Cuaca pagi
hari ke 3 semakin sejuk. Sampai merah-merah muka, hidung, jari.
Perancangan
hari ke 3 sepatutnya dimulakan dengan ke Sobaeksan National Park. Tapi
disebabkan cuaca yang semakin buruk, kami terpaksa batalkan niat nak ke sana
dan tukar perancangan ke Yeongdo Lighthouse.
Routes :
Nampo Station > Seomyeon Station, Exit 11
Keluar dari
Exit 11, terus cari bus stop (lebih kurang 200m) dan naik bas no. 88.
Turun di
hentian yang terakhir (Taejongdae Chagoji)
Bayangkan
kesejukannya. Sampai menyenget tudung aku kena tiup angin. Dia punya angin kalau lalu….. fuuuhhhhh… tak tergambar.. Jalan mengundur pun ada tau tak.
Hahahaha.
Oh ya.
Sebelum aku nak sambung lebih panjang lagi, aku nak selit satu cerita masa hari
ke 3 ni.
Pagi
selepas bersarapan, kami dah bersiap-siap nak turun dan bergerak ke Nampo Station,
receptionist hotel merangkap anak kepada owner Grand Motel panggil kami.
Oppa
tunjukkan berita terkini yang Jeju Island ketika waktu ini dilanda ribut
salji!! Semua pesawat tidak dibenarkan masuk dan keluar ke Jeju Island. Allah!
Terus mood
hari ke 3 ke laut dan rasa semakin tak sedap hati. Namun kami masih bersangka
baik dan positif. Mengharapkan esok cuaca kembali pulih sediakala. Dalam hati berdoa moga semuanya dipermudahkan
sebab esok adalah hari kami akan ke Jeju Island dengan pesawat Jeju Air.
Perjalanan
diteruskan dengan perasaan yang bercampur baur. Cuaca kat luar semakin hari
semakin sejuk. Memandangkan lokasi Busan adalah yang terhampir dengan Jeju
Island.
Hot Pack
Shake ni korang kena beli banyak-banyak dan simpan dalam poket jacket. Jangan lupa bawa setiap kali nak keluar. Dapat
kurangkan kesejukan walaupun kurangnya tu tak terasa sangat. Ada jugak jual
dalam bentuk body stick. Boleh lekatkan pada lapisan baju di dalam. Jangan
lekat pada kulit badan pulak. Mau melecur. Body stick ni aku memang sentiasa
pakai masa waktu siang dan malam terutama waktu tidur. Walaupun tilam ada
heater masih tak dapat hilangkan rasa sejuk. Memang banyak la aku beli sebab
maksimum penggunaan cuma 8 jam sahaja. Lepas tu benda alah ni dah tak panas.
Dalam bas
menuju ke Yeongdo Lighthouse akan lalu di tepi-tepi pelabuhan. Memang cantik
sangat memandangkan Busan ni terletak bersebelahan dengan laut.
Hentian
yang terakhir. Perjalanan dalam bas mengambil masa lebih kurang 45 minit hingga
1 jam. Bas akan berhenti kat sini. Turun dan terus berjalan kaki naik ke bukit
tu. Waktu ni cuaca bertambah sejuk. Tak silap – 5oC.
Nampak
pintu gerbang ni, maknanya korang dah sampai kat pintu utama Yeongdo
Lighthouse. Jangan berangan yang korang akan jumpa lighthouse kat situ. Jauh
lagi sebenarnya kena menapak. Hahaha. Masa ni sepatah kata pun tak mampu
bercakap, menahan sejuk + mendaki bukit yang tinggi.
Shuttle bus
disediakan untuk ke puncak. Daki separuh bukit tu korang akan nampak bangunan
coklat ni. Tiket shuttle bus ada dijual disini Cuma KRW 2,000 sahaja. Atau
korang nak santai berjalan kaki ke atas pun boleh. Aku memang pilih naik
shuttle bus sebab tak tahan sejuk + tak larat nak mendaki bukit lagi.
Dah dapat
ticket shuttle bus, refer pada screen ni untuk tengok giliran korang naik bus
nanti. Jangan main selamba potong giliran. Ada yang tak dapat balik Malaysia
nanti.
Kahkahkahkah!!!!! Padan muka kan? Bukan main jauh nombor giliran kami. Tabah je la. Cuaca makin sejuk sampai aku
tengok orang Korea sendiri berlari-lari, melompat-lompat, nak kurangkan sejuk.
Ada disediakan bilik menunggu, tapi penuh gila. Tak mampu masuk dah macam
sardin.
Cuaca sejuk
buat badan korang sentiasa lapar. Sekali lagi aku beli hot coffee & churros
kat sini. Beli hot coffee sampai 2 cup. Hahaha. Sampai sakit-sakit jari kaki ni dek
sejuk yang melampau walaupun stoking & boot aku tu dah tebal.
Tu dia!!!
Shuttle bus yang comel sangat-sangat. Macam-macam warna tau. Aku dapat yang
kaler biru.
Perjalanan
naik ke Yeongdo Lighthouse dengan shuttle train ambil masa lebih kurang 20
minit. Sebab tu awal-awal aku dah pesan, jangan korang buat hal nak terai jalan
kaki ke atas bukit tu walaupun korang tengok ramai orang tempatan selamba jalan
kaki. Itu dorang yang dah biasa dengan cuaca sejuk tu. Takut-takut korang kaku
pulak setengah jalan nanti.
Sampai dah
kat drop point. Train akan turunkan korang kat sini. Lepas tu kena mendaki
dalam 500m untuk sampai ke Yeoungdo
Lighthouse. Aku singgah masuk dalam kedai ni semata-mata nak beli hot coffee lagi. Cuaca makin melampau-lampau
sejuk nya! Kucing kat Korea ni semua gemok-gemok. Ikut cuaca agaknye. Hahaha.
Kat sini
ada satu kawasan korang boleh tengok laut yang bersebelahan tu. Huiiii… Aku tak
mampu nak berdiri situ lama-lama, sejuk melampau. Nampak air laut ni membeku.
Aku syak sebab cuaca 2 hari ni dilaporkan sejuk melampau sampai beku air laut.
Jeju Island pula dilanda ribut salji tebal. Tak mustahil Busan yang terletak
bersebelahan dengan Jeju Island terkena tempias suhu sejuk yang melampau. Aku
tengok berita, walaupun tak paham, tapi jelas maksudnya. Sidai kain 2 minit
terus keras kain tu. Masa ni aku dah macam nak putus asa sebab cuaca sejuk yang
melampau. Rasanya lebih kurang – 10oC. Macam nak patah balik hotel..
Mendaki
hingga sampai point sini. Turun ikut laluan bawah tu.
Menuruni
anak tangga untuk sampai ke Lighthouse. Bukan dekat hokey!! Jauh lagi nak turun
tu. Campur pulak dengan cuaca yang semakin sejuk. Aku memang betul-betul
surrender.
Nampak?
Betapa jauh lagi anak tangga nak sampai ke Menara Kawalan Lighthouse tu. Kami
surrender. Sampai sini je. Kemudian kami berpatah semula. Tak mampu bertahan
lagi dah dengan cuaca sejuk membeku. Sampaikan berteduh masuk dalam public
phone menahan sejuk. Hahahaha.
* Buat peminat Running Man, korang kena highlight kat sini. Ingat tak episod ke berapa dorang main game kat sini?*
* Buat peminat Running Man, korang kena highlight kat sini. Ingat tak episod ke berapa dorang main game kat sini?*
Sepanjang
jalan anak tangga tu, penuh dengan gambar-gambar hidupan yang ada dalam laut
sebelah ni. Korang boleh tengok satu-satu nak hilangkan penat nanti.
Lepas
berpatah balik, Nampak shuttle bas baru sampai. Cepat-cepat berlari-lari nak kejar
train ni. Takut kalau terlepas nak menunggu lagi dalam cuaca sejuk ni memang
aku tak mampu. Huhuhuhu.. sejuk makin menggila sampai tak boleh nak bercakap. Shuttle bus akan berhenti di pick up point tadi ye. So, korang
kena berjalan menuruni bukit untuk keluar ke pintu gerbang.
Keluar dari
pintu gerbang, korang akan Nampak satu kawasan parking lot penuh dengan bas. Perhatikan papan tanda Bus Garage ni. Naik bas No. 88 semula. Ingat dan kira tau ada berapa station. Nanti kang
terlajak dah susah korang nak turun semula kat station korang naik pagi tadi.
Ok, sampai
dah di Nampo Station. Niat kami nak berjalan di kawasan berhampiran je. Tak
mampu nak teruskan perjalanan ke tempat lain.
Jalan-jalan
sekitar BIFF Square. Banyak kedai cosmetic kat sini. Korang Nampak kan? Orang
tempat pun pakai baju berlapis-lapis sampai tutup muka menahan sejuk. Hahahaha. Penat pusing-pusing cuci mata, kami balik hotel, makan, solat dan rehat.
Kesimpulannya
aku nak bagitau, elakkan merancang bercuti pada musim sejuk. Memang bala kalau
tiba-tiba cuaca jadi tak keruan. Tobat dah hakak nak jalan pertengahan musim
sejuk. Pengajaran buat hakak yang gatal nak bercuti musim sejuk. Padan muka.
Perbelanjaan Hari Ke Tiga : (2 persons)
Bus to Yengdo Lighthouse = KRW 300
Shuttle Bus = KRW 4,000
Mineral, Hot Coffee & Churros = KRW 7,500
Cappucino = KRW 2,500
Bun Paris Bargutte = KRW 6, 500
Cappucino = KRW 2,500
Bun Paris Bargutte = KRW 6, 500
Sweater = KRW 19,000
Hot Pack 4 pax = KRW 5,900
Grand Total = KRW 45, 700 (RM170)
No comments:
Post a Comment