FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Tuesday, October 3, 2017

Day 1 : Cuti-Cuti Busan – Celoteh 2 (Grand Motel, Yongdusan Park, BusanTower, BIFF Square, Gukje Market, Nampodong Underground Shopping Centre)

Ingat pesan hakak, jangan korang lupa nak angkut semua benda alah information map ni. Kalau korang lupa memang susah la nak cari jalan nanti. Benda ni memang penting walau kemana korang pergi. Jangan lupa ambil hokey walaupun semua preparation dan itinerary yang korang buat dah lengkap siap nama jalan, tapi tak bermakna korang tak kan sesat nanti.

Tourist Information Counter ada berhampiran pintu keluar ke 3 kalau tak silap aku. Kalau tak jumpa pusing je satu airport tu carik hokey. Jangan malas sangat.

Selesai ambil semua guide map, hakak ke kedai ala-ala 7e (sory, lupa ambil gambar) dalam airport tu jugak. Beli air susu pisang kegemaran hakak & T-Money. Melepas rindu setahun tak dapat minum, hakak bantai 2 botol sekali. Hahaha.  T-Money jangan lupa beli, nanti korang tak boleh naik train kalau tak ada kad ni. Kad ala-ala macam Touch n Go. 

Taraaaaa!!! Keluar je pintu airport, angin sejuk dia….. fuhhhhhhhhhh……. Keras terus hidung hakak! Korang jangan pelik tengok aku dalam gambar ni. Dari Malaysia aku pakai sandal je dengan blouse. Macam batak pulak kalau aku pakai cam gini round satu KLIA2 tu.  Hahaha. So, touch down kat airport Busan, aku terus tukar baju semua. Sempat bergambar latar belakang map Busan. Busan merupakan Bandar ke 2 terbesar di Korea Selatan selepas Seoul.

Perjalanan diteruskan mencari Metro Subway. Agak keliru jugak mula-mula tu. So, kat sini aku bagi sedikit guide mana yang aku ingat ye.

Keluar dari Gimhae Airport tu, cross dan korang jalan sebelah kanan. Terus je dalam 7-10 minit jugak jalan. Memandangkan cuaca sejuk, tak lah terasa penat. Korang jalan terus sampai nampak laluan ke Metro Subway sebelah kiri. Pintu masuk dia kecil je. 

Jalan ni terus je ye lebih kurang dalam 7 minit dah jumpa pintu subway sebelah kanan.

Masuk je dalam tu, korang akan terus Nampak top-up machine ni. Self service, ikut je arahan langkah-langkah nak top-up amount dalam T-Money  tu nanti. Terpulang kat korang nak top-up berapa. Pilih je berapa amount yang korang nak.



Grand Motel, Busan

Routes: Gimhae International Airport Station > Seomyeon Station > Nampo Station, Exit 7
Walking Distance: 3 mins from Nampo Station

Seterusnya, kami teruskan perjalanan ke hotel dan turun di Nampo Station dan keluar exit 7. Lokasi hotel sekitar kawasan Nampo tu. Agak susah nak mencari hotel ni memandangkan terselit-selit antara bangunan.  Kami minta bantuan dari beberapa orang yang lalu lalang kat situ. Akhirnya jumpa jugak. 

Jalan mudah, lepas keluar exit 7, korang amik kiri, terus jalan celah-celah bangunan tu lebih kurang 1 minit je then sampai Nampak 1 kawasan parking tak berturap sebelah kanan. Grand Motel terletak di bahagian belakang jalan tu. 

Nampak bangunan ni memang dah betul la tu. Ada sign board Grand Motel korang akan nampak nanti.
*Credit: google


Selesai urusan Check – in , kami masuk bilik letak beg dan rehat sekejap sebelum bergerak ke destinasi seterusnya.





Grand Motel ni aku booking pakai booking.com.  Bagi aku memang selesa la. Harga pun berpatutan. Ada heater, tilam pun heater, ada pc siap ade internet connection sekali, ada breakfast, mini fridge, tv dan mini table. Harga berbaloi sangat dengan fasiliti yang disediakan. Tambah pulak dengan staff dia yang baik gile sampai letih aku nak layan berborak.


Yongdusan Park & Busan Tower

Lepas rehat dalam setengah jam, kami menuju ke Yongdusan Park dan Busan Tower.  Tak jauh pun dari hotel sebab aku memang dah plan duduk hotel yang berhampiran dengan kawasan town. Jalan kaki dari hotel ke Yongdusan Park & Busan Tower dalam 5-7 minit sahaja. Tak terasa penatnya sebab musim sejuk. Yongdusan Park  adalah satu kawasan yang terletak bersebelahan dengan Busan Tower. Kalau nak ke Busan Tower memang perlu melalui Yongdusan Park. Jom layan gambar sekitar tempat ni.

Ada escalator nak naik ke Yongdusan Park. Sebelah escalator ada tangga. Korang yang rasa nak turun 5 kilo boleh naik tangga tu.


Sampai dah kat area Yongdusan Park. Dinasihatkan jangan lepak terlalu lama walau dalam pondok ni sebab sejuk dia boleh kejung tangan korang.





Ni lah dia Busan Tower. Boleh naik ke atas. Hakak lupa berapa admission fee dia. Sebab hakak tak naik pun.

Kat sini pun korang boleh kunci cinta korang. 
*Walaupun hakak suka tengok K-Drama, tapi hakak tak amalkan perkara kurafat macam tu hokey. Hahaha.


BIFF Square, Gukje Market, Nampodong Underground Shopping Centre

Dari Yongdusan Park nak ke BIFF Square & Gukje Market ada escalator. Memang escalator tu akan terus turun ke kawasan tersebut. Luck aku, masa turun tu nampak ada pesta tanglung warna-warni yang cantik ni tergantung sekitar escalator. Cantik kan?     



Gukje Market. Best jugak tengok barang-barang kat sini. Macam-macam ada. Winter coat yang dorang jual kat sini semua chantek-chantek dan murah. Geram je hakak rasa nak grab sehelai tapi Mr. Cool awal-awal dah pesan tak payah bazir. Nak buat koleksi banyak mana. Sebab alih-alih semua winter coat yang hakak ade dalam lemari ni kaler pink jugak. Hahahaha.

Lepas dah puas cuci mata kat Gukje Market tu, aku teruskan perjalanan ke Nampodong Underground Shopping Centre. Tak jauh pun. Pusingn-pusing situ jugak. Korang menapak je la jalan kaki sebab sejuk tak la rasa penat sangat. Jalan-jalan sepanjang tu aku ada nampak satu kedai arab halal. Tapi yang aku musykil ada pulak jual wain.??


Nampodong Underground Shopping Centre tu sebenarnya bersambung dengan Station Subway Nampo tu. So, korang boleh la ke Station Nampo semula dan jalan-jalan kat bawah tu. Pusing je jalan kat bawah station tu memang shopping street kat situ. Aku terjumpa Street Churros ni, lalu aku rembat 1 set sambil minum susu pisang.


Untuk pengetahuan korang semua, semua kawasan yang aku sebut tadi cuma walking distance je. Penat tu agak penat tapi seronok sebab kawasan aku stay tu penuh dengan macam-macam kedai ada. Paling banyak kedai kosmetik. Geram je hakak tengok.

Balik dari pusing kawasan Nampo, kami memasing tidur nyenyak tak hengat. Kena carik tenaga sebab esok nak jalan-jalan lagi.


Perbelanjaan hari Pertama : ( 2 person )

T-Money Card = KRW 5,000
Top-up T Money = KRW 20,000

Instant Rice = KRW 3,000
Banana Milk = KRW 2,600 (2 botol)
Bun = KRW 1,000
Hot Pack Shake = KRW 4,000 (4 pax)
* diperlukan sangat ketika musim sejuk. Wajib beli.

Grand Total = KRW 35, 600 (RM132)

Suhu Hari Pertama: -3oC (siang)
                                  -12oC (malam)



Sambung ye. 
*Carik kekuatan menulis.

No comments: