FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Thursday, January 21, 2016

Aku "ditegur" Allah....

Tajuk entry kali ni tak menahan..




Bunyik macam seram kan.. tapi hakikatnya itulah yang berlaku.










Istilah tegur yang aku maksudkan adalah dengan "sesuatu rasa" yang susah nak diungkapkan.






Puncanya bermula dengan satu email yang aku terima dari sorang pembaca 2 hari lepas.
*eh eh.. tak sangka. Ade gak yang sudi baca ape yang aku merepek syok sendiri dalam ni*






Dimulakan dengan beberapa soalan dari pembaca tu, kemudian kami berlanjutan berbalas-balas email... Maaf, isi kandungan yang diperbualkan aku tak boleh nyatakan disini.








Apabila aku merasakan Allah berikan aku ujian yang berat, sukar dan gagal dalam beberapa rawatan yang aku jalani demi memperolehi seorang amanah dari-Nya, saat itu Allah menurunkan satu berita bahawa ada yang lebih berat ujian yang perlu dilalui berbanding aku...










Tiba-tiba satu perasaan yang sangat sukar nak dinyatakan hadir jauh menusuk hati aku.  Bercampur baur, antara bersyukur, sedih, dan rasa berdosa atas semua persoalan kegagalan ujian demi ujian yang dilalui, yang pernah terdetik dalam hati.






Sekali lagi aku bersyukur diatas peluang yang masih diberikan, masih ada harapan dengan sedikit usaha dan yang penting jangan mengalah dan terus berusaha selagi terdaya.






Kepada pembaca tersebut, jika awak ada terbaca nukilan saya kali ini, saya nak bagitahu bahawa awaklah sumber inspirasi saya...


SubhanAllah, begitu kuat dan tabah sungguh awak menghadapi setiap yg diuji tanpa mengeluh atau kecewa. 


Saya berbangga dan berdoa moga apa yang akan awak jalani akan berjaya.


InshaAllah.


Amin....













Friday, January 15, 2016

Entry campur-campur...???

Errkkkk???

Pelik kan tajuk entry aku kali ni.

Kenapa tajuk entry campur-campur???

Sebab aku memang tak tahu nak buat tajuk apa. So, belasah je la campur-campur sebab entry kali ni nak campur-campur story.

1st, nak mula dengan cerita sedih......

Cik "P" kembali lagi... sedih hati sampai tak tertanggung rasanya.. Rasa bersalah berterusan pada sang suami yang setia menanti perkhabaran baik hari demi hari..

Pagi-pagi tadi sampai ofis rasa tak sedap perut. Perasaan dalam hati dah terasa macam "Cik P" nak datang melawat untuk bulan ni.

Tup-tup baru nak masuk meeting, rasa sesuatu pulak yang keluar. Cepat-cepat berlari anak ke toilet... Dan..........

Yes! It's true. Dah agak. Memang Cik "P" yang datang.

Hati mula meruntun sayu.. Tiba-tiba dalam toilet mata berkaca-kaca. Sedih tak terhingga. Apa yang diharapkan tak menjadi.  Apa yang diminta belum diizinkan Tuhan untuk memilikinya lagi. Apa yang diangankan belum menjadi realiti lagi. 

Cepat-cepat aku sapu air mata yang mula bertitisan.  Bimbang kalau melarat merah pulak mata nanti. Langkah keluar dari toilet dengan senyuman dibibir. Tapi dalam hati hanya Allah yang tahu.  Terus beristigfar dalam diri agar Allah menguatkan semangat aku kembali. Redha.... Pasrah dalam percaturan-Nya.

Masuk dalam bilik meeting, hati dan perasaan kelaut.  Mata tertumpu pada boss yang tengah "membebel" kat depan. Tapi hati aku masih berduka.

Terus aku whatsapp Mr.Cool, menyampaikan khabar yang tak indah itu.

Hati aku sekali lagi meruntun... Mr.Cool menjawab seperti biasa, memberi kekuatan dan kata-kata semangat.  Bertambah sayu dengan sikap Mr.Cool yang tak pernah jemu menyayangi & menerima diri aku seadanya. Tak pernah juga meninggikan suara jauh sekali marah pada aku.  Menguatkan jiwa aku yang sememangnya lemah dengan dugaan ini.  Kadang terfikir, sehingga bila aku akan diberi ujian yang begitu hebat ini dari Allah.

Dalam bersedih aku masih mampu bersyukur kerana Allah memberikan aku seorang suami yang cukup dan amat sempurna melengkapi diri aku.  Tak pernah tunjuk rasa sedih jauh sekali mengeluh setiap kali kegagalan aku.

Tak ada apa yang aku kejarkan lagi. Semuanya lengkap dalam hidup. Memiliki semua pinjaman dari Allah ini buat aku rasa sempurna sekali.  Kehidupan yang selesa, suami yang penyayang, rakan-rakan seperjuangan yang memberi semangat, keluarga yang memahami serta harta duniawi yang mencukupi.

Hanya satu doa yang aku titipkan dalam setiap sujudku, agar dikurniakan zuriat & waris buat Mr.Cool sebelum ajal menjemput...... 

......................................................................................................................................................................

Cerita kedua,

Pejam celik rupanya kurang dari seminggu aku dan Mr.Cool nak berhoneymoon sekali lagi ke bumi Korea.  Kali ni kami memilih Pulau Jeju & Busan pulak. 

Dari segi persediaan, semuanya dah cukup. Tinggal nak beli stok bekalan makanan je. Sardin, nasi empit, kari, roti, coklat dan beberapa list lagi.

Semoga percutian kali ini membawa seribu perkhabaran yang baik. Siapa tahu kot-kot balik Malaysia ada berita best nanti kan?  Hehehe..

Percutian kali ni aku dah list souvenir untuk semua sahabat baik. Dah janji nak bagi sorang satu t-shirt. Persahabatan yang dibina sejak dibangku sekolah lagi. 15 tahun telah berlalu dan kami masih bersatu. Merekalah sahabat sejati dunia dan akhirat.  Kawan suka, duka, gaduh, bercakar, semua la..

Dekna, Dura, Pong, Yant, Kak Long, Mira dan Kak Wa..



Korang memang best!!


Sayang korang ketat-ketat!!


Tuesday, January 5, 2016

Tempat-Tempat Menarik di Busan

I olls nak hapdep entry tempat-tempat menarik sekitar Busan yang boleh korang lawati.  Banyak sebenarnya, tp aku juz short list tempat-tempat yang termasuk dalam perancangan aku. 
*Rancang je, tapi macam tak dapat nak cover semua.



Mood masih dalam kucam lagi. So, nak sembang lebih-lebih belum time lg.
*tah bila la hati ni nak sejuk. 

Buat masa ni masih memendam lagi dengan rakan setugas.  Itulah aku, kalau dah sentap mendalam sekali memang susah nak lupa sampai bila-bila.  Selalu orang bercerita tentang musuh dalam selimut.  Rupa-rupanya memang wujud ye spesis macam ni.  Nak tau jugak tak ada rasa apa-apa ke. Tak rasa bersalah ke.. Tak rasa berdosa ke.

Eh, makin lama makin ke laut citer aku ni. So, apapun, korang tengok la sendiri apa yang dah termasuk dalam list ni ye.

Monday, January 4, 2016

Tempat Menarik Yang Boleh Dilawati di Jeju Island


Kat sini aku sediakan list untuk tempat-tempat yang boleh korang lawati di Jeju Island.  Memang banyak sangat-sangat. So, sila survey area, masa dan keadaan lokasi bagi memudahkan korang plan perjalanan nanti.



Reminder, jangan lupa nombor telefon setiap lokasi yang korang dah short list nanti.  Terutama untuk korang yang berniat nak sewa kereta. Hasil dari cik google, banyak yang kata hanya perlu masukkan nombor telefon di system GPS kereta sewa.  Tak perlu susah payah masukkan alamat.  Tapi, kalau nak selamat, korang sediakan sekali je la alamat tempat-tempat tu nanti.

Kalau attachment tak clear, korang boleh email kat aku : fyra_230703@yahoo.com




TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SEKITAR JEJU ISLAND

SEPARATION AREA AT JEJU ISLAND


Cara-cara sewa kereta di Jeju Island

Seperti yang dijanjikan, aku nak hapdep entry cara-cara nak sewa kereta apabila bercuti ke Pulau Jeju.




Korang bolehlah jadikan ianya panduan.  List Jeju Island & Busan akan menyusul tak lama lagi.  Full travelogue akan dihapdep selepas balik dari bercuti nanti.  Sebab kalau hapdep awal-awal rasa tak best. Nanti orang lain copy sebelum aku pergi.







Maaf kalau ada yang terkurang. Tapi kalau ada yang terlebih, sila puji tinggi-tinggi sket.**



Welcome 2016

Pagi isnin 4/1/2016...




Aku termenung seketika dimeja....




Bila difikirkan terlalu banyak rintangan dan dugaan yang dah dilalui tahun 2015.


Terasa cepatnya masa berlalu.




Kesimpulan yang aku boleh buat, aku menghadapi dugaan yang sangat hebat bagi 2015.


Semua yang dirancang tak berkesampaian.


Semua yang diplan ke laut.


Semua yang diimpikan tak tercapai.


Kegagalan terbesar adalah 2x FET IVF.


Pertukaran yang dimohon buat kali ke - 5 juga tidak berjaya.  Terasa diri dikhianati sesama rakan setugas.






Namun, aku redha dengan kegagalan lalu. Ianya bukan beerti gagal buat selamanya.


Iulah tanda "Permulaan" dalam mencapai "Keindahan".


Apa yang aku mampu lakukan bagi tahun 2016 ini adalah berusaha selagi diberi kekuatan dan nafas.






Permulaan yang baik untuk 2016, 2 minggu lagi aku akan ke Pulau Jeju & Busan untuk percutian bersama Mr.Cool tercinta.


Perancangan seterusnya adalah ingin ke bumi Mekah sebelum meneruskan rawatan IVF kali ke 2.


Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar, dipermudahkan dan dibukakan jalan untuk kami.






Amin.