FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Thursday, November 29, 2018

Operation Repairing Blocked Fallopian Tube

Selepas 5 bulan operation laparscopy untuk remove kandungan luar rahim, aku decide nak cuba untuk repair tube sebelah lagi since tube tu je yang ada. Oh ya, fyi, satu tube terpaksa dibuang semasa operation kandungan luar rahim tu. Redha kerana itu adalah yang terbaik untuk aku.

Since dah boleh pregnant secara normal, aku bercadang untuk repair tube sebelah lagi dan cuba untuk ttc secara normal semula.

Keputusan dah dibuat, aku pilih untuk teruskan ttc dan repair tube dengan Prof. Dato Dr. Hamid Arshat. Since aku memang dah tau perjalanan ttc, masa buat appoiment tu tak perlu tunggu lama sebab doc dah boleh tahu masalah refer dari rekod ttc aku yang lama. Cuma aku perlu lalui ujian HSG sekali lagi untuk memastikan tube sebelah lagi masih block atau tidak. Kemudian, Prof minta aku decide samaada nak buat IVF sekali lagi atau nak repair tube yang sumbat tu. Dan aku pilih untuk repair dengan harapan agar aku boleh pregnant secara naturally.

Untuk harga pembedahan tu, sekitar RM8K dan kami bayar secara cash. Ada 2 optional, korang boleh bayar cash dan gunakan insurans. Mungkin akan ada sedikit perbezaan pada harga sekiranya korang gunakan insurans nanti. Untuk guna insurans, boleh tanya pada nurse masa appointment ye.

Sehari sebelum harijadi aku, 09.09.2017, aku ke klinik Prof di Damansara.. Pagi tu, selepas register lebih kurang pukul 10 pagi turn aku sampai untuk dibedah.

Dipendekkan cerita, awalnya sebelum pembedahan prof nyatakan akan gunakan kaedah laparscopy untuk repair tube aku. Tapi lepas operation nurse kejut, dan bila aku sedar sakit sangat-sangat pada kawasan rahim aku. Nak pusing tak boleh, gerak sikit pun sakit. Rasa berbeza dari laparscopy di HKL hari tu.

Rupa-rupanya prof maklumkan yang dia tak boleh gunakan kaedah laparscopy selepas tengok keadaan tube aku yang tersumbat. Maka aku dibedah sama seperti orang bersalin, cuma beza saiz panjang dia lebih kurang 10 cm sahaja.

Mr.Cool peneman setia semasa aku dalam wad. Esoknya nurse maklumkan aku dah boleh discharge. Alhamdulillah, lega dapat balik rumah.

Aku dapat MC sebulan dan berpantang sepenuhnya di rumah sendiri. Mak & abah seboleh-boleh suruh aku berpantang kat rumah dia tapi aku tolak sebab memang sejenis tak nak susahkan mak. Terima kasih buat sahabat sejati, Dekna sebab tolong jagakan dan masakkan untuk aku masa berpantang sebulan kat rumah. Nasihat aku, banyakkan makan buah masa berpantang tu ye. Aku banyak makan epal hijau, sunquick, kiwi & pear.

Alhamdulillah,  2 minggu selepas operation, aku datang semula ke klinik dan nurse bukak jahitan pada luka.  Luka dan jahitan aku cepat recover bila aku hari-hari makan sunquick + Vit C 1000mg sehari. Vitamin C tu klinik ada provide tapi aku beli sendiri kat farmasi since aku memang amalkan makan vitamin C setiap hari dan satu lagi sebab klinik hanya bagi 500mg dan perlu makan 2x sehari. Perit jugak masa nak baik tu Tuhan je tahu. Tak tentu arah dibuatnya. Bisa berdenyut-denyut.  Prof nasihatkan aku sekiranya dalam masa setahun masih belum pregnant naturally, baru aku boleh mula semula untuk treatment IVF.

Kini, setelah setahun berehat dan berlalu, aku bercadang untuk mulakan semula perjalanan sebagai TTC. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi dan kami bercadang untuk mulakan rawatan IVF sekali lagi tetapi di pusat rawatan yang berbeza dengan dahulu. 

Segala pengalaman ivf kali ini akan aku kongsikan dengan semua TTC sedikit demi sedikit selepas segalanya selesai nanti. Doakan agar Allah memudahkan segala urusan kami kali ini dan membuka pintu rezeki pada kami seluas-seluasnya, Amin. 




Wednesday, November 28, 2018

Kehamilan Luar Rahim (Ectopic Pregnancy)

Rasa malu nak ngaku yang entry umrah d.i.y. telah hakak habiskan dengan jayanya, tapi apepun aku tetap tak lupa janji-janji walaupun dah 2 tahun berlalu.Alhamdulillah, sebab berjaya jugak selesaikan entry umrah ni.

Entry kali ni sebenarnya tak ada kaitan pun dengan umrah, just nak share beberapa cerita yang telah aku lalui selepas mengerjakan umrah.

Banyak dugaan dan dalam masa yang sama bersyukur dengan dugaan tu tanda kasih sayang dari Sang Pencipta. 

Malas nak bukak citer panjang lebar, sebulan lepas balik dari umrah Disember 2016, penghujung Januari 2017 tiba-tiba aku disahkan hamil secara normal.

Masa tu tak sangka langsung boleh pregnant sebab dah memang tau aku susah nak pregnant normal dengan masalah both tube blocked ni. Tambah pulak baru balik dari Umrah. So rasa maybe period ting tong sebab masa tu dah lewat 12 hari period tak datang-datang. Berkali-kali aku cek UPT masa tu, siap whatsapp kak long lagi tanya betul ke ni double line padahal memang sah-sah line tu naik 2 jalur.

Malamnya aku siap-siap ke klinik dan memang doktor sahkan aku hamil. Ikut perkiraan baru 4 minggu katanya since dia scan tak nampak apa-apa lagi cuma kadar hormon memang naik waktu tu. Alhamdulillah..... Memang tak sangka sangat-sangat. Rasa tak percaya, rasa sedih, rasa gembira semua rasa ada.

Masuk kandungan minggu keenam, aku ke klinik ibu mengandung sebab nak bukak buku pink. Merasa la jugak pengalaman bukak buku pink tu dengan menunggu berjam-rejam lamanya. Huhuhuhu.

Aktiviti harian masih berjalan seperti biasa, pergi kerja, balik kerja, lepas tu rehat hinggalah minggu ke lapan.......

Masuk minggu ke lapan, perut mula rasa cramping, lepas tu keluar spotting.. Aku cuba kawal emosi, sebab sesetengah awal kandungan memang akan terjadi spotting tanda awal penempelan embrio. Lepas beberapa hari, perut makin teruk cramping dan spotting makin banyak.. Malam tu jugak aku ke Columbia Hospital Puchong, tapi dorang tak boleh nak buat apa dan minta aku balik & rest sebab pakar tak ada. So, keesokkannya aku sekali lagi ke Columbia Hospital Puchong sebab spotting semakin banyak.

Bermulalah episod duka.......

Di Columbia Hospital, doktor sahkan kandungan aku gugur. Allahuakbar..... Tak tahu nak luahkan rasa hati ni macamana. Sedih jangan cakap la terutamanya bila tengok muka Mr.Cool.  Doktor bagi MC tiga hari dan minta aku rehat. Dalam masa 2 minggu perlu datang semula untuk check sama ada janin dah habis keluar atau belum. Sekiranya belum, doktor akan buat DnC waktu tu.

Balik rumah, hati masih rasa tak percaya... Tak tahu lah kenapa.. Seharian tak makan, tak minum, tak mampu nak kata apa..

Keesokkannya, aku bertekad ke HKL, dalam sakit-sakit tu gagahkan jugak drive sendiri ke HKL. Mr.Cool kerja & perlu attend meeting. Tujuan ke HKL sebab nak cek sekali lagi samaada betul ke aku ni gugur. Lama jugak menunggu que, akhirnya sampai giliran aku.

2 orang doktor datang untuk scan rahim aku. Sorang Indian sorang Malay. Agak lama jugak doktor scan tu, sebab cuba cari punca keguguran yang Columbia Hospital sahkan tu.

Selesai urusan scan, doktor maklumkan yang kandungan aku masih ada. Waktu tu aku dah confuse, mana satu yang betul ni. Columbia Hospital maklumkan aku gugur, HKL masih kata aku belum gugur. Cuma doktor nasihatkan aku supaya banyakkan rehat dan datang semula lagi 2 minggu untuk tengok perkembangan kandungan, kalau masih tak ada heartbeat maka doktor akan buat DnC. Doktor ada pesan, banyakkan doa moga ada miracle berlaku. Benarlah detik hati ini dari awal lagi, ragu-ragu dengan keputusan dari Columbia Hospital.

Balik dari HKL, terus aku maklumkan kat bos yang aku nak amik cuti panjang. Alhamdulillah, dapat kawan-kawan dan boss yang memahami keadaan aku.

Minggu ke 11, cramping perut makin menjadi-jadi. Sakitnya tuhan je yang tahu. Rasa macam nak mati pun ada tapi aku cuba bertahan tunggu sampai Mr.Cool balik kerja.

Malam tu, Mr.Cool terus bawak aku ke HKL semula. Sakit perut rasa macam nak pecah rahim aku ni. Nak jalan tak boleh, duduk tak boleh, mengiring tak boleh, semua tak boleh.

Lepas register, trus masuk wad dan sorang pakar datang untuk scan aku memandangkan dia tengok aku dah tak boleh berjalan lagi, terpaksa naik wheel chair. Masa doktor scan tu bertambah la sakit bagai nyawa di hujung tanduk. 

Tiba-tiba dengar doktor cakap, " awak ni bukan keguguran, tapi kandungan luar rahim! Kita kene immidiate operate awak malam ni jugak untuk buang kandungan tu. Kalau tak awak boleh mati bila tube pecah" Nurse, pindahkan patient, perlu operate malam ni", sambung doktor tu.

Tanpa aku sedar memang aku menangis kuat gile rasanya waktu tu... Mengenangkan kandungan yang terpaksa di remove... Allahuakbar........  sedih.... sedih tak tahu nak cakap macamana..... macam-macam rasa waktu tu... Bertambah sedih bila tengok Mr. Cool nangis... Bila tanya dia kenapa abang nangis dia jawab, "Tak sanggup tengok sayang sakit macamni"... lagi la aku melalak kuat waktu tu.

Lepas tu, nurse tolak aku naik ambulance, merasa la jugak naik ambulance sebab kene pindah wad bedah.

Mr.Cool sentiasa ada disisi. Terima aksih sangat-sangat buat semua doktor dan nurse wad bedah HKL sebab berusaha selamatkan nyawa saya malam tu.

Pukul 3 pagi, aku ditolak masuk ke bilik bedah. Sebelum tu sempat la berdrama depan nurse, mintak maaf kat Mr.Cool minta halalkan makan minum, mana tahu lepas operation tu tiba-tiba tak bangun lagi dah. Nurse pun senyum-senyum tengok aku berdrama depan dia. Hahaha.

Sedar-sedar je Mr.Cool bagitahu dah pukul 7.00 pagi. Kata doktor, pembedahan tadi ambil masa lebih kurang 3 jam sebab doktor bantu buang cyst yang membesar sama dengan kandungan.

2 hari kena tahan wad, lepas discharge doktor bagi MC 2 minggu. Pengalaman nak habiskan masa 2 minggu tu memang betul-betul mencabar. Dengan sakitnya, emosi tak stabil, sedih lagi.... semua memerlukan kekuatan emosi untuk kawal perasaan tu. Genab 12 hari, tak habis MC lagi aku request kat Mr.Cool nak keluar jalan dan nak drive kereta. Alhamdulillah, slowly kuatkan semangat, akhirnya berjaya...

Ni contoh gambar kandungan luar rahim (ectopic pregnancy)
Source: Google


Bagi mengubati perasaan yang duka lara dan nak happykan aku, Mr.Cool tetap bawa aku ke New Zealand 2 minggu selepas MC tu...

So dengan luka operation yang masih belum sembuh sepenuhnya aku beranikan diri bercuti ke New Zealand...so sepanjang kat New Zealand tu aku tak mampu nak buat aktiviti lasak mahupun sukan extreme. Mampu tengok je la... Banyak sight seeing je...

Untuk entry ke New Zealand, nanti aku akan updatekan secepat yang mungkin ye. Sabar k........


Tuesday, November 27, 2018

Umrah D.I.Y. (Part 3)

MEKAH: HARI KE 6 

Umrah
Masjidil Haram

Hakak tengah cuba untuk siapkan entry Umrah D.I.Y. ni laju-laju sebab dah basi sangat-sangat nak share cerita ngan korang. Tapi tak pe la, at least boleh dijadikan panduan bagi yang cuba untuk buat Umrah D.I.Y. ni.

Hari ke 6, kami 4 beranak bangun awal pagi dan solat subuh di Masjid Nabawi untuk hari yang terakhir di sini. Sedihnya hati nak meninggalkan bumi Madinah yang penuh dengan ketenangan dan keindahan ni. Moga satu hari nanti Allah mudahkan rezeki dan dapat kesini lagi.

Usai solat subuh, kami breakfast ala kadar, makan roti arab dan bersiap kemas bag sebab ustaz bagitau nak amik kat hotel dalam pukul 10 pagi dan akan bertolak terus ke Mekah. Mr. Cool bantu abah untuk pakai Ihram. Perjalanan dari Madinah ke Mekah mengambil masa lebih kurang 7 jam.

Dalam bag dah standby roti kot-kot lapar nanti semasa dalam perjalanan. Perjalanan kami dari Madinah ke Mekah menggunakan kenderaan GMC SUV. Memang selesa sangat-sangat. Luas dan besar. Muat kami 4 beranak bersama ustaz yang mengiringi kami. Ustaz dah siap-siap bookingkan kenderaan, so korang tak perlu pening-pening kepala nak carik kenderaan.

Source: Google

Pemandangan  padang pasir sepanjang perjalanan dari Madinah ke Mekah. 


Dipendekkan cerita, selepas berhenti untuk bermiqat, kami teruskan perjalanan ke Mekah direct ke hotel dulu. Sampai di hotel, kami check in dan drop bag, terus turun untuk menyelesaikan umrah kami yang pertama. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Terima kasih buat mutawif kami yang setia dan membantu bagi urusan umrah disana.


Bilik penginapan. Besar jugak. Katil sorang 1. Selesa sangat. Booking dari Booking.com 

Ada 2 jenis pengangkutan dari Hotel Nawazi Watheer ke Masjidil Haram. Guna Shuttle Bus & Benda alah macam kat kelab golf ni. Bas dia sentiasa ada dan korang boleh refer ke receptionist untuk jadual bas dia ye. Tempat bas turunkan di belakang masjidil haram, dekat dengan bus centre. Korang kena jalan kaki ke masjidil haram tu lebih kurang 600 meter. Tapi tak rasa jauh pun sebenarnya.



Mampu amik gambar je. Hotel ni betul-betul berhadapan dengan Masjidil Haram. Harga? 
Tak mampu nak survey pun. Hahahaha

Saie


Selesai Umrah Pertama, lepas tahlul kami balik ke hotel dan singgah makan kat kedai ni. Berhadapan dengan hotel je. Staff  restaurant orang Indonesia, so senang la korang nak communicate dengan dia. Boleh kata setiap hari dan setiap pagi makan roti canai kat sini. Hehehe.. Malam tu kami 4 beranak tidur dengan lena.. 
_________________________________________________________________________________

MEKAH : HARI KE 7 (ZIARAH JA'RANAH)
Bukit Thur
Arafah
Muzdalifah
Jabal Rahmah
Mina
Jamarat
Jabal Nur 
Masjid Ja'ranah

Pagi tu dah janji dengan mutawif kami dari Mekah, Ustaz Syaha untuk ziarah beberapa kawasan di Mekah. Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan kami sekali lagi, ketemu dengan seorang mutawif yang baik hati dan sangat membantu kami. Syukur, alhamdulillah.

Ustaz amik kami berempat naik kereta Camry. Memandangkan kami ber4 sahaja, kenderaan yang terbaik adalah kereta. Senang mak, tak sakit lutut nak naik tangga bas. Alhamdulilllah, Allah permudahkan. Terima kasih Allah.

Ziarah pertama kami di Bukit Thur, matahari tengah bersinar waktu ni. Silau. Maklumlah hanset pakai hanset cap ayam je time ni. Hahahaha.

Bukit Thur: Pencetus awal penghijrahan Rasulullah dari Makkah ke Madinah seterusnya mengasaskan negara Islam pertama.



Arafah: Satu daerah terbuka dan luas. Disini umat Islam akan menunaikan rukun wukuf pada musim haji. 

Jabal Rahmah : Dikatakan tempat pertemuan Adam & Hawa




Mina: Paling dikenali sebagai tempat pelaksanaan ibadat melontar jamrah pada musim haji. Kami tengok dari atas highway je ni. Sebab kawasan ni dibuka pada musim haji sahaja.  

Seterusnya ustaz bawa kami melawat kawasan Jamarat, Jabal Nur dan Masjid Ja'ranah. Selesai ziarah lebih kurang jam 12 tengahari. Kami minta ustaz drop ke Masjidil Haram nak habiskan masa di sana sahaja seharian. 


Mak.... Sayang Mak banyak-banyak....


Bila tengok gambar ni rasa nak mengalir air mata...  Mak kuat semangat. Ltut mak tak sakit pun masa kat sana. 
Betapa Allah berikan aku peluang untuk berbakti kepada mak dan abah di sini.. Allahuakbar.. Rindu saat itu..


________________________________________________________________________________

MEKAH : HARI KE 11 (ZIARAH HUDAIBIYAH)
Ladang Unta
Masjid Hudaibiyah
Muzium Mekah

Macam biasa, jam 8 pagi ustaz dah tunggu di hotel, nak bawak kami ziarah hudaibiyah. Ziarah pertama dimulakan dengan melawat ladang unta. 


Ustaz tolong jadi cameraman kami. 


Dah jadi cameraman, siap belanja kami susu unta 2 botol lagi. Mula-mula mak tak mau try, hihihi. Tpi hakak ni sejenis suka mencuba, bila hakak dah try tu...pehhhhhhh.. sedap gile..... hakak paksa mak try minum susu unta, muka mak kelat-kelat nak mencuba. Tiba-tiba lepas cuba mak cakap, sedapnye.... Hahahahahaha. #kat mana nak cari susu unta kat KL ni :-(


Lepas tu ustaz bawa kami ziarah ke kawasan Bekas tapak Masjid Hudaibiyah : daerah perbatasan Tanah Haram sering dijadikan tempat bermiqat bagi yang melaksanakan ibadah haji atau umrah.

Selesai ziarah di kawasan tapak Masjid Hudaibiyah, ustaz maklumkan nak bawa kami ke Muzium Mekah. Kata ustaz, harapa-harapnya bukalah sebab muzium ni selalu tutup dan jadualnya susah nak jangka dia buka atau tutup. Kalau buka tu, makanya rezeki kami 4 beranak nak kesini.

Alhamdulillah. Sampai di Muzium Mekah. Rezeki berpihak kepada kami, muzium ni buka hari ni. Dapat gembirakan mak dan abah sekali.

Dikenali sebagai muzium pameran 2 masjid suci yang dibina oleh Raja Fahd bin Abdul Aziz. 

Model Masjidil Haram

Lokasi Mekah zaman dahulu


Bekas Hajar Aswad




Gambar Asal: Kaabah Zaman Dahulu


Hari-hari seterusnya kami menghabiskan masa di Masjidil Haram dan melakuakn umrah & tawaf..
_________________________________________________________________________________

MEKAH : HARI KE 15 (TAWAF SELAMAT TINGGAL)

Sayu hati bila fikir dah nak balik. Seronoknya berada 15 hari di tanah haram ni bagaikan hilang semua masalah. Fikiran kosong, tak ada bebanan. Hari terakhir, kami dah deal dengan pihak hotel, minta bookingkan pengangkutan dari hotel ke airport Jeddah. Kebetulan staff hotel tu pun warga Indonesia, memang mudah sangat nak berkomunikasi.

Lepas selesai tawaf selamat tinggal, terus balik hotel dan check-out. Dari hotel ke Airport Jeddah lebih kurang sejam rasanya. Boleh tahan laju driver taxi ni bawak.

Selamat Tinggal Haramain.... Moga satu hari nanti Allah menjemput kami kesini lagi.. Amin.

Monday, November 26, 2018

Umrah D.I.Y. (Part 2)


Kami bertolak ke Madinah pada jam 1.30 ptg… sampai lebih kurang pukul 7.40 ke 8.00 malam waktu tempatan. Penerbangan direct amik masa 8 jam.

Sampai kat airport Madinah, kena que panjang jugak. Since aku bawak parents, aku minta parents aku duduk dulu.. dah dekat baru aku panggil.

Lepas selesai urusan imigresen, kami ke masjid berhadapan dengan airport menunaikan solat jamak maghrib dan isyak.

Lepas tu, nak ke hotel, kami amik taxi airport je. Tak susah pun. Kat luar airport memang banyak kenderaan pelbagai saiz yang dah standby untuk pickup customer. So korang just pilih je la saiz taxi tu ikut kapasiti keselesaan yang korang nak. Untuk kami 4 beranak ni, aku pilih van. Selesa dan besar.

Lebih kurang 15-20 mins, kami sampai di hotel Saraya Taba. Selesai urusan check-in, masuk bilik dan berehat.

Aktiviti dimulakan pada hari esoknya since aku tengok parents aku tak larat dan bagi masa dorang rehatkan badan.


Masjid di hadapan airport Madinah

_________________________________________________________________________________

ITINERARY MADINAH: HARI KE 2 HINGGA 6


MADINAH : HARI KE 2 

Makam Rasulullah
Perkuburan Baqi
Muzium Asmaul Husna

Pagi tu, kami bersiap-siap untuk menziarahi Masjid Nabawi. 

SUBHANALLAH.. Itu ungkapan pertama bila menjejakkan kaki ke sana. Tak dapat gambarkan perasaan. Macam-macam ada. Alhamdulillah, Allah pilih kami untuk bersama-sama ke sini dengan kedua orang tua kami. 

Masuk Masjid Nabawi, lihat keindahan masjid, dan solat sunat sekali. Antara tempat kami ziarah pada hari ke-2 adalah di Makam Rasulullah, Perkuburan Baqi dan Muzium Asmaul Husna diiringi oleh Mutawif kami yang merupakan pelajar Malaysia di Universiti Madinah. Terima kasih ustaz. Baik sangat-sangat ustaz ni. 

Masjid Nabawi

Cantik sangat struktur pembinaan dalam Masjid Nabawi ni

Ruang solat wanita




Waktu ni jemaah lelaki berpusu-pusu dan berlumba-lumba mengiringi jenazah untuk dikebumikan di tanah perkuburan Baqi.

Perkuburan Baqi. Hanya orang lelaki sahaja dibenarkan masuk. Sesiapa yang meninggal dunia di bumi Madinah, dapat dikebumikan di sini.. beruntungnya disemadikan bersama-sama sahabat Rasulullah disini..


Mutawif yang setia membantu kami. 

Museum Asmaul Husna

Tiba-tiba datang 2-3 orang mak cik dari Indonesia join mutawif kami. Tak pe la mak cik. Kami ok je. Sama-sama kongsi ilmu :-)

_________________________________________________________________________________

MADINAH : HARI KE 3 


Museum Al-Quran
Sokaifat Bani Saadah






Kawasan Sokaifat Bani Saadah

_________________________________________________________________________________

MADINAH : HARI KE 4 


Masjid Quba
Universiti Al-Madinah
Bukit Uhud
Masjid Al Qiblatain
Muzium Mariz Al Emaan

Masjid Quba



Di hadapan pintu masuk Universiti Al-Madinah

Bukit Uhud




Muzium Mariz Al Emaan
Sejarah dan melihat reka bentuk Kota Madinah zaman dahulu



_________________________________________________________________________________

MADINAH : HARI KE 5-6 

Hari ke 5 dan 6 kami menghabiskan masa mengaji dan solat di Masjid Nabawi serta jalan-jalan di kawasan sekitarnya. Lepas tu, beli beberapa buah tangan dan jubah murah-murah. Sehelai RM40 je.

Shopping Mall belakang hotel kami. Jalan kaki je. Murah-murah sangat jubah kat sini. Dah compare dengan di Mekah.



Rindu nak ke sini lagi....