Habis satu badan aku sakit-sakit dek kerana cuti hujung minggu lalu kami habiskan masa dengan mengemas dan mendeco sikit rumah mak.
Tak lama lagi nak puasa. Lepas tu raya. Nanti bila masa la pulak nak buat semua tu kan...
Seperti yang telah ditetapkan, hari ini adalah hari appoiment untuk scan.
Disebabkan kondisi badan tak berapa baik, jadi aku gerak keluar rumah pun dah agak lewat dalam jam 8.15 pagi.
Sampai di HUKM lebih kurang jam 9.00 pagi.
No. giliran diberikan.
Terkejut beruk jap.
Sebab dapat no. 16...
Nasib badan la.... 2 jam jugak la aku menunggu giliran tiba.
Setelah scan selesai, Alhamdulillah....
Nurse minta aku pergi beli & ambil beberapa ubat:
1) Duphaston
2)Ventolin -G
3) Pregnyl 10 000 IU
Dah beli ubat, terus datang jumpa nurse balik dan aku diberikan suntukan Pregnyl 10 000 IU waktu itu juga.
Lepas tu, ingat nurse boleh bagi MC hari ni sebab dah masuk tengahari... Rupanya dapat time sleep saja.
Terpaksalah aku balik ke office semula petang ni. Redha je la..
So, mulai esok sehingga Khamis aku akan bercuti rehat. Persediaan mental dan fizikal untuk melalui proses seterusnya.
Alhamdulillah.....
Jumaat adalah hari FET dan tentunya aku akan dapat MC.
Perasaan??
Nervous harus lah ada kan....
Semoga Allah memberkati usaha yang kami lakukan ini.
Amin....
Perbelanjaan ke 14:
1) Duphaston = FOC
2)Ventolin -G = FOC
3) Pregnyl 10 000 IU = RM88.62
2)Ventolin -G = FOC
3) Pregnyl 10 000 IU = RM88.62
2) Parking Fee = RM4