FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Monday, August 20, 2018

Itinerary Christchurch, New Zealand










Itinerary Auckland, New Zealand




Itinerary Guangzhou, China







Itinerary Umrah DIY

Note: Bukan Al-Madinah Museum. Tapi Asmaul Husna Museum.


Note: Tambahan Jabal Rahmah



Itinerary Hanoi, Vietnam



Itinerary Ho Chi Minh, Vietnam



Itinerary Jeju Island, South Korea





Itinerary Busan, South Korea





Umrah D.I.Y (Part 1)


MasyaAllah…. 

Lamanya berkurun betul tak hapdep entry ni!! Janji dicapati namanya ni. Hahahaha.

Ok ok, kali ni betul-betul hakak hapdep ye. Since tengah cuti sem, maka ada la masa dan ruang untuk akak bebel dalam blog kesayangan nih!

Maafkan akak berjuta kali sebab selalu bagi harapan kat korang yang menanti entry seterusnya.
Sedar tak sedar, hampir 2 tahun dah berlalu sejak hakak menunaikan umrah buat kali pertama dan lebih mencabarnya dilakukan secara D.I.Y.

Tidak semudah disebut D.I.Y., banyak perancangan yang teliti yang perlu korang laksanakan sebelum buat keputusan untuk menunaikan ibadah umrah secara D.I.Y.

Untuk entry kali ni, hakak nak kongsikan cara-cara atau langkah pertama yang korang perlu buat sebelum nak rancang Umrah D.I.Y.

Sumber: Google

_________________________________________________________________________________

Planning 1Tiket Penerbangan
Nak mudah beli terus pergi-balik supaya korang tak susah hati dan sakit kepala fikirkan harga tiket balik nanti. Dapat luck korang, mungkin ada tiket lebih murah, tapi kebiasaannya, last minute flight ticket untuk Umrah memang harga mahal.
Untuk tiket penerbangan, hakak pilih Saudi Airlines. Sebab hakak bawa orang tua. So nak make sure orang tua comfort, akak pilih Saudi Airlines. Tiket return RM2+++. Penerbangan pergi hakak turun di Madinah. Balik dari Jeddah. Sebabnya, turun di Madinah lebih mudah urusannya berbanding di Jeddah.  Tak banyak penerbangan dari Malaysia yang turun direct ke Madinah. Jadi, jadual itinerary tu hakak plan untuk ziarah dulu memandangkan seminggu pertama di Madinah.

**Perlu diingatkan, untuk perempuan yang berumur 45 tahun ke bawah perlu ada mahramnya. Info ni zaman hakak buat Umrah D.I.Y. dulu. Berkemungkinan ada perubahan.

Planning 2: Itinerary
Lepas beli tiket, dah boleh start sediakan itinerary perjalanan ke sana.

Planning 3: Visa
Perlu dibuat 3 minggu sebelum korang berangkat. Nanti akak akan kongsikan beberapa info mengenai visa ni ye.

Planning 4: Travel insurans
Yang ni bagi hakak pergi mana-mana pun wajib amik. Sebarang kemungkinan boleh berlaku.

Planning 5Mutawif (pembimbing) 
Masa korang menunaikan umrah di sana, korang sangat-sangat memerlukan mutawif terutamanya bagi 1st time yang nak buat umrah. Ramai student Malaysia yang berada di Madinah & Makkah bersedia membantu korang.  Bagi korang yang ingin menunaikan umrah buat kali ke-2, kalau yakin dengan ilmu yang ada, tak perlu mutawif pun tak apa. Maklumat ni pun akak akan kongsikan dengan korang ya.

Planning 6: Kelas Bimbingan
Pergi seberapa banyak kelas bimbingan umrah yang ada. Pilih je. Ada yang berbayar ada yang free. Hakak pergi yang free je. Cari seberapa banyak ilmu dan pengetahuan memandangkan korang pergi secara D.I.Y. Yang ni korang boleh search dalam facebook je.

Planning 7: Hotel 
Booking hotel yang *free cancellation*. Mana tau rezeki korang tiba-tiba last minute nanti dapat hotel 5 star yang lebih murah. Tak mustahil sebab ramai kawan-kawan group hakak dapat harga hotel murah last minute. Yang penting korang booking dulu hotel yang berkenan di hati sebaik sahaja beli tiket penerbangan ye.

**Penting!! : Kalau boleh jangan suka-suka dah booking then nak cancel lebih dari 5x. Kalau tak silap-silap id korang atau kad kredit korang kene block dengan booking.com

Planning 8: Suntikan Umrah
Yang ni WAJIB! Kalau tak de, memang visa korang tak boleh nak proceed. Walk-in (bagi klinik swasta) mana-mana klinik yang provide suntikan. Time aku dulu RM160 per person. Nanti akan dapat 1 buku suntikan.

Planning 9: Transport
Booking transport kat sana. Kalau korang nak pergi ziarah dan dah booking mutawif, biasanya mutawif akan charge sekali transport fee. Then dari Madinah nak ke Mekah / Mekah nak ke Madinah, korang boleh deal minta kerjasama dengan mutawif tersebut untuk carikan transport. Atau ada juga syarikat trasnport yang boleh korang percayai. Cuma korang kene booking awal-awal melalui whatsapp atau facebook ni: Umrah Taxi

Planning 10: Akaun Al-Rajhi
Disarankan buka akaun Al-Rajhi. Sebab kat sana mudah sikit korang nak cucuk duit.

Planning 11: Tag Umrah
Ni korang boleh design ikut macamana yang korang suka. Nanti akak akan bagi satu contoh yang akak guna hokey.

Setakat ni, rasanya semua ni yang paling penting korang kena prepare dari Malaysia. Nantikan hapdep seterusnya dalam masa terdekat hokey.

Payah nak perah otak ingat benda 2 tahun lepas. #siscuba :-)

Day 6: Cuti- Cuti Busan - Celoteh (Gimhae International Airport)


Since entry last day kat Busan ni dah berbulan-bulan akak tangguh, maka hasilnya pendek-pendek je la aku bebel dalam ni.

_________________________________________________________________________________

Awal pagi kami dah bangun dan siap-siap nak bertolak balik ke Malaysia. Cuaca hari tu semakin sejuk. Lepas breakfast, terus check-out dan gerak ke airport.

Flight kami jam 10.45 pagi waktu tempatan.

Macam biasa penerbangan ambil masa 6 jam dari Korea ke Malaysia. Lebih kurang pukul 6.00 petang kami touch down Malaysia.

Home sweet home.