FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Tuesday, June 18, 2013

Perancangan Bercuti Ke Pulau Redang, Terengganu

Khamis ni aku nak berangkat ke Pulau Redang... aku pergi naik fight je.. masa aku booking tu tiket tengah murah sangat... return tiket dalam RM70 hengget hokey... aku pergi dengan Mr.Cool la..sape lagi kan..

So, walaupun dalam Malaysia je, aku kena jugak buat sedikit travelogue bagi memastikan perjalanan dan percutian di sana berjalan dengan lancar....

Jenuh jugak menggoogle bahan dan info tentang Pulau Redang... Banyak sangat pakej yang disediakan.. cuma pakej yang aku nak memang sangat susah nak carik.. Semua yang ditawarkan untuk menginap di Pulau.. 3D2N la... 2D1N la... macam-macam lagi...

Lupa nak inform korang, aku pergi bercuti 3 hari sahaja... Cukup la tu dalam Malaysia kan... Lama-lama kat sana nak buat apa pun.. hehehehe... Jangan mare orang Ganu^^

Hari pertama aku berangkat dari KL tengahari... Aku dah siap-siap booking hotel www.suriaresorts.com area Merang... Hari Pertama tu cadangnya aku nak berjalan sekitar area Merang tu je....

Hari Kedua aku dah booking Pakej ke Pulau Redang hasil dari menggoogle seharian.. Akhirnya jumpa jugak.. Pakej Pergi-Balik (One Day Trip) .. Murah sangat weyyyy... RM150 include Lunch, Snorkeling, Return Ticket Bot dari Jeti Merang, dan jugak life jacket... Aktiviti dari pukul 8.00 pagi - 4.00 petang... Best kannn???

Hari Ke-3, flight aku malam.. jadi rasanya plan kami lepas check out Tengahari tu, nak berjalan sekitar Bandar Terengganu.. Pasar Payang dan lain-lain... ok la tu kan??? Boleh cover area Bandar tu lama sikit... hehehehehehe...

Sedikit sharing untuk korang yang ada plan nak ke Pulau Redang tapi nak plan macam aku kan....
(nak buat apa lama-lama korang kat Pulau tu... baik korang check in hotel luar Pulau..lagi best... Sumber makanan pun mudah nak carik.. )

Pakej : 017-9371350 (Fikri)
Bot Laju : 019-9852259 (Abg. Zul)
Taxi : 019-9965251 (Pak Cik Salim)

Cantik gila kan Pulau Redang ni????

Teruja nak pergi tau!!!!!


Thursday, June 13, 2013

Ular Masuk Rumah.... Apakah???

'Ada ular hitam kat kawasan parking rumah!!'.. Itulah bunyi text yang aku terima dari adik lewat malam tadi kira-kira pukul 10.00 malam, dalam ber 'we chat' bersama family group..

'Haaaaa????? Serius????? Habis tu ko bunuh tak ular tu?? Macamana dia boleh masuk situ??? Ular apa??? Besar ke kecik??' Bertalu-talu soalan aku bagi..Ahhh... sudah.... hati mula risaukan mak dan abah di rumah...

'Tadi aku tengok kat parking rumah. Dekat dengan box air cond.. Warna hitam.. Halus.. Panjang lebih kurang sedepa tangan aku.. Aku nampak tadi aku patah balik nak amik kayu.. Bila pusing tengok-tengok dah tak ada..' Itu je jawapan yang aku terima dari adik..

Apekahhhhhh???? Ular tu lari ke? Jelmaan ke?? Atau ular tu menyorok dekat dengan pasu bunga ke??? Hati aku lagi jadi gundah..

Pelik juga tak kan baru pusing nak ambil kayu tiba-tiba dah tak ada...?? Atau tu satu perasaan adik aku je?? Atau memang ada ular betul-betul??  Atau..........

Seram pulak tiba-tiba... Geli pun ada.... Meremang-remang bulu romaku... Aku nasihatkan adik minta mak jangan pergi siram bunga untuk minggu ni... Sabtu ni cadangnya kami adik-beradik nak buat oeprasi mencari besar-besaran kat rumah mak.... Dah suruh juga adik tabur belerang di sekeliling rumah....Termasuk juga dengan longkang depan rumah...

Semoga Allah SWT melindungi kedua Ibu Bapaku dan keluargaku yang tercinta dari segala kejahatan, hasad dengki manusia dan bala menimpa... Ameen....

 
* Sember gambar dipetik dari google.