FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Friday, November 28, 2014

Akhirnya Aku LULUS Peperiksaan KPSL N27

Terlalu banyak yang nak dikongsikan dengan korang semua...

Dari sehari ke sehari nak hapdep entry ke Pangkor asyikkk la tak sempat.

Ada beberapa perkara yang nak diceritakan.

Akan aku kongsikan satu persatu ye.

Yang pertama, aku lulus semua kertas peperiksaan KPSL N27 baru-baru ini. Alhamdulillah.. Syukur tak terhingga.

Yang kedua, Hampir sebulan outstation, tak sempat nak edit gambo kat Pangkor.

Yang ketiga, treatment untuk Rawatan IVF di HUKM baru bermula.

Memang nak sangat kongsi semua perkara tu dengan korang yang memerlukannya.

InsyaAllah, akan diusahakan ye.


Saturday, November 15, 2014

Tips Bercuti Ke Lumut & Pulau Pangkor

Assalamualaikum....

Memalam sabtu yang nyaman lagi sejuk (hujan lebat) kat kampung Mr.Cool ni, tetiber aku terasa nak update entry. Layan je la..

Kalau ada sesiapa nak ke Pulau Pangkor korang boleh cuba tips & tricks ke Pulau Pangkor yang aku cuba kongsikan.

1) Kami ikut laluan Sabak Bernam. Jimat sebab tak ada tol. Nak tau routes, install je kat hanset korang yang canggih tu apps Waze. *2 in 1 sebab singgah balik kampung Mr.Cool*

2) Bagi yang ingin melakukan aktiviti scuba & mandi laut, disarankan menginap di Pulau Pangkor.

3) Bagi yang ingin ambil angin dan cuci-cuci mata sahaja, disarankan menginap di Lumut.

4) Terdapat banyak kedai makan seafood yang best-best area Lumut. Kami cadangkan bagi makan malam di Lumut, cari kedai seafood Nasa. Tepi jalan je. Sedap + murah. Kalau korang menginap di Pulau Pangkor mungkin tak banyak pilihan.  Sila bawa bekalan makanan yang secukupnya bagi yang bermalam di Pulau Pangkor. 

5) Banyak kedai di Pekan Lumut buka sampai tengah malam. So korang tak perlu risau kalau tetiber tengah malam korang lapar. Ada beberapa kedai yang buka 24 jam termasuklah KFC.

6) 3 hari 2 malam dah memadai untuk korang bercuti ke sini. Tak perlu lama-lama sebab nanti korang bosan. Kawasan Pulau Pangkor tu kecil. Sehari dah habis tawaf.

7) Terdapat beberapa perkhidmatan pengangkutan di Pulau Pangkor. Ada van sapu, kereta dan motor. Kadar sewa kereta di Pulau Pangkor adalah RM80 sehari. Motor pula RM30 sehari. Kalau nak request Scooter RM40 sehari. 

8) Tak perlu risau tentang mana nak sewa kenderaan di Pulau Pangkor. Sebaik korang sampai di jeti, penuh owner-owner motor dan kereta depan tu. Dorang akan offer korang untuk sewa kenderaan. Bagi yang datang secara berkumpulan, boleh naik Van Sapu untuk ke chalet yang dah dibooking. Caj yang dikenakan aku tak pasti.

9) Booking hotel boleh dibuat melalui booking.com atau agoda.com atau direct call chalet pun boleh. Sila survey dahulu harga di semua perkhidmatan yang aku nyatakan. Pilih harga yang paling best.

10) Jangan ambil risiko memandu di kawasan Pulau Pangkor waktu malam. Jalan sangat bahaya dan banyak cerun. 

11) Bagi yang menginap di Lumut, korang jangan risau. Nak pergi Pulau Pangkor dan balik hari pun boleh. Lagi bagus. Feri pertama bergerak dari Lumut ke Pulau Pangkor adalah pukul 7.00 pagi dan feri terakhir adalah pukul 8.30 malam dari Pulau Pangkor ke Lumut. Jadi, sila rancang jadual korang sebaik mungkin. 

12) Harga tiket feri boleh dibeli sehala atau 2 hala. Kalau korang pergi balik hari, tiket memang dah siap pergi-balik. Harga tiket feri hanya RM10 untuk orang dewasa (return ticket).

13) Banyak teluk di Pulau Pangkor. Memang cantik sangat. Korang boleh pusing-pusing satu Pulau Pangkor. Rasanya 1 jam dah habis. 

14) Sekiranya korang bercadang nak pusing Pulau Pangkor dengan motosikal sahaja, jangan lupa bawa Sunglass. Nanti tak pasal-pasal banyak habuk berterbangan masuk dalam mata masa korang dok menawaf tu. 

Itu sahaja tips yang boleh dikongsi. Untuk lebih details lagi, korang kena follow entry aku dari hari pertama nanti. Sabar yek! 

Dadaaaa..... Time dah sampai. Mata jap bukak, jap tutup dah ni.


ZZzzzzzzzZzzzz..............

Monday, November 10, 2014

Dari Cameron Highlands Bertukar Ke Pulau Pangkor

Damn!

Mood dah berapa hari tak baik. Sebab tak dapat bercuti ke Cameron Highlands. Ditambah dengan mood ke laut kat opiz ni.

Plan dari bulan Oktober terpaksa dibatalkan pada hari bertolak.

Cameron Highlands dilanda banjir besar dan tanah runtuh.

Info dari sahabat Mr.Cool yang memang berada di sana, jangan amik risiko naik. Kalau lepas pun, sok-sok nak turun sangkut. Silap-silap berkampung kat sana.

So, malas nak amik risiko, kami terus melencongkan kereta ke Lumut, Perak. Jalan-jalan ke Pulau Pangkor. Mood ke laut..... Sebab dah 3 kali aku ke Pulau Pangkor.  Hati masih ingin ke Cameron Highlands.

Mr. Cool pujuk tunda ke Cameron Highlands. Nasib baik dia memahami. Baru muka ada senyummmmmmmmm..

So, gambar ke Pulau Pangkor akan aku kongsikan nanti ye.

Seminggu lagi.

Harap bersabar.

Cheeseeeeeee :-)

Friday, October 31, 2014

Short Vacation 6 - 8 November 2014

Berlumut!!

Lamanya tak hapdep blog kesayangan ni....

Niat memang dah ada, tapi tak sampai-sampai.

Hari ni baru aku cekalkan hati nak hapdep time lunch..

Jumaat rehat lama. So dapat la aku menaip sebaris dua.. Tapi stress jugak. Mentang-mentang kita ada kat tempat time lunch, berkali-kali la datang bagi kerja. Aduiii... Ingat aku ni keja 24 jam x makan, tak rehat kerrr??? APTB!!
*Lantak la kalau ada yang terasa*

So, disebabkan tahap ketensenan aku mendadak naik sejak 2 - 3 minggu ni, aku membodek Mr.Cool untuk ajak bercuti. Dalam Malaysia pun jadi lah... Asalkan CUTI.

Plan kami nak ke Cameron Highlands. Tiket Hotel semua aku dah booking. Macam biasa la.. Yang Mr.Cool tahu, conduct jalan je nanti. Persiapan semua aku yang kene settlekan.
*Sanggup demi nak bodek bercuti.. hahahaha*

Ada beberapa short list tempat-tempat yang bakal kami pergi nanti.  Lepas balik bercuti aku akan hapdep lagi ye....

Bubye!!!!!

Mood bercuti semakin menebal....lalalalalalalalaaaaaa....
*nyanyi riang lagu balik kampong.* macam tak ada kena mengena je...

Friday, October 3, 2014

Rumah Sewa Bandar Kinrara, Puchong

Tak sempat nak iklankan dalam blog & mudah, dah ada yang offer nak sewa rumah kami di Bandar Kinrara, Puchong.
 
Alhamdulillah...
 
Proses mengemas untuk pindah dijalankan dengan penuh kesabaran.
 
Mana tak nya, dekat seminggu baru rumah clear dan habis angkat semua barang.
 
Penat tak payah cakap la. Sebab kedekut nak sewa lori kan. Angkut la dengan 4wd tu.. hahahahaa.. APTB!
 
Harap-harap pasangan pengantin baru yang bakal menghuni rumah kami dapat jaga dengan sempurna seperti kami jaga...
 
Nak cari yang bujang takut pulak rosak rumah tu.
 
Jom tengok gambar yang sempat snap masa lepas kemas rumah. 
 
* Tak tahu kenapa cat dinding jadi gitu. Cat dah mahal pakai Jotun yang kalis air tu... Tapi bila dah kering hasilnya gini plak. Terpaksa la hakak tiap minggu mop dinding. Korang penah dengar mop dinding? Hahahahahaaa
 
* Kata pakar cat mengecat, mungkin jadi gitu sebab masa cat undercoat tu tak kering lagi dah double cat yang berkaler.  Plak tu undercoat mesti cari brand yang sama. Baru dinding tu cantik tak berbelak.
 
Kira leh jadi Tips Mengecat Dinding Rumah jugak ni. Cubalah, mana tau berjaya kan. 
 










Thursday, October 2, 2014

Al-Fatihah buat Arwah Wawan...

Tiada apa yang perlu dikatakan lagi...
 
Setelah hampir 3 bulan bertarung nyawa, akhirnya sahabat baik Mr.Cool pergi jua..
 
Semalam..
 
Semoga ketabahan dan kekuatan diberikan kepada seluruh ahli keluarganya... terutama kepada isteri dan anaknya yang berusia 9 bulan..
 
Allah lebih menyayangi beliau.
 
Setiap yang bernyawa pasti terhenti nafasnya bila tiba saat itu.
 
Sudah janjinya dengan Penciptanya untuk kembali pada waktu dan tarikh itu.
 
Redha dalam pasrah...
 
Semoga kamu ditempatkan bersama para solihin dalam syurga Allah....
 
Inna Lillahi wa Inna Ilayhi Rajioon
 
Al-Fatihah.
 
 

Friday, September 19, 2014

Day 6 : Cuti-Cuti Seoul ~ Celoteh 1 (Babai Seoul........)

Huiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....

Tu diaaaa... Sebulan baru nak hapdep last day kat Seoul.

Teroxxx sangat perangai nih!

Sory la. Lepas raya aku bizi sesangat dengan nak pindah rumah lagi. Kemas lagi. Basuh umah lagi. Semua nak buat cepat.

Hari ni baru la aku dapat menulis sepenuhnya.  Walauapapun, bersyukur sangat dengan rumah baru sekarang. Happy!! Tenang jiwa... Penyewa rumah lama dah ada.. Tak sempat nak iklan carik penyewa. Huhuhuhu..  Jaga bebaik ye rumah tu.... Rumah pertama hasil pencarian kami.

Hari ke - 6 di Seoul......

Pepagi lagi dah bangun. Nak mengemas beg. Flight lambat lagi sebenarnya. Pukul 3 ptg. Tapi dek kerana perangai tak senonoh, hari last baru nak pack barang, tu yang kena paksa bangun awal. Hahahahaha. APTB!

Lepas habis pack, siap-siap dan turun breakfast. Lepak-lepak jap buang masa sambil sembang dengan beberapa orang Malaysia yang menginap sama guest house dengan kami.

Penat bersembang, kami bersiap pula nak check-out. Saja nak keluar awal sikit sebab kami naik bas ke airport. Murah pun murah. Takut tertinggal bas, tu yang check-out awal pukul 10.30 pagi.

Nak ambil bas senang je. Korang jalan menghala ke Changdeokgung Palace, kat sana ada 1 bus stop. Tunggu kat bus stop tu dan naik bus no 6011. Terus ke Incheon Airport.  Tambang hanya serendah 10,000 KRW (RM32). Sila guna T-Money. Cash tak diterima.

Jadual Perjalanan Bas ke Incheon Airport . Korang boleh tengok dan rancang waktu kat sini. Perjalanan ambil masa dalam 50 minit - 1 jam sahaja. Ikut traffic.
Bubye Seoul.... Saya akan datang balik nanti.... huaaaaaa....... rasa macam tak mo balik pun ade.
*Terserlah ketembaman aku ketika ini... Owh, by da way, aku kembali slim hasil usaha diet selama 2 bulan hokey!! Nanti aku share pic terbaru.*
Sampai sudah di Incheon International Airport
Airport ni sangat-sangat mesra pelanggan. Semua kelangkapan ada. Superbbb power.
Nora bagi 5 bintang!!!!
*tempat nak charge peralatan elektronik. Nampak x signboard bulat tu??*

Kalau tak nampak refer gambar ni.

Sebab banyak masa lagi, so jalan-jalan keliling airport. Jeju Air...Sedih sebab tak sempat ke Jeju Island.. hukhkhuk... pasti repeat nanti!
*Mr. Cool dah janji. Tuntut jangan tak tuntut*




Owh ye. Hampir terlupa. Bilik Solat (Prayer Room) dalam Incheon Airport ni korang boleh carik selepas Immigration Clearance ye. Agak tersorok sedikit. Cari Lane 24. Mesti jumpa.

Sampai KL lebih kurang jam 10.30 malam. Balik dengan perasaan yang letih tapi happy sangat...

Home Sweet Home...

ZzzZZZZZzzzz....................................








Ok, habis dah itinerary Korea ni. Dasyat sungguh! 5 bulan baru siap!! Gile la..
Kalau ade apa-apa soalan boleh email kat aku ye!! : fyra_230703@yahoo.com

Perbelanjaan hari Ke-Enam : ( 2 person )
Airport Bus Fee = KRW 10,000 (each)

Grand Total = KRW 10, 000 (RM32)


Friday, August 29, 2014

Zuriat Juga Rezeki Dari Allah...



Redha....

Itulah yang sering bermain dalam fikiran ku...

Semalam aku dapat satu berita dari cousin rapat yang dah kahwin hampir 2 tahun..

Akhirnya dia preggy..

Gembira...

Tapi dalam waktu yang sama aku sedih..

Bila memikirkan yang aku masih begini...

Sesungguhnya, rezeki itu semua dari Kurniaan Allah..

Setiap manusia Allah beri lain rezekinya...

..................................................................................................................................................................


Kembali bersujud...

Bersyukur atas apa yang aku & Mr.Cool telah miliki hari ini...

Rumah - rumah, kereta-kereta, kelengkapan, makan, minum, semua Allah dah beri...

Cuma 1 lagi yang kami mahu. Tapi belum capai lagi..


Terima hakikat dan bersabar.....


Mungkin belum masanya...

Yakinlah dengan Rezeki Allah...

Akan datang tepat pada waktunya...


Thursday, August 21, 2014

Tahajjud Pertama......

Hampir sebulan berlalu....
 
Selepas Ramadan yang lalu, kerapkali aku terjaga dari tidur seawal jam 4.00 pagi.
 
Sangkaku, mungkin juga aku dah terbiasa bangun menyediakan juadah bersahur..
 
 
 
Namun.....
 
 
 
Hari demi hari selepas berlalunya Ramadan, aku pastinya terjaga.
 
Tak perlu nak set alarm, celik mata je pukul 4.00 pagi...
 
Aku agak kehairanan juga... Tapi aku abaikan.. Malas fikir.
 
 
 
 
Seminggu berlalu...
 
 
Masuk minggu ke dua pun begitu...
 
 
 
Akhirnya, malam 24 Syawal, sebelum kami tidur, tiba-tiba mulutku lantas bertanyakan pada Mr.Cool.
 
" Lepas ramadan ni, asyik terjaga je dari tidur.. Pulak tu bangun-bangun pukul 4.00 pagi. Macam pakai alarm pulak mata ni" kataku.
 
"Ye ke?" soal Mr.Cool balik.
 
"Urm......" spontan aku menjawab.
 
Kemudian, diam sejenak.... berfikir...
 
Tiba-tiba aku berkata,
 
"Agaknya, Allah kejutkan sayang sebab nak sayang berjumpa Dia... Hanya Dia yang berkuasa menggerakkan sesuatu kan?" kataku lagi.....
 
Mr.Cool diam.  Mungkin sabar menanti apa yang nak aku katakan seterusnya...
 
"Mulai hari ni, sayang nak Solat Tahajjud.. Kalau sayang bangun lagi malam ni, sayang nak buat.."kataku mematikan perbualan.
 
 
Kemudian, kami lena diulit mimpi....
 
 
Seperti yang aku jangka, tepat jam 4.00 pagi mata aku celik kembali.....
 
Atas rasa terpanggil melaksanakan tanggungjawab dan kesempatan yang Allah dah berikan pada aku.
 
Lalu, aku bangun membersihkan diri...
 
Mengadap Illahi...
 
Memohon hajat...
 
Menangis memohon keampunan..
 
Dan bersyukur diberikan hidayah seperti ini...
 
Amin..
 
 
 
Subhanallah....

Besar sungguh kuasa-Mu..

Terima kasih Ya-Allah...

Hadiah yang tidak ternilai buatku...

Setiap hari aku pohon agar diberikan hidayah dan pimpinan oleh-Mu..

Syukur....

Kau telah memakbulkan doaku...

Hanya ku pohon, pimpinlah daku ke jalan-Mu yang lurus...

Semoga aku terus beristiqamah dalam menjalankan tanggungjawab ini...

Alhamdulillah..

Wednesday, August 20, 2014

Day 5 : Cuti-Cuti Seoul ~ Celoteh 3 (Night at Everland)

Disebabkan kami sampai di Everland pun dah pukul 3 lebih, so aku plan nak stay sini sampai malam. Nak jugak tengok macamana keadaan di sini waktu malam..

Guess what....

Superbbbbb awsome hokey!!!

Memang cantik gila.

Best..

Terpegun..

Malas nak cakap banyak.. so korang layan sedikit gambar yang aku kongsikan...


Restaurant yang paling besar dalam kawasan Everland. Tapi tak sure halal atau tak.
Kalau rasa ragu-ragu, lupakan.

Waktu ni dah dekat pukul 7 malam. Memang cantik kan....

Kelihatan Magic Tree berlampu-lampu...
Macam dalam mimpi pulak..

Bear Emporium. Best!! Macam-macam souvenir ada dalam ni.
Standby duit je.

Tadaaaa!!
Mula-mula masuk nak carik Mr.Rabbit. Tapi lain pulak yang jumpa..
Rambang mata sangat bila ada dalam emporium ni.
Thanks Mr.Cool.. ^^

Ni pun salah satu restaurant yang ada. Status Halal masih tak dapat dipastikan.
So, lalu je la......

Kelihatan bunga-bunga tulip terbuai-buai ditiup angin....
Wahhhhhh!!!

Aku menjakunkan diri... Semua kids nak bergambar kat Magic Tree tu. Aku sorang je yang dah lanjut umur hokey!
Hahahahahaaa.. ade aku kesah?

Puas dah tawaf..... Nak balik dah.....

Bubye Everland.... Janjiku akan ke sini lagi 1 hari nanti....


Memang puas hati dapat ke Everland. Balik dah penat. Sampai guest house dah pukul 10.00 malam.
Esok dah hari ke 6. Maknanya esok hari terakhir aku di Seoul... Terasa berat je nak balik.... waaaaaa.....


Perbelanjaan hari Ke-Lima : ( 2 person )
Souvenir = KRW 20,000
Sweet Bun @ Lotte Park =  KRW 5,000
Everland Admission Fee = KRW 74,000
Share = Seorang KRW 37,000
Grand Total = KRW 99, 000 (RM317)



Monday, August 18, 2014

Day 5 : Cuti-Cuti Seoul ~ Celoteh 3 (Prayer Room @ at Everland)

Monday Blues.......

Nak mencari surau dalam kawasan Everland ni dah jadi satu hal. Walaupun ada dalam map, tapi berpusing-pusing jugak mencari. 

Rupa-rupanya prayer room dia ada di sebelah Spooky Fun House.  Di dalam Monser House.  Sila lihat di kawasan sekitar nya okey.

kalau dah nampak rumah ala english ni, maknanya dah dekat la tu.

Ni dia Spooky Fun House. Bangunan Monster House tu sebelumnya. So, means korang dah terlajak. Sila undur sikit.

Nampak??? Aku pun terlajak sama. Bukan korang je. Hahahaha...
Korang nampak tak dari jauh, pintu kecil warna hijau tu? Itulah Prayer Room.

Jumpa pun. Lega.... Tanggungjawab dah selesai.

Dalam Prayer Room ni memang simple. Tak ada apa-apa pun. Sofa je. Jangan lupa bawa telekung dan mini sejadah ye.  Sebab carpet kat bawah tu lembab sikit. Rasa kurang selesa bila sujud.

Terima hakikat bukan mudah nak cari Prayer Room kat bumi yang minor Islam ni. So, bila dah ada kemudahan tu, terima saja. Tempat nak ambil wuduk adalah di sinki ye. Tak ada paip di bawah. Terpaksalah korang mengangkat kaki 90 darjah ke atas. Hihihii.

Wednesday, August 13, 2014

Day 5 : Cuti-Cuti Seoul ~ Celoteh 2 (Everland)

Sedar tak sedar dah 17 hari kita menyambut syawal. Sekejapnya masa berlalu..

Hari tu aku dah janji nak update entry ke Everland lepas raya.

Sorry sangat.. sebab lepas raya ni jadual memang agak penuh.

Mana dan nak pindah rumah lagi. Nak pack barang-barang lagi. Nak susun lagi...

So, dengan perasaan yang malasnya, terpaksa jugak menekan keyboard ni.

Selepas habis pusing-pusing satu kawasan Lotte World tu, kami bergerak menuju ke Everland. Dari Lotte World ke Everland ambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit.

Everland adalah salah satu theme park yang paling terbesar sekali di Korea Selatan. So, jangan lepaskan peluang untuk highlight tempat ni ye.


Routes : Anguk Station > Jeondae Everland Station, Exit 3.

Sampai di station Jeondae, singgah jap ke toilet. Serius, memang best sangat toilet dia. Taraaaaa!!

Jalan menuju ke toilet. Memang bersih dan kemas sangat. Aku pun hairan. Dalam toilet tak ada air. Tapi macamana toilet dia bersih sangat-sangat?? Dan yang lebih best sebab toilet dia tak berbau!!

Perjalanan dari station Jeondae ke Everland ambil masa lebih kurang 15-20 mins jugak la.

Yeaaaaa... !! Sampai dah!! Jangan lupa, keluar exit 3 ye.

Keluar dari Exit 3, korang cari station ni sebelah kanan. Itu dia shuttle bus ke Everland. Jarak dari Station bus ni ke Everland dalam 5 mins dah sampai. Itu kalau naik bas la. Jangan buat gila jalan kaki pulak hokey!  Free Charge untuk shuttle bus.

Taraaaa!! Sampai dah di Everland.. memang best sangat ke sini. Rasa macam dalam citer fairy tales tau.. siap ada lagu-lagu merdu berkumandang seluruh kawasan ni. Lentok habiss!!

Ok, kalau korang nak tiket murah dan dapat diskaun, sila menuju ke kaunter tiket ni. Kalau tak, korang akan terpaksa bayar seperti biasa. Harga nya beza jugak la. Pastikan, pasport jangan lupa bawak. Tunjuk je pasport dah dapat diskaun.
Normal Price :  46,000 KRW = RM147
After Disc : 37,000 KRW = RM118

Berlatarbelakangkan bunga yang sama kaler dengan baju aku.

Everlanddddddd..................
Magic tree yang memang cantik gila. Rasa macam dalam citer Alice in Wonderland

Sentuh magic tree, keluar suara. Tapi dalam bahasa korea la. hahahahaa. Satu ape aku tak faham.


Layan je gambar-gambar yang ada.. Rasa macam nak masukkan semua je.


Sakura yang dah gugur awal sebelum masanya...

Cable Car

Madagascar Show pun ada tau!! Live lagi. Yang ni korang wajib tengok.





















Sambung!!

Hahahaha.. Jangan marah yeeee....

*Orang malas update entry memang gini*