FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Tuesday, October 3, 2017

Day 2 : Cuti-Cuti Busan – Celoteh 1 (Gamcheon Culture Village)

Hari ke 2 di Busan.

Pagi tu cuaca sejuk nak mampus. Ikutkan hati malas nak mandi seram nak kena air. Ambil wuduk pun dah gigil inikan pulak mandi. Bertabah je la kan. Mandi lite-lite sudah. Hahahaha.

Pihak Grand Motel ada sediakan breakfast dengan Roti, Majerin & Coffee. Sedap pulak sejuk-sejuk minum hot coffee pagi tu. Aku terasa nak beli mesin kopi tu tapi tak tahu la kalau bawak balik Malaysia boleh guna ke tak.

Selepas bersarapan, kami bergerak ke Subway Station semula. Jalan kaki tak sampai 3 minit. Berlari-lari anak nak ke station tu sebab sejuk sampai ke tulang sum-sum gamaknya.

Lokasi pagi hari ke 2 ni adalah di Gamcheon Culture Village.

Routes : Nampo Station > Toseong-dong Station, Exit 6.

Keluar tu amik jalan belah kanan. Tunggu bas no: Saha 1-1, Seogu 2 atau Seogu 2-2  

Tangga-tangga yang tak berpenghujung. Benda yang pasti korang akan hadap kat mana-mana subway station di Korea.

 
Tambang bas ni sehala KRW 900 je. Tak mahal. Saiz bas ni macam bas mini. Comel. Aku nak pesan ni, korang jangan nak buat kerja gila jalan kaki dari bus stop tu ke Gamcheon Culture Village. Aku rasa setengah jalan korang dah pitam sebab jalan berbukit-bukit. Tinggi.

Bas akan berhenti disini. Nampak tak bangunan Tourist Information ni? Masuk dalam tu dan ambil peta kawasan Gamcheon Culture Village. Kawasan ni besar, kalau korang tak ambil peta takut tak jumpa jalan balik. Hahaha.

Kat sini korang akan dibekalkan dengan peta. Kena collect semua stamp yang ada kat kawasan sekitar Gamcheon Culture Village. Sebab tu korang memang memerlukan peta lokasi kampung ni. Memang best & korang kena spend masa at least separuh hari jugak la nak cari jalan dan tempat stamp ni.

Jom kita tengok apa yang ada sekitar kawasan kampung.


Mula dari sini.





Perigi ni ada ceritanya. Aku tak ingat la apa kisahnya.. Korang pandai-pandai la baca nanti ye.

Jumpa tangga ni, jangan lupa naik atas. Korang dapat tengok view satu kampung nanti. Memang cantik sangat.



Berpusing la kami laki bini tinjau kawasan dalam cuaca yang sejuk beku tu. Asal nampak coffee machine cepat-cepat beli air. Hahaha. Nak hilangkan rasa sejuk tu, bukan nak minum sangat pun.

Pusing lagi sampai la kami jumpa satu tempat “photo area”. Kat situ ada langkah-langkah macamana nak guna & nanti korang kena masukkan email pada ruangan yang disediakan. Balik hotel, cek, ada la email masuk beserta gambar capture kami tadi.


Tah ceruk mana kami berpusing, masuk laluan belakang rumah orang kampung, last-last jumpa jugak kawasan ni. Memang hakak die hard fan dengan Running Man hokey. Jangan korang nak kutuk-kutuk pulak. Hakak tak malu mengaku tau. Choi Ji Woo tu aku suka betul kalau tengok dia berlakon. Walaupun aku tau muka semua plastik tapi tetap cantik di mata aku. Hahaha.




Lebih kurang 3 – 4 jam ada rasanya kami berpusing dan lepak-lepak sekitar kampung ni. Memang besar campur pulak laluan berbukit-bukit. Hakak ni dalam gayat-gayat tu ada hati jugak nak naik tempat tinggi.  

Nak cari jalan keluar korang kena berpandukan peta yang dah diberi awal-awal tadi. Nanti korang akan jumpa bas mini banyak-banyak tu, naik je dari situ. Ataupun kalau korang rajin, patah balik, keluar ikut jalan mula-mula korang masuk tadi. Bas akan berhenti kat situ jugak untuk ambil penumpang.














Lokasi seterusnya bersambung next entry.



No comments: