FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Monday, January 4, 2021

TWINS Z IN DA HOUSE!

Tadaaaaaa... Salam perkenalan dari Twins Z.


Lama sungguh tak update blog. Sejak hadirnya twins z dalam hidup kami,lifestyle totally berubah. Hahaha.. No gadget, no selfie, no writing.. Tudung pun carik yang sarung je. Senget benget pun tak pedulik dah. Hahahaha.  

 

Sebelum lupa password bagai, hari ni sis decide nak merajinkan diri menulis jugak. Alhamdulillah ada masa selingan. Tapi tak boleh nak mengarut panjang sangat sebab mood menulis belum sepenuhnya datang lagi. Hihi.

 

Alhamdulillah, aku selamat bersalin twins z secara elective c-section pada 3.10.2019, Khamis jam 9.00 pagi. Segalanya dipermudahkan Allah swt dan berjalan lancar. Berpantang sendiri dan menguruskan twins z sendiri bersama Mr.Cool adalah satu pengalaman yang paling indah aku lalui. Pengalaman dan pengajaran banyak aku dapat waktu tu. Mana tak nya, pantang sendiri, anak pulak twins.. anak pertama pulak. Syukur dengan rezeki yang Allah bagi dengan pinjaman suami yang cukup sempurna.. Bantu A-Z untuk pengurusan Twins Z. Tetiba rindu pulak saat-saat tu. Rasa nak pregnant twins lagi ^^

 

Semalam twins z dah masuk 1 tahun 3 bulan. Alhamdulillah, membesarkan twins z waktu pandemic covid 19, banyak masa terluang bersama twins z. Pemakanan dan kesihatan twins z dapat aku pantau sepenuhnya waktu ini. Allah beri waktu dan peluang yang baik.. 

 

Moga twins z membesar dengan baik, sihat, gembira, dan melalui alam kanak-kanaknya dengan baik dan ceria.. Doakan untuk twins Z ya:)

 


#twinsz

 

Monday, August 5, 2019

Senarai Keperluan Barangan Bayi Pertama

Hari ni aku nak update berkaitan barang-barang baby yang korang perlu sediakan sebelum bersalin nanti. Bagi first baby memang korang digalakkan standby semua barangan ni. So kalau baby korang twins or triplet maka berganda-ganda la barangan yang korang perlu beli.

Alhamdulillah, sekarang ni kandungan dah 7 bulan lebih. So far, semua kelengkapan bayi kembar aku dah sediakan. Banyak barang kelengkapan aku beli online direct shopee je. Kelengkapan barangan bayi kembar ni aku mula beli seawal usia kandungan aku 4 bulan.  Beli sikit-sikit sebab nak kena beli double semuanya kan. Lagi pun bila dah masuk 5 bulan confirm korang takkan mampu nak jalan-jalan mall lagi dah + kaki makin hari makin membengkak.

Babycot tu aku beli 1 set dulu sebab nak tengok sama ada anak-anak nanti nak atau taknak tidur dalam tu. Kalau semua ok, maka selepas pantang nanti aku akan beli lagi 1 set. Hehehe.

Untuk stroller pulak, aku beli yang biasa, satu-satu. Tak beli yang twins stroller sebab mostly rakan-rakan yang ada anak kembar nasihatkan tak digalakkan beli twins stroller. Nanti susah nak angkat + berat pulak tu.

So, nilah senarai barang keperluan dan persediaan menyambut bayi yang aku dah shortlist untuk korang. Boleh follow ni ye.

Beli trolley 3 tier ni kat shopee. RM57 each. Sangat berbaloi-baloi kalau nak dibandingkan dengan trolley ikea.

Siap label pada setiap storage. Senang kalau korang & suami nak carik barang nanti. Tak payah nak tanya kerap-kerap barang tu yang mana satu, barang ni yang mana satu. Hahaha.