malam kat sini. Aku tak boleh nak duduk lama sebab kulit aku senipis bawang. Tak sama macam dorang berlapikkan kulit beruang. Hahaha.

Dapat stay sini kejap je. less than 10 minutes. Cuaca menyucuk-nyucuk sejuknya.

Cepat-cepat carik kedai 24 jam, beli hot coffee sekali lagi. Tak tahu la dah berapa cup yang aku minum sepanjang hari ke 2. 

Minum 2 cup hot coffee, lega sangat.... Lepas tu kami gerak pulang. Berjalan kaki ke subway station malam tu memang satu azab. Berlari-lari sebab nak cepat sampai. Bahana betul la cuaca kat Busan ni. Tobat dah tak nak datang time winter dah kat sini. Hahaha.

Hot pack ni aku beli extra untuk bekalan hari ke 3. Sambil tidur pun letak dalam poket sweater.

Aku jangka esok cuaca semakin teruk memandangkan malam tu berita dah keluar macam-macam laporan. Mengharapkan semuanya kembali normal dan penerbangan kami ke Jeju Island hari ke 4 nanti berjalan lancar.


Perbelanjaan Hari Ke Dua : (2 persons)

Santorini Map (Gamcheon Culture Village ) = KRW 2,000
Mini Bus = KRW 3,600
Fee Entrance Sea Life = KRW 40,000

Coffee = KRW 200
Bun = KRW 3,300
Kebab = KRW 8,000
Choc Drink = KRW 900
Americano = KRW 1,300

Lego = KRW 10,000
Sea Life Souvenir = KRW 10,000

Grand Total = KRW 79, 300 (RM294)

No comments: