FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Saturday, December 7, 2013

Day 3 : Cuti-Cuti Ho Chi Minh ~ Celoteh 1 (Welcome Home!!)

Tak banyak yang best hari last aku di Ho Chi Minh.....

Maaf kepada semua reader.... sebab aku sangat kesuntukan masa sejak kebelakangan ni....

Apa yang aku boleh kongsikan dengan korang semua... hari last di sini, tak banyak yang bestnya...

Bangun seawall 6.00 pagi waktu tempatan, solat dan bersiap-siap turun untuk breakfast di Restoran Salima... aku order Nasi Goreng + The Tarik.... boleh tahan jugak rasanya...

Lepas breakfast, aku ke Saigon Centre, beli baju untuk 2 orang anak buah kesayanganku.... dan sedikit baju aku.... Mr. Cool pun sama jugak....

Beli-beli tak sedar dah pukul 11 pagi.. hari semakin panas... perlu diingatkan ye, kalau korang jalan kat sana, sila bawa kipas tangan sendiri... sebab cuaca kat sana sangatlah panasnya...

Selepas habis duit kat Saigon Centre, aku ke Ben Than Market dan beli beberapa pasang kain cotton... opppsss!! bukan aku punye.. tapi semuanya dah dibooking sedara mara.. hahahaha...

Keadaan berurus niaga di Ben Than Market :

1: Sangat Panas dan lemas pulak rasanya...

2: Peniaga-peniaga perempuan dorang memang sangat miang hokeyyy.. suka-suka pegang and tarik tangan pelanggan minta beli barang dari kedai dorang... kene pulak kat Mr.Cool aku... gile!! Habis kene maki dengan aku.. kepala hotak dia pegang laki orang!

3: Kalau Nampak minat tu, terus je beli... tak payah nak banyak Tanya... dan nak survey-survey.. sebab kedai kat sana bersepah-sepah.. silap-silap korang tak jumpe balik kedai yang korang nak mula-mula tadi..

4: Kalau rasa tak nak beli, lalu je... jelling je.. jangan pulak korang terkial-kial kat depan kedai dia... silap-silap benda yang tak nak beli jadi terbeli pulak.. Terpaksa.. huhuhu..

Finally, pukul 1 petang aku keluar dari Ben Than Market dan balik ke hotel nak chek out.... Minta kat reception panggilkan taxi untuk kami... Sekejap je taxi tu dah sampai...

Nak share sikit beberapa barang yang sempat aku sambar hari tu :


Cardigan Pink... selesa sangat pakai.... aku balun 3 hari pakai.. tukar singlet je kat dalam.. hahahaha

Hari 1st aku sampai pakai kasut memang cantik..... masuk malam aku tukar dengan selipar jepun.. beli kat pasar malam Ben Than je... hihihihi...

Kopi Vietnam yang sangat yummy!!! Sedap gile.. ni korang wajib rasa tau... aku hari-hari kat sana wajib beli hokey.. harganya 1 usd..

Ha.... tu je la citer yang dapat aku share masa hari last di Vietnam..... Sampai di airport, masih awal lagi.... 2 jam awal dari masa penerbangan... sempat jugak aku terlelap penat gile hari last tu....

Kesimpulannya, Vietnam tak best! hahahahaa.... mungkin best bagi orang yang nak berniaga... tapi untuk jalan-jalan makan angin tu baik g Langkawi... hihihihihi...

Tuesday, December 3, 2013

Harapan yang Palsu.....

Ku kecewa lagi..... setelah 10 hari ia tidak muncul tiba-tiba tepat jam 4.30 petang tadi dia datang.....

Namun, aku sentiasa mencari-cari sebab dan dorongan utk positif..

Tidak membiarkan diri hanyut. Aku percaya kawan-kawan senasib juga merasai benda yang sama. Jika tidak, cuba-cubalah. Sebab bagiku kita perlu usaha utk redha..

Bukan sekali aku diajar dan diingatkan supaya yakinkan diri bahawa suatu hari nanti Allah pasti beri ZURIAT penyambung ikatan kami. Bagiku memang mudah disebut namun belum tentu mudah juga utk dilaksanakan..

Bukan tidak percaya dengan kekuasaan Allah. Tapi disini juga para ttcian diuji. Kita tahu Allah tidak akan buat sesuatu dengan sia-sia. Ada hikmah disebalik ujian ini..

Tapi bila cuba disematkan dalam hati, aku juga akan ada zuriat suatu hari nanti, kadang kala aku sebenarnya hanya menyatakan tetapi dalam hati kosong.. kosong.. kosong..

Setiap hari fikiranku melayang-layang...

Setiap hari hatiku tertanya-tanya......

Setiap hari jari jemariku menghitung....


Bilakah masanya kebahagiaan itu akan menjadi milik KAMI....?

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kau kurniakanlah zuriat pengubat duka dan pewaris antara aku dan dia....

Luv u My Mr.Cool......



Friday, November 15, 2013

Target 2014

haluuuuuu... sory la fasa ke 3 untuk entry ke Vietnam ditangguhkan ye... tak sempat nak edit... now aku nak share sikit target 2014 aku... so, if dah ada target ni kena la work hard sikit.. bukan sikit, tapi banyak wooo....

Target yang 1st: ~ nak carik rumah 2 storey area KL ni.. if ada yang tahu mana-mana developer sekitar Puchong, Shah Alam, Bukit Jalil, Puncak Alam dan Subang Jaya yang baru nak naik tiang tu tolong share sikit ye.... So, rumah yang sedia ada diduduki sekarang ni akan kami disewakan... :-)

sumber hanya ilusi sahaja....kalau dapat yang mcm ni dan sesuai dengan budget kami, Alhamdulillah.. :-)
 
Target ke 2:~ Nak sewa kedai... InsyaAllah jika Allah melapangkan rezeki bagi kami, tahun 2014 nanti Tyrazami Collection akan mengorak langkah dan beroperasi sepenuhnya di kedai nanti...
 
Doakan saya!!!
 
Ameen......

Monday, November 11, 2013

Day 2 : Cuti-Cuti Ho Chi Minh ~ Celoteh 2 (Saigon Square,Penarik Beca Ho Chi Minh)

Hari Isnin yang memang lemau bagi semua orang... arrrghhhh..malasnya rasa nak keja hari ni.. tapi aku gagahkan jugak sebab dah buat temujanji dengan customer.. pulak tu keja kat opiz belambak-lambak tak siap lagi.. Mood memang lazy sangat-sangat hokeyyy..

Tunggu dekat setengah jam pak cik beca yang baekkkkk hati sangat tu pun sampai... memang ceria sangat la muka dia kan...


Taraaaa!!! sempat aku snap gambar ni.. dia tak perasan... aku macam pelik je sebab dia memang tak bagi kitorang amik gambar dia.. bila keluarkan hanset je, dia suruh masukkan dan simpan dalam beg... Rupa-rupanya ada cerita disebalik tu....
sabar..sabar.. aku nak cerita la ni.. korang nihhhh..!


memang scary sangat tengok lalu lintas dorang.. boleh pitam dibuatnya! Tak ada sistem langsung... negara belum maju... terima je la hakikat... Bumi Malaysia lagi indah!! Malaysia tanah airku.....
cuba korang tengok... kat sini majoriti rakyatnya menggunakan motor dari kereta... yang pakai kereta ni kira semuanya kaya-kaya jugak la.....gambar ni aku sempat snap masa aku atas beca.... aiyoooo... seram nihh!!! moto, kereta, depan mata semua... tapi, dorang memang cekap gila la.. kagum sekejap..


tengok kereta 4wd ni...!! depan mata aku je... huissshh...kalau aku yang drive memang tak la dengan traffic macam haram jadahnya ni..!


inilah dia laluan masuk ke Hong Kong Market... sampai sudah kat sini...lebih kurang 20 minit jugak la naik beca ni... dah rupa macam kat chow kit je keadaannya.. kotor tak payah cakap la yek!! Dorang panggil Hong Kong Market sebab katanya orang-orang kat sini semua cakap dah amcam bahasa cina slangnya... itu yang dipanggil Hong Kong Market..



Inilah rupanya Hong Kong Market... hahahahahhaa... buruk sangat wey... aku ingat hotel budget mana si penarik ebca ni bawak.. rupanya ada market kat dalam bangunan ni.. sorry sangat sebab aku tak dapat snap keadaan dalam bangunan ni.. memandangkan aku tengok macam scary je orang-orang kat sini.. semua dok pandang kami macam la kami ni penjenayah.. adoiii...memang tak ada pelancong pun yang datang sini... baik mat salleh ke, atau Malaysian memang tak ada...maybe dorang pelik kot kitorang ni datang macam mana kat sini kan.. hihihi... Masa nak membeli pun memang agak payah gila.. ada seller memang tak nak langsung menjual kat kami.. sebab dorang tak pandai langsung spoken.. hahahaha...lawak gila kot.... macam ayam itik je kami berurus niaga dengan seller.. nasib la kat tangan aku sentiasa ada kertas putih... aku sebut kat seller "Vietnam Dong" sambil tunjuk kertas suruh dia tulis berapa harganya... hahahahha... dah macam cakap dengan orang bisu..memang tak boleh lupa kenangan ni.. ^^ 
Selesai membeli belah lebih kurang sejam lebih dalam bangunan ni, kami keluar balik carik pak cik beca tu.. penat sangat rasanya sebab dalam ni tak ada air cond.. panasnya tak payah cakap la..

Pak Cik Beca tunggu kami dekat dengan bangunan Co.Co Mart ni...
Kami bergerak menuju ke HRC Ho Chi Minh.. alang-alang tu suruh dia drop sekejap sebelum balik ke hotel.. malas nak jalan kaki dah...


My Mr.Cool tunjuk isyarat bagus.. bagus keeeeee??


Memperkenalkan....... Jeng jeng jenggggggg!!! ni la driver tak berbayar aku tuu...puas la hati dia dapat sampai kat HRC ni... Lepas habis duit, kami keluar dan teruskan perjalanan menju ke arah Ben Than Market.. cadangnya aku nak berjalan kat War Museum.. tapi malangnya cube korang tengok langit dalam gambar kat bawah ni.........


Mendung...... dan akhirnya hujan turun renyai-renyai... arrrghhhhhh... tensen sangat kot kitaorang!!


Sempat snap je gambar.... nak berhenti tapi dah hujannn... :-(


Ni kat District 1... memang banyak sangat barang berjenama yang mahal-mahal yang memang tak mampu kot nak beli... bukan tak mampu, tapi lebih baik duit tu kita sumbang ke arah kebaikan... Derma ke, belanja famili ke, ape ke... kan lagi bagus.. ^^


Gereja kat tengah-tengah bandar...

Sebelum drop kami, pak cik beca bawa kami pergi minum kat satu lorong tu... aku rasa port dia selalu lepak kot.. macam pelik sangat je tempat dia... malas aku nak cerita panjang, pak cik beca tu memang plastekkk sangat hokey.. siap la dia puji-puji orang Malaysia baik la..ape la.... last-last rupa-rupanya dia ni penipu!! lepas minum tu dia minta kami bayar sorang Vietnam Dong 800000 (Lapan Ratus Ribu!!).. kiranya dalam duit Malaysia RM120 seorang..!! Ayoooo!! masa tu aku dah sedar yang dia dah tipu kami... tapi malangnya.... tak kan aku nak bertekak pulak dengan pak cik bangang ni kan??? Kang tak pasal-pasal kami tak boleh balik Malaysia, kene kerat 18 kat sini...Oh tidakkkk!!!! Sambil meitiskan air mata (dalam hati je la), kami keluarkan duit dan menyumpah-nyumpah pak cik bangang tu.. bukan dia paham cakap melayu pun..masing-masing sakit hati yang tak boleh nak dibayangkan macamana... hadoi.... mood masa tu semua dah out la!! Nak buat macamana..... nasi dah jadi bubur... mungkin tu bukan rezeki kami la tuh....Tak pe la.. nanti Allah gantikan 10x ganda dari tu... *kunun nak pujuk hati sendiri...tapi dalam hati memang menyirap-nyirap darah ni!*

Disebabkan hujan petang tu, tak dapat la kami nak meneruskan niat untuk ke tempat-tempat dalam list travelogue... aduiiii... dah la bengang dengan pak cik beca, lepas tu hujan pulak... yang kami sakit hati, pak cik beca ni memang tak nak hantar kami kat hotel pun. Boleh pulak dia drop kami jauh sikit dari hotel. Agaknya dia takut kot.. APTB!!

So, disebabkan hari hujan, plan bertukar mencarik kedai kain... memang aku borong banyak kain dan tudung kat sana!! Tapi bukan untuk diri sendiri yek! untuk kiriman orang je lebih.. hahahaha... sabo je la.... sudahnya aku beli Kain Sepasang untuk aku dengan tduung sehelai... Selebihnya orang lain punye... Adoiii..*tepuk dahi sendiri*


 
belanja korang sikit tengok baju bajan dan kain kayan yang superbb murah berganda-ganda dari KL.. *boleh gila jap..*


sedang meneleku dan berkira-kira
*bukan untuk kegunaan diri sendiri, tapi untuk orang lain*
Aku yang pening last-last...


Kesimpulannya, lepas habis memborong tudung-tudungan dan kain kayan, kami balik ke hotel... amsa tu ahri dah mula gelap.. malas nak fikir panjang, badan dah letih.. fikiran dan otak lagi superbb letih tambah pulak sakit hati yang tak habis-habis..
*kalau jumpe pak cik beca tu, aku nak jerit kat dia.... "STUPIDDD!!!"


Sambung lagi..... mood hilang pulak bila ingat kat pak cik beca (*%&*%&^&*$!!

Friday, November 8, 2013

Day 2 : Cuti-Cuti Ho Chi Minh ~ Celoteh 1 (Saigon Square,Penarik Beca Ho Chi Minh)

Alahaiiiiii...malasnya aku nak buat entry ni....mood memang malas gile la.... sebab dah mula sibuk dengan tugas-tugas hakiki dan jugak majlis tahlil & doa selamat di rumah parents....

Hari Ke-2 di Ho Chi Minh, bangun pagi-pagi seawal pukul 5 pagi (ikut jam Malaysia) untuk solat Subuh... Info Solat di Vietnam korang boleh ikut di sini :-  http://alhafiz.net/prayertimes/Vietnam-Ho-Chi-Minh-City-Ho-Chi-Minh/

Selepas mandi dan bersiap-siap, kami turun ke Cafe Salmah.. dalam hotel An Tam je.. breakfast free.. sarapan kat sini terasa macam di Malaysia sebab menu sarapan tau bah macam di Malaysia.. Ada roti canai, teh tarik, nasi goreng... rasanya pun boleh tahan jugak.. sedap!

Planning awal dalam tavelogue seperti ni:
1) War Remnants Museum
2) Notre Dame Cathedral
3) Ben Than Market
4) Saigon Square - menjual barangan berjenama (Factory Outlet)

Lepas selesai sarapan pagi, kami mulakan perjalanan ke Saigon Square.. Dalam perjalanan (jalan kaki je) ke Saigon Square tu, kami bertemu dengan sorang penarik beca.. mula-mula macam baik sangat kot dia ni.... tapi malangnya selepas beberapa jam......... *saje nak buat suspen*

Nak ke Saigon Square ni tak jauh pun dari Ben Than Market.... depan jalan besar (roundboad) tu korang amik jalan sebelah kiri.... terus je lalu kat pejalan kaki tu.... then korang akan jumpa Cafe ni sebelah kanan (seberang jalan) korang...

Fresco Cafe... nampak je cafe ni korang lintas jalan dan pergi meghala ke cafe ni...


Sebelah dengan Fresco Cafe, dah jumpa Saigon Square... tempoh jalan kaki dari Ben Than Market ke Saigon Square dalam 10 minit je rasanya....


Inilah dia Saigon Square tu... ada 2 pintu utama.... 1 yang kat atas, 1 lagi yang ada tulisan merah ni... Sebelah-sebelah je...

Berbalik pada cerita penarik beca yang "baekkkkkkk" sangat tu, dia memang pandai speking weyyy.... siap dia promote bgtau ada 1 lagi market yang jual barangan sama macam di Saigon Square ni... namanya Hong Kong Market... murah 2x ganda dari sini!! OMG???!! Siap dia pesan, jangan beli apa-apa kat Saigon Square ni... sebab saya akan bawa ke Hong Kong Market... so, kami pun agree je la kan.... memandangkan fikir yang konon-kononnye naik beca mesti la murah berbanding taxi kan... betul tak??

So, lepas pusing-pusing cuci mata, kami pun menunggu si pak cik beca ni... sebab tadi dia dah kata nak bawa kami.... sementara tunggu pak cik beca ni, aku sempat beli Bubble Mango kat kedai sebelah ni.. rasanya sedap jugakk... mr cool & body guard aku tu sempat jugak beli air kelapa kat tepi jalan... tak ingat bearapa harganya.... sebab bukan aku yang beli.. sorry...


menikmati air kelapa tepi jalan... hahahhahaa... dah haus sangat..


Dekat setengah jam jugak tunggu pak cik beca tu... kenapa tah aku tak terfikir langsung nak google pasal penarik beca di Vietnam ni??? Mungkin kami ni dah kene mandrem agaknye.... so, nasihat saya, kalau nampak pak cik beca mana-mana pun kat Vietnam ni, jangan pandang langsung muka dorang!! Buat bodo dan jalan je teruss...


Inilah dia pak cik beca yang macam *(^*$&^$%^)(&() tuhh!! Berlakon baekkkkk.. hakikatnyaaaa???

Pukul 12 tepat dia siap sampai bawak kawan lagi.... ye la kan... korang tengok seat dia la.. mane muat semua nak duduk.. So, bermulalah pengembaraan kami hari tu yang penuh dengan tragis.......

sambung lagi.... nak balik dahhhh!!!

Wednesday, November 6, 2013

Day 1 : Cuti-Cuti Ho Chi Minh ~ Celoteh 1 (Airport Tan Son Nhat, Vinasun Taxi & An Tam Hotel)

Holaaaaaa...... Setelah 2 minggu balik dari Ho Chi Minh, baru hari ni aku nak hapdep entry... hahahahahhaa... APTB!

Kuala Lumpur :
7.00 pagi : Dah bangun.. Mandi dan siapkan diri..Laju-laju kejutkan Mr.Cool... kalau lambat aku tinggal je.. hahahaha
8.00 pagi : Siap mandi...nak pergi breakfast nasi lemak kat BK1.. Sedang elok menikmati nasi lemak, tiba-tiba Mr.Cool dapat panggilan....punye la laju kitorang makan.. mood hilang sebelum berseronok nak holiday... :-(
9.30 pagi : Mr.Cool bergegas ke Opiz.. dapat panggilan ada breakdown projek dia.. hangin aku 1 badan.. apa punye staff la depa ni... boss cuti sibuk kaco %^
10.30 pagi : Aku siap-siapkan diri bertolak ke rumah mak.. sebab pergi dengan adik.. dia pun nak join sekali katenye... bawak je la... malas nak tunggu Mr.Cool.. so, nanti biar Mr.Cool datang umah mak amik aku... *kunun merajuk la tuh!*
11.30 pagi : Lepas Mr.Cool sampai rumah mak, kami siap-siap dan bertolak ke LCCT. Bawak kete aku... dan park je kat sana... tak payah nak suruh orang amik hantar bagai... Kat LCCT tu kalau nak parking murah korang parking kat hujung..Ada parking lot untuk per day kat situ.. carik la ye. Parking Fee di LCCT RM16 per day. shj... kongsi-kongsi bayar. Murah kan??ok la tuh....
12.00 tghari : Sampai LCCT...
2.50 ptg : sepatutnya dah fly ke Vietnam.. tapi flight delay sejam... macam haram.. lama tunggu dlm tu... tido je la keje aku..hahahaha..

Vietnam :
5.50 ptg : Alhamdulillah, selamat sampai kat airport... (waktu tempatan vietnam : 4.50 ptg)
Air port sana cantik jugak... kemas je... yang paling penting dalam hidup aku, toilet kat sana even tak ada air, tapi bersih... rasa kagum pulak dengan sistem kebersihan disana berbanding kat LCCT... *opss!! terlebey sudah...*

Jom kita start story dari sini ye...  
Sampai sudah airport Tan Son Nhat International Terminal, Ho Chi Minh, Vietnam

Nak amik taxi Vinasun korang kena keluar jalan luar... sebab taxi airport agak mahal sikit.... So, Keluar je dari pintu airport, korang ikut jalan parking kereta, then cari jalan keluar ikut gate..ada sebelah kiri.. Terus jalan keluar... Land mark korang tengok PARKSON/CANON yang aku tunjuk tu ye.. 
*kat sana baru lepas hujan.... jalan basah.. musim hujan kat sana sama macam Malaysia.. tapi hujan kat sana tak la lebat macam kat Malaysia..*
Itu dia bangunan Parkson / Canon tu....


Yeaaa!!! Dah semakin hampir... tak la jauh sangat pun nak jalan.....


Nampak tak taxi luar yang banyak tu??? Lokasi ni memang betul-betul depan jalan kat luar airport ni.. Tapi korang jangan tertipu hokey..... Jangan amik taxi dari sini.. Pendek kata jangan melangkah masuk sini la... Sebab kalau korang masuk susah nak keluar, nanti driver-driver taxi dalam ni paksa korang naik taxi dia.. Korang teruskan jalan sampai betul-betul depan PARKSON tu.. tunggu je taxi kat tepi jalan.. walaupun tak ada bus stop. Nanti nampak taxi VINASUN korang tahan je... mesti dia berhenti..


Bila korang masuk dalam taxi ni, mesti akan ada meter kat sebelah driver taxi tu. Tengok angka 14, itu maksudnya harga tambang dalam DONG VIETNAM .. waktu ni dah masuk ke 14000 Dong Vietnam... (tambahkan 3 angka 0 kat belakang).. Sebab tu aku suruh korang install apps Currency dalam hanset. Senang nak tekan dan convert duit Malaysia.. :-)
* Note : Sila Tulis Nama & Alamat Hotel besar-besar dalam kertas A4 untuk tunjuk kat driver taxi. Sebab penduduk kat Vietnam ni memang majoriti out English.. macam ayam vs itik je aku bercakap.. hahahah... So, sediakan kertas & pen sepanjang jalan korang nanti ye...
Harga Tambang dalam anggaran 150000-200000 Dong Vietnam = RM25 -RM30


Lebih kurang menempuh perjalanan yang agak jem petang tu, dalam 20-30 mins, ktorang pun sampai kat Hotel... land mark hotel An Tam ni dekat sangat dengan Restoran Basiroh, berdepan dengan lorong Pasar Ben Than.. Atau ada lagi satu restoran Kampung Melayu.. Nampak je Restoran ni, maknanya hotel tu ada betul-betul di hadapannya. Korang dongak dan tengok kat atas, akan nampak la Hotel An Tam ni.. Sebab agak keliru sikit nak carik hotel ni.. bawah dah ada kedai menjual, jadi dah terselindung sikit.


Bab makan kat sini ok je.... Kampung melayu punya makanan memang tip top hokey.. tapi harganya 2x ganda dari tempat lain.. sebab ownernya Dato' rupa-rupanya.. hahahahhaa.. Dato' dari Malaysia.. tah apa tah namanya.. lupe dah aku.. *tak penting pun* Sekali je la aku makan kat situ... esoknya aku dah balun makan kat Restoran Basiroh sebelah tu.. nampak x?


Rupa dan keadaan dalam Hotel An Tam. Not bad la.. murah pun murah sangat...pakej sehari dalam RM60 je.. ok la tuh! Nama pun percutian budget kan.. bukan nak tido 24 jam dalam bilik.. hihihi.. korang boleh booking kat www.agoda.com Lagipun, yang bagusnya hotel ni, siap ada penimbang berat.. so, korang boleh la budget berapa berat beg nak balik nanti..


Tempat menunggu dan beristirehat... ok je...

Rehat jap.... penat sangat kot aku hari ni......

Click Sini untuk tips ke Vietnam : http://inicelotehaku.blogspot.com/search/label/Tips%20Bercuti%20%2F%20Melancong%20Ke%20Vietnam

Wednesday, October 30, 2013

Dia datang lagi......

Dia datang lagi....

hari tu macam dah berbunga-bunga bila da seminggu due lambat....rupa-rupa tidakkkkk....!!

Oh Tuhan... Ujian dari yang Maha Esa untuk Hamba yang dipilih-Nya.....

Walaupun sedih tapi aku pasti akan tiba saat bahagia tu walaupun masa dan ketika itu tidak ku tahu.....

Mood : sedey................................

Friday, October 25, 2013

Tips Apa Yang Perlu Anda Tahu & Elakkan Semasa Percutian Ke Vietnam


TIPS Melancong @ Vietnam:-

 
- Jangan lupa sampai je kat Airport Vietnam, ambil semua risalah @ Flyers  Free berkaitan bandar Ho Chi Minh City. Kalau korang lupa amik, dan nak mintak kat hotel, dorang akan charge USD 1 Dolar hokeyyyy!! *gile mahal. kat airport free jek!*

- Kalau nak tukar duit tu aku suggestkan tukar je semua duit Vietnam Dong. Korang akan lebih jimat dan murah. Ada beberapa penjual sengaja mintak USD. Jangan bagi hokeyy!!
- Kalau korang beli baju, kain atau tudung kat area atau lorong Kedai Makan Basiroh tu, gunakan matawang RM.. Ada beberapa seller situ kalau kita mintak Vietnam Dong dia letak harga tinggi pulak. *Pengsan*
- Puncanya sebab ramai sangat warganegara Malaysia menginap kat hotel sekitar situ... jadi dorang memang pandai cakap melayu dan jugak nak duit RM..
- Beli guna Dong (mata wang Vietnam) sebab harga akan jauh lebih murah berbanding USD. Kalau satu barang beza harga RM2-RM3 ringgit bila dah banyak terasa jugak ruginya tau.
- Beli mineral water yang betul-betul savety. (Drinking water) atau lebih elok bawa dari sini. Kat sana kena minum air banyak sebab cuaca sangat panas. Suggestion Mineral Water di Vietnam beli yang brand 'Aqua'.

- Wajib beli Kopi Vietnam. Kalau rasa tak nak beli korang wajib rasa air coffee with milk dia tau... sedap sangat sampai aku tiap-tiap hari nak beli.. huhuhu..
 
- Taxi yang boleh dipercayai – Vinasun & Mai Linh. Jangan lupa sebut "Use Meter".

- Driver taxi tak tahu English. Minta hotel/bell boy inform taxi destinasi kita.

- Waktu di Vietnam lewat sejam dari Malaysia.
 
- Most important, bring along calculator ye. Senang nak kira. Tapi aku install apps Currency je dalam hanset. Lagi mudah korang nak kira.
- Amaran Keras!!  Jangan sekali-kali cuba-cuba nak naik BECA DI VIETNAM ye... Tak pasal-pasal korang kena tipu nanti... Aku dah terkena pun... *nanti aku share kejadian ngan korang*
- Jangan habiskan duit membeli-belah kat sana. Tinggalkan sikit dalam anggaran Vietnam Dong 400,000 (RM60) . Sebab imigresen Vietnam ni memang teruk. Dorang akan suka-suka je nak kenakan *tax* kat korang. Ikut nasib la ye... kot-kot nasib korang tak baik kena la nanti..
*kuat rasuah kat sana!*

- Nanti nak kemas beg sila selang-selangkan dengan baju korang ye... jangan pulak korang susun sederet kain/telekung/tudung... tak pasal-pasal memang kantoi kat Airport .. sure-sure korang buat amal jariah bagi duit kat Pegawai Imigresen depa.. hihihi
- Datang awal bila masa nak balik tu kat airport sebab aku tengok ada beberapa rombongan mak cik timah sangkut barang-barang dengan imigresen dorang.
Tu je la yang aku nak share... kalau ade apa-apa nak tanya boleh email aku : fyra_230703@yahoo.com

 

Liyana Jasmay Hamil ???

OMG!!  bestnye dengar berita ni......!! Wahhhhhh.....

Satu-satunya artis favorite aku dah hamil 2 bulan!! Pastinya semua tak sabar nak menunggu kelahiran bayi pertamanya kan?? Dijangka pada May 2014.. Pasti cute miut macam mama dia kan???

Tahniah buat Liyana Jasmay.. :-)

*aku memang tak minat dengan dunia retisss... kecuali dengan si Liyana Jasmay ni.. sebab muka dia cute dan sore dia pun cute*

Credit : http://perihalnegara.blogspot.com/2013/10/liyana-jasmay-kini-hamil.html

Thursday, October 24, 2013

I'm Home :-)

Selamat sampai di Kuala Lumpur waktu tempatan 7.30 ptg...

Nanti ye... Minggu depan baru start entry pasal Vietnam.. Tak sabar nak share tips ngan korang ni...suke ade, duka ade... macam-macam la..

Peace yo!!

* Minggu ni agak bizi dengan majlis kenduri sepupu ku... dia yang nak kawin aku yang bizi apehal pulak??*

Monday, October 7, 2013

Vietnam Trip on October 2013

Haiyaaaaaaa..... lame sangat nih tak hapdep blog ini.celoteh.aku.

Mana tak nye, lately ni aku mmg sibuk sangat tumpu pada part-time aku.. banyak bisnes planning nak buat untuk tahun 2014... Alhamdulillah, bersyukur kerana "Tyrazami Collection" kini sudah mampu berdiri seiring dengan rakan saingan lain...

Ok la, back to our main topic, bulan Oktober ni aku ada 1 trip bersama My Mr.Cool ke Vietnam... dan yang akan bersama-sama kami bercuti nanti tak lain tak bukan si driver tak berbayar aku... hihihihihi... adik aku yang sorang tu pun boleh tahan jugak kaki jalan... So, ajak la dia sekali join... hehehehehheee...

Kepada semua yang menunggu entry Vietnam ni harap bersabar ye........

Stay tuneeeee......................................................

Click here for more info : http://inicelotehaku.blogspot.com/search/label/Tips%20Bercuti%20%2F%20Melancong%20Ke%20Vietnam





Wednesday, September 11, 2013

Masa Oh Masa!!!!!!

Arrrgghhhhhh!!!!

Memang jadual aku minggu ni penuh gileeee... tak sempat nak hapdep atau cari bahan untuk travelogue aku ke Korea next year....

Sabar ye semua... bila ada dah semua bahan, akan aku kongsikan dengan korang...

Janji Ditepati!!

Bubye.... Peace yo!

Tuesday, August 6, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri Buat Semua....

 
Ramadan semakin melabuhkan tirainya...... Suasana kehangatan Aidilfitri dapat dirasakan dimana-mana sahaja...... Namun, entah kenapa berlalunya Ramadan kali ini aku rasakan sangat sayu dan pilu........

Aku sangat-sangat bersyukur kerana Ramadan kali ini membawa seribu kenangan dan perasaan buat aku... Dan Ramadan kali ini jualah, hatiku telah "diusik" oleh-Nya..... 

Terima kasih Ya Allah, kerana memilih aku untuk melalui ujian dan dugaan yang maha hebat dari-Mu.......

Harapan ku, semoga aku dapat berjumpa lagi Ramadan, yakni bulan yang mulia ini untuk tahun-tahun berikutnya.......

Ya Ramadan...... Ya Ramadan....... Aku terasa sungguh sayu untuk meninggalkanmu..... Hatiku menangis mengenangkan pemergianmu beberapa hari lagi........

Sungguh.... Sungguh aku bersyukur di atas kurniaan-Nya padaku... Dan aku adalah hamba-Mu yang bertuah diberi kesempatan mengubah dan bertaubat di atas segala kekhilafan ku selama ini...... Syukur ke hadrat-Mu Ya-Allah kerana memberikan aku nikmat indah ini......

Alhamdulillah.....


 
SALAM LEBARAN 1434H BUAT SEMUA PEMBACA INI.CELOTEH.AKU
2013

Thursday, August 1, 2013

Keredhaan Perlu Dicari Bukan Untuk Dinanti.........

 


Aduhhh…Kenapa malam ini aku susah tidur..
Jam didinding kamarku sudah pukul 3 pagi..
Kekiri kekanan pusingkan badan, aku menjadi resah..
Ya..hatiku resah…
Lalu aku bangkit dari tilam emput ini..
Menuju ke bilik air untuk membasahkan anggota tubuhku..
Aku basahi tubuhku dengan wuduk..
Kesejukan dan kesegaran air membuatkan hatiku segar…
Sesegar seperti dedaun yang disirami embun pagi…
Aku menuju ke sejadah..
Menunaikan tahajud 2 rakaat…
Selesai bertahajud, aku mengangkat kedua tanganku
Menadah memohon keampunan serta mencari keredhaan-MU…
Dalam doa ku kesali segala perbuatanku
Aku banyak melakukan kesilapan dan melanggar perintah-MU
Tanpa disedari, air mataku mengalir tanpa dipaksa…
Mengalirnya bersama kekesalan dan keinsafanku..
Selama ini aku banyak melakukan dosa terhadap-MU Ya ALLAH…
Kini ku mencari keredhaan-MU
Tunjukkanlah aku jalan yang engkau redhai..
Kepada hamba-MU yang hina dina ini..
Engkau pimpinlah aku agar menjadi manusia taat..
Taat segala perintah dan suruhan-MU..
Dalam mencari redha-MU
Aku nekad tidak akan ulangi segala perkara yang Engkau larangi..
Dengan pimpinan-MU, hati ini menjadi tenang..
Setenang air dikali..
Syukur dan terima kasih aku ucapkan..
Hanya kepada-MU aku berserah..
Segala kehidupanku hanya untuk-MU…



Agar aku menjadi wanita & isteri solehah…



 credit to : http://ibnismail.wordpress.com/2008/08/17/mencari-keredhaan-allah/

Tuesday, July 30, 2013

Facebook dan Keburukannya.....

 
 
Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Saya dah lama ada facebook. Dulu-dulu lagi. Masa tu saya bukan macam yang sekarang ni. Dulu saya salah seorang dari 'mereka' yang gemar upload gambar sendiri masuk dalam facebook. Tak cukup dengan tu, rajin pula tukar gambar profile.

Motif? :D

Tapi tu dulu. Sekarang saya dah sedar. Sayang betul nak tayang gambar sendiri untuk ditatap oleh orang lain. Betul ...

Kalau orang dulu-dulu, datang rumah kita, tanya mana album, sebab nak tengok gambar-gambar kita. Kalau tak pun, mereka akan minta izin kita nak tengok album gambar tu.

Tapi sekarang, orang masuk akaun facebook kita, buka album suka hati mereka, tengok gambar-gambar kita yang ada 150 juta posing yang berbeza, tak minta izin pula, Allah :'(

Sayangnya nak tayang gambar dekat orang yang kita tak kenal. Kena tatap dari atas sampai bawah pula tu. Kalau keluarga tak apa. Ni entah siapa-siapa pun kita tak tahu. Aduh :(

Lagi parah kalau orang yang tengok tu ada penyakit hati. Membayangkan yang bukan-bukan bila tengok gambar yang tak cukup syarat tu.

Saya tak kata berdosa kalau upload gambar. Ustaz Azhar Idrus pun ada kata, nak letak gambar biar dengan saiz yang kecil saja. Tak usahlah diletakkan gambar yang dari atas sampai ke bawah pose nya.

Kalau bukan kita yang hargai diri kita, siapa lagi?

Masih belum terlambat untuk kita buang gambar-gambar kita yang TAK PAKAI TUDUNG, PAKAI BAJU KETAT, BUAT MIMIK MUKA TAK ELOK, POSING TAK SENONOH, GAMBAR BERDUA DENGAN BOYFRIEND.

Buanglah gambar-gambar macam tu. Tak ada yang mendatangkan manfaat pun melainkan keburukan. Renung-renunglah balik diri. Tu semua tipu daya syaitan yang menggoda para wanita.

Semoga kita dijauhkan dari hal yang sedemikian rupa ...
 
P/S : Saya dah laksanakannya.... Korang semua bila lagi??

Monday, July 29, 2013

Day 3 : Cuti-Cuti Redang ~ Celoteh 2 (Jadual Perjalanan ERL Express to LCCT / KLIA)

Sesampainya aku di LCCT lebih kurang pukul 10.30 mlm, memang kami tak ada driver malam tu... Jadi, kami ambil keputusan untuk balik naik ERL dan turun di Bandar Tasik Selatan... Kebetulan rumah parents aku dekat area sana je.... Pilot tak berbayar aku tu tak dapat ambil pula... tak apa la... tawakal je la.... Ini la first time aku nak naik ERL dari LCCT... *mati kutu tak tahu nak cari hala*

Operasi menggoggle bahan dan info tentang ERL dari LCCT telah dimulakan dari di airport Sultan Mahmud lagi.... Antara info yang kami dapat untuk dikongsikan bersama :-

~ Memang tak ada train direct dari LCCT ke KL... *haram jadahnye aku tak tau selama ni..tu la dia asyik suruh driver tak berbayar antar ngan amik je....hahaha*

~ korang kena amik shuttle bus dari LCCT ke Station Salak Tinggi.... Disana baru korang akan naik train ke KL...

~ Lokasi shuttle bus KLIA Express di LCCT adalah terletak betul-betul di hadapan pintu masuk Penerbangan Dalam Negeri..

~ Tiket shuttle bus KLIA Express ni korang kena beli dekat kaunter. Lepas korang turun dari flight dan menuju ke jalan keluar, kan ada banyak kiosk-kiosk tiket bus kan?? So, korang carik kiosk KLIA Express. Kiosk tu warna ungu (purple). So, mudah korang nak carik....

~ Kalau jurujual tiket tu tak ada, dia tutup kaunter, korang pergi je jalan keluar, dan tunggu bus.. Kadang-kadang jurujual tu ada kat situ.... beli tiket pakej sekali....

~ Tiket bus dijual bersama tiket train... Kira macam pakej la... Ini perkara WAJIB untuk korang bagi yang bercadang nak balik naik train... So, kalau korang naik bus tak berbayar, mati kering la korang bila sampai kat station train tu.... sebab kat station tu tak ada jual tiket sahaja....

~ Perjalanan bus shuttle ke station Salak Tinggi lebih kurang 20 minit sahaja.... dan dari Salak Tinggi ke station Bandar Tasik Selatan juga ambil masa 20 minit....

~ Antara destinasi perhentian yang ada bagi KLIA EXpress Runcit ialah :
> KLIA
> Salak Tinggi
> Putrajaya / Cyberjaya
> Bandar Tasik Selatan
> KL Sentral
* Kalau KLIA Express non stop, korang kena naik dari KLIA direct terus ke KL Sentral... Tak ada runcit-runcit berhenti ye....

~ Jadual perjalanan boleh lihat dalam attachment ni :

Jadual Perjalanan Train dari LCCT ke KL Sentral....

Jadual perjalanan Train dari KL Sentral ke LCCT....
 
Please note :-  Inilah dia rupa Shuttle Bus KLIA Express.. Tema bus ni warna Purple.... Lepas beli tiket, korang lintas je jalan keluar tu, ada signboard setiap jenis bus pada tiang... Tengok betul-betul tau.... Nanti korang tersilap tunggu bus pulak..
 
~ Harga tiket pakej bagi KLIA Express ni adalah seperti :
 
Single Trip
KL Sentral  - LCCT = RM12.50 (A)  |  RM6.00 (C)
Bandar Tasik Selatan -  LCCT = RM10.80 (A)  |  RM6.50 (C)
Putrajaya/Cyberjaya - LCCT = RM5.50 (A)  | RM4.00 (C)
 
Return Trip
KL Sentral - LCCT = RM22.00 (A)  |  RM11.00 (C)
Bandar Tasik Selatan - LCCT = RM10.80 (A)  |  RM6.50 (C)
Putrajaya/Cyberjaya - LCCT = RM5.50 (A)  |  RM4.00 (C)
* A = Adult ; C = Children

So, kesudahannya kami selamat sampai di stesen Bandar Tasik Selatan kira-kira pukul 12.10 tgh malam... Abah datang amik....

Alhamdulillah.....

credit to : http://www.kliaekspres.com/

Thursday, July 25, 2013

Day 3 : Cuti - Cuti Redang ~ Celoteh 1 (Check-Out & Jalan-Jalan Sekitar Bandar Kuala Terengganu)

Aiiikkk??? Dah hari ke-3 dah???apesal kejap sangat entry ke Pulau Redang ni ye??? Macam sikit je story aku citer.... padahal rasa macam banyak je benda yang aku nak citer....
 
Ahhh... tak kesah la.... asalkan ape yang aku nak share tu dapat korang manfaatkan sama-sama udah.... betul tak??
 
Sebenarnya aku memang tak ada daya nak hapdep entry Day 3 ni, tapi apekan daya... kalau aku simpan jadik kepam pulak kan??? Silap-silap berkulat pulak nanti... Lagipun aku punya memory ni makin lama makin low la.... Maklumlah dah penghujung 20-an ni memang gitu agaknya... Hahahaha..
 
Hari terakhir di Merang, Terengganu....
 
Bangun solat subuh, terus aku tak tido.... Mr.Cool sempat membuteeeee jeee kejanyeee....
 
Selesai solat, aku kemas-kemas barang apa yang patut... Lipat kain baju kotor, kemas beg, susun beg... memang mampat la beg pack aku tu.... maklumlah kami kesana backpackers je... Habis aku sumbat semua benda dalam beg yang comel molek tu...
 
Dah habis berkemas dan menyumbat semua barang, aku mandi dan bersiap-siap.... My Mr.Cool asyik dengan 5 minit dia tuuuuu...... 5 minit punya 5 minit lama-lama jadik 50 minit kejap diaaaa!!
 
Lepas bersiap kami turun breakfast... Having Kueh Tiaw Goreng... sedap jugak... aku cuma isi perut ala kadar je... sebab makan lebih-lebih kang dalam perjalanan nak ke Kuala Terengganu sibuk pulak nak memerut nanti.... Buat hal betul tu!!
 
Lepas check-out dari Merang Suria Resort, (dipulangkan semula deposit booking RM70), kami terus bergerak menuju ke Taxi Pak Long... Aku dah janji dengan Pak Long yang aku nak amik perkhidmatan dia untuk bawa kami ke Kuala Terengganu.... Bagus betul Pak Long ni, sharp, puntual tu!!
 
Perjalanan ke Kuala Terengganu berjalan lancar.... Lebih kurang 50 mins kami sampai betul-betul di Pasar Payang.... Masa tu dah pukul 1.00 ptg..
 
Mak ai..... terkejut aku.... Lamanya aku tak ke Pasar Payang ni... tak silap aku pergi dulu tahun 2008... dah 5 tahun berlalu dah... banyak sangat benda yang dah berubah.... Banyak dah shop lot yang cantik-cantik dah dibina bertentangan jalan dengan Pasar Payang tu... Ape tah nama tempat tu, aku x explore sangat....
 
Pak Long drop kami di pintu depan entrance Pasar Payang tu.... Kata Pak Long dalam pukul 5 dia akan ambil kami di situ... Tengok jam, 4 jam lagi!!! Mak aiii... nak buat apa lama-lama kat dalam Pasar Payang ni????
 
Pusing punye pusing beli punya beli, tengok jam dah pukul 2.30 ptg... Aik???? Rasa macam baru je kot masuk Pasar Payang tu.. tak sedar pulak dah sejam lebih dalam tu.. hikhikhik...
*tu la dia orang pompuan kalau dah bershopping*
 
Tak banyak pun aku beli memandangkan tak tau nak sumbat mana barang-barang tu nanti.... Aku sempat beli Serunding Daging Asli (7x Packet), 2 helai T-Shirt untuk Anak Buah Kesayangan aku dengan 2 helai tudung...
*gila shopping benda tu je dah sejam lebih... APTB!!*
 
credit to : Google
 
 
Keluar je dari Pasar Payang, kami menuju ke deretan shop lot baru di seberang jalan... Awalnya nak cari ATM Machine, lepas cucuk duit tiba-tiba rasa lapar pulak... Terus jalan nampak pula KFC... Ahhhhhh... sedapnya dapat makan & minum time-time panas terik ni.....
 
Order menu terus makan.... Lepas tu dah blurrrr... Mana nak carik surau @ masjid ni??? Bukak apps dalam iPad aku carik Mosque Finder tapi malangnya macam tak berfungsi jee.... Ahhh... sudahnya google jugak yang kami pakai.... Hahahahahahaha....
 
Nampak pulak Masjid Putih kat belakang KFC tu.... macam dekat tapi bila jalan mak ai.... penat jugak.... tu la akibatnya bila perut dah penuh..
 
Masuk je dalam Masjid Putih aku rehat sekejap...... solat Jamak..... dan siap perlahan-lahan... Tengok jam dah menjangkau pukul 3.30 ptg.. Aik.... kejapnya masa berlalu kan?? Tadi masa Pak Long bagi 4 jam aku rasa macam lama sesangat... rupanya macam tak cukup pulak....
  
Inilah dia Masjid Putih Kuala Terengganu
 
Selesai Solat Jamak, Mr.Cool dah siap sedia menunggu aku di luar..... Kami meneruskan perjalanan lagi.... saja nak melihat kawasan sekitar... Tak banyak benda yang menarik sangat, aku jumpa Istana Maziah.. Istana hinggap rasanya ni.... Jom kita tengok apa yang ada...
 
Bergambar kat luar je la.... nak masuk dalam jangan harap.... berangan kuat nihh.....kalau aku ni keturunan Sultan tak apa jugak kan??? hihihihihihi...

Ada macam mini garden sebelah Istana Maziah... tempat istirehat agaknya.... tapi aku tak nampak seorang pun beristirehat kat sini...??
 
Berhadapan dengan mini garden ni ada jugak taman... taman apa aku tak tau.... macam tak best je... Yang mebuatkan aku ke taman tu sebab aku nampak payung aiskerim... lalalalalaaaa.... sedapnye makan aiskerim time panas terik ni...... lepak kat tembok makan aiskerim sambil tunggu Pak Long datang ambil kat situ....  Tak daya nak menapak ke Pasar Payang lagi.... cramp habis kaki aku ni weyyyy... 

ni la My Mr. Cool.... Luv u ever and ever sayang.......
 
Dalam 10 minit menunggu, Pak Long sampai.... Janjinya nak bawa kami beli keropok lekor paling sedap kat sana..... Dalam perjalanan tu hujan lebat pulak........... Aku tak sempat nak snap gambar kedai Keropok Lekor tu sebab dah hujan lebat + tak bawak kamera... Tinggal dalam taxi Pak Long je... Yang bestnya, dapat merasa Keropok Lekor panas kat kedai tu..... Tapi yang tak bestnya kena beratur ambil nombor giliran pulak nak membeli tu....Adesssss..... Tahan je la.....
 
 Lebih  kurang sejam berada dalam kedai keropok lekor tu, kami meneruskan perjalanan ke airport... Sampai di airport awal 2 jam... tak kesah la.... janji boleh rehat.... Kami pun dah penat, tak daya nak berjalan lagi.... Penat bersnorkling tak habis lagi... hihihihihhii...
 
Malam tu, flight AA sampai tempat pada masa yang dijanjikan... tak ada delay pun... Alhamdulillah....
 
Cuma, yang tak bestnya.........
 
Bila sampai LCCT................
 
Nak tau apa ceritanya???? Sila bersabar tunggu sambungan ye.... Aku nak solat jap!!
 
 
Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu....