FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Saturday, October 14, 2017

Day 4 : Cuti-Cuti Busan – Celoteh 1 (Domestic Terminal Gimhae Airport & Jeju Air Flight Cancel)

Pagi hari ke 4….

Malam sebelumnya memang aku dah mengikuti setiap info terkini dari website ape tah aku pun dah lupa berkaitan dengan penerbangan keluar masuk di Jeju Island.. Malam tu aku tengok semua flight Jeju Air, Korean Air, China Air dan macam-macam lagi terkandas di Jeju Airport. Penerbangan pulang pun tak boleh sebab cuaca tak mengizinkan. Salji yang turun lebat dan membahayakan penumpang dan anak kapal. Lebih kurang pukul 2 pagi jugak la baru aku boleh tidur dan lelapkan mata. Risau memikirkan hari esok.


Pagi menjelang….

Siap packing nak check –out dan gerak ke Domestic Terminal untuk teruskan perjalanan ke Jeju Island.

Sampai kat kaunter, oppa & ahjuma dah ready tunggu kami. Sebelum nak pulangkan kunci, oppa banyak kali bagitau yang semua penerbangan keluar dan masuk ke Jeju Island dibatalkan sejak dari malam tadi. Hati mula tak keruan.

Memang terbaik servis dari oppa ni. Dia bantu aku carik info sehabis baik. Dia siap tunjuk berita dan explain kat kami apa yang ebrita tu bagitahu. Lebih kurang 3000 orang terkandas dalam Jeju Airport. Yang masuk tak boleh keluar. Yang dah nak balik tak boleh terbang. Ahhhhhh… sudah….



Tapi aku bagitahu kat oppa, apa pun aku tetap kena ke airport untuk pastikan kesahihahnnya.  Oppa memang baik hati. Dia siap reserved bilik penginapan untuk kami hari itu bimbang kalau-kalau flight kami dibatalkan dan kami terpaksa berpatah semula. Memang terbaik la!!

Nampak tak? Ahjumma & oppa sedaya upaya bantu kami check website, call centre bagai la untuk bagi info latest berkaitan penerbangan ke Jeju Island. Sibuk je Mr.Cool tu nak interframe. Nyampah.


Gimhae International Airport / Domestic Terminal Airport

Routes: Nampo Station > Sasang Station (Follow line 2)
Arrived at airport, go to Doemstic Terminal (beside International Arrival), walk along 5 minutes.

Amik Line 2 untuk ke Gimhae International Airport.

Dalam train ke airport, benda ni yang paling buat aku leka. Hahahahahaha!!!


Sampai je airport, aku terus ke kaunter Jeju Air… Seperti dijangkakan, memang ramai yang muka frust, sedih sambil berhimpun mengadap tengok information screen tu….  Aku dah agak….Memang betul kata oppa, flight ke Jeju Island semua cancel. Dilaporkan akan berterusan 2-3 hari.

Sedih memang sedih. Sebab semua perancangan dah dibuat. Tapi Allah s.w.t. sebaik-baik perancang. Bersyukur dalam masa yang sama sebab planning kami ke Busan dulu. Kalau ke Jeju Island, menjawab la nampaknya. Habis semua timing lari.

Kami ke kaunter Jeju Air untuk minta refund. Nasib baik dapat refund, memandangkan bencana.. So, pihak Jeju Air memang akan totally refund 100%.  Selepas tu, kami ke kaunter Sixt rent a car. Memang aku booking sewa kereta dari website ni. Nasib menyebelahi kami jugak, ada kaunter kat situ dan aku terus ke kaunter untuk bertanyakan cara nak minta refund.

Ni lah kaunter Sixt. Nasib baik ada kat sini. Tunggu oppa yang jag kaunter ni. Tah ke mana perginya. Berasap kot.

Sementara tunggu oppa kaunter Sixt sampai, kami duduk kat kerusi menunggu ni sambil layan K-Drama. Drama lakonan Han Ye-Seul. Tak tahu la cerita apa ni. Layankan je la… Aku memang suka tengok dia. Cantik..

Lebih kurang 10-15 minit menunggu oppa. Sampai jugak dia akhirnya. Tah mana dia pergi aku pun tak tahu. Terus aku meluru ke kaunter dan bertanyakan carauntuk kami dapat refund semula memandangkan semua flight ke Jeju Island cancel. Oppa buat satu panggilan, mungkin ke HQ agaknya. Finally, kami dapat jugak refund dengan bantuan oppa tu. Nasib baik. Syukur sekali lagi. Kalau tak, lebur la semua duit booking tu.. Hahahaha.


Lepas selesai semua urusan refund, kami pusing-pusing jap sambil minum hot coffee dalam Domestic Terminal ni. Ruang tak besar sangat, tapi cantik, kemas… Lebih kurang sejam jugak lepak dalam airport ni gara-gara tak mampu nak harung cuaca luar yang sejuk gile tu.

Kami bergerak pulang semula ke Grand Motel. Memandangkan oppa dah booking siap-siap untuk kami. Nasib baik sekali lagi. Tak payah aku susah-susah nak buat booking kat agoda.com. Sebelum gerak, kasi top-up dulu T-Money. 

Dalam train nak balik ke hotel. Buat-buat senyum, peace, walau dalam hati pedih tak dapat ke Jeju Island. Hahahaha.

Sampai je kat hotel, oppa menyambut kami dengan girangnya. Mana tak nya, masyukkk kan. Hahahahaha. Drop bag semula dalam bilik dan jalan-jalan sekitar Lotte Department Store sambil cuci mata dan nak beli susu pisang kegemaran aku. Lepas tu kami ke BIFF Square dan Gukje Market nak cari souvenir untuk kawan-kawan. Rezeki korang la. Flight aku ke Jeju Island cancel, so budget tu dapatlah aku belikan korang sorang satu t-shirt. Hahahahaha.

Tadaaaaa!!! Banyak gila kan??? Stok 3 hari punya. Hari-hari aku balun. Siap ada perisa strawberry lagi tau. Oh ya!! Korang jangan lupa beli buah strawberry kat sini. Memang gemuk-gemuk & sedap. Tak caya, cuba lahhh.





Sekian sahaja cerita untuk hari ke 4.



Perbelanjaan hari ke Empat. (2 persons)

Hot Coffee = KRW 1,600
Strawberry & Banana Milk = KRW 20,000

Souvenir = KRW 120,000

T-Money Top up = KRW 10,000 


Grand Total = KRW 151, 600 (RM570)

Sunday, October 8, 2017

Day 3 : Cuti-Cuti Busan – Celoteh 1 (Yeongdo Lighthouse)

Cuaca pagi hari ke 3 semakin sejuk. Sampai merah-merah muka, hidung, jari. 

Perancangan hari ke 3 sepatutnya dimulakan dengan ke Sobaeksan National Park. Tapi disebabkan cuaca yang semakin buruk, kami terpaksa batalkan niat nak ke sana dan tukar perancangan ke Yeongdo Lighthouse.


Routes : Nampo Station > Seomyeon Station, Exit 11
Keluar dari Exit 11, terus cari bus stop (lebih kurang 200m) dan naik bas no. 88.
Turun di hentian yang terakhir (Taejongdae Chagoji)


Bayangkan kesejukannya. Sampai menyenget tudung aku kena tiup angin. Dia punya angin kalau lalu….. fuuuhhhhh… tak tergambar.. Jalan mengundur pun ada tau tak. Hahahaha.

Oh ya. Sebelum aku nak sambung lebih panjang lagi, aku nak selit satu cerita masa hari ke 3 ni.
Pagi selepas bersarapan, kami dah bersiap-siap nak turun dan bergerak ke Nampo Station, receptionist hotel merangkap anak kepada owner Grand Motel panggil kami.

Oppa tunjukkan berita terkini yang Jeju Island ketika waktu ini dilanda ribut salji!! Semua pesawat tidak dibenarkan masuk dan keluar ke Jeju Island. Allah!

Terus mood hari ke 3 ke laut dan rasa semakin tak sedap hati. Namun kami masih bersangka baik dan positif. Mengharapkan esok cuaca kembali pulih sediakala.  Dalam hati berdoa moga semuanya dipermudahkan sebab esok adalah hari kami akan ke Jeju Island dengan pesawat Jeju Air.

Perjalanan diteruskan dengan perasaan yang bercampur baur. Cuaca kat luar semakin hari semakin sejuk. Memandangkan lokasi Busan adalah yang terhampir dengan Jeju Island. 

Hot Pack Shake ni korang kena beli banyak-banyak dan simpan dalam poket jacket. Jangan lupa bawa setiap kali nak keluar. Dapat kurangkan kesejukan walaupun kurangnya tu tak terasa sangat. Ada jugak jual dalam bentuk body stick. Boleh lekatkan pada lapisan baju di dalam. Jangan lekat pada kulit badan pulak. Mau melecur. Body stick ni aku memang sentiasa pakai masa waktu siang dan malam terutama waktu tidur. Walaupun tilam ada heater masih tak dapat hilangkan rasa sejuk. Memang banyak la aku beli sebab maksimum penggunaan cuma 8 jam sahaja. Lepas tu benda alah ni dah tak panas. 

Dalam bas menuju ke Yeongdo Lighthouse akan lalu di tepi-tepi pelabuhan. Memang cantik sangat memandangkan Busan ni terletak bersebelahan dengan laut.

Hentian yang terakhir. Perjalanan dalam bas mengambil masa lebih kurang 45 minit hingga 1 jam. Bas akan berhenti kat sini. Turun dan terus berjalan kaki naik ke bukit tu. Waktu ni cuaca bertambah sejuk. Tak silap – 5oC. 

Nampak pintu gerbang ni, maknanya korang dah sampai kat pintu utama Yeongdo Lighthouse. Jangan berangan yang korang akan jumpa lighthouse kat situ. Jauh lagi sebenarnya kena menapak. Hahaha. Masa ni sepatah kata pun tak mampu bercakap, menahan sejuk + mendaki bukit yang tinggi.

Shuttle bus disediakan untuk ke puncak. Daki separuh bukit tu korang akan nampak bangunan coklat ni. Tiket shuttle bus ada dijual disini Cuma KRW 2,000 sahaja. Atau korang nak santai berjalan kaki ke atas pun boleh. Aku memang pilih naik shuttle bus sebab tak tahan sejuk + tak larat nak mendaki bukit lagi. 

Dah dapat ticket shuttle bus, refer pada screen ni untuk tengok giliran korang naik bus nanti. Jangan main selamba potong giliran. Ada yang tak dapat balik Malaysia nanti.

Kahkahkahkah!!!!! Padan muka kan? Bukan main jauh nombor giliran kami. Tabah je la. Cuaca makin sejuk sampai aku tengok orang Korea sendiri berlari-lari, melompat-lompat, nak kurangkan sejuk. Ada disediakan bilik menunggu, tapi penuh gila. Tak mampu masuk dah macam sardin.

Cuaca sejuk buat badan korang sentiasa lapar. Sekali lagi aku beli hot coffee & churros kat sini. Beli hot coffee sampai 2 cup. Hahaha. Sampai sakit-sakit jari kaki ni dek sejuk yang melampau walaupun stoking & boot aku tu dah tebal.

Tu dia!!! Shuttle bus yang comel sangat-sangat. Macam-macam warna tau. Aku dapat yang kaler biru.

Perjalanan naik ke Yeongdo Lighthouse dengan shuttle train ambil masa lebih kurang 20 minit. Sebab tu awal-awal aku dah pesan, jangan korang buat hal nak terai jalan kaki ke atas bukit tu walaupun korang tengok ramai orang tempatan selamba jalan kaki. Itu dorang yang dah biasa dengan cuaca sejuk tu. Takut-takut korang kaku pulak setengah jalan nanti.

Sampai dah kat drop point. Train akan turunkan korang kat sini. Lepas tu kena mendaki dalam 500m  untuk sampai ke Yeoungdo Lighthouse.  Aku singgah masuk dalam kedai ni semata-mata nak beli hot coffee lagi. Cuaca makin melampau-lampau sejuk nya! Kucing kat Korea ni semua gemok-gemok. Ikut cuaca agaknye. Hahaha.



Kat sini ada satu kawasan korang boleh tengok laut yang bersebelahan tu. Huiiii… Aku tak mampu nak berdiri situ lama-lama, sejuk melampau. Nampak air laut ni membeku. Aku syak sebab cuaca 2 hari ni dilaporkan sejuk melampau sampai beku air laut. Jeju Island pula dilanda ribut salji tebal. Tak mustahil Busan yang terletak bersebelahan dengan Jeju Island terkena tempias suhu sejuk yang melampau. Aku tengok berita, walaupun tak paham, tapi jelas maksudnya. Sidai kain 2 minit terus keras kain tu. Masa ni aku dah macam nak putus asa sebab cuaca sejuk yang melampau. Rasanya lebih kurang – 10oC.  Macam nak patah balik hotel.. 

Mendaki hingga sampai point sini. Turun ikut laluan bawah tu.


Menuruni anak tangga untuk sampai ke Lighthouse. Bukan dekat hokey!! Jauh lagi nak turun tu. Campur pulak dengan cuaca yang semakin sejuk. Aku memang betul-betul surrender. 

Nampak? Betapa jauh lagi anak tangga nak sampai ke Menara Kawalan Lighthouse tu. Kami surrender. Sampai sini je. Kemudian kami berpatah semula. Tak mampu bertahan lagi dah dengan cuaca sejuk membeku. Sampaikan berteduh masuk dalam public phone menahan sejuk. Hahahaha.
* Buat peminat Running Man, korang kena highlight kat sini. Ingat tak episod ke berapa dorang main game kat sini?*


Sepanjang jalan anak tangga tu, penuh dengan gambar-gambar hidupan yang ada dalam laut sebelah ni. Korang boleh tengok satu-satu nak hilangkan penat nanti.

Lepas berpatah balik, Nampak shuttle bas baru sampai. Cepat-cepat berlari-lari nak kejar train ni. Takut kalau terlepas nak menunggu lagi dalam cuaca sejuk ni memang aku tak mampu. Huhuhuhu.. sejuk makin menggila sampai tak boleh nak bercakap. Shuttle bus akan berhenti di pick up point tadi ye. So, korang kena berjalan menuruni bukit untuk keluar ke pintu gerbang.

Keluar dari pintu gerbang, korang akan Nampak satu kawasan parking lot penuh dengan bas. Perhatikan papan tanda Bus Garage ni. Naik bas No. 88 semula. Ingat dan kira tau ada berapa station. Nanti kang terlajak dah susah korang nak turun semula kat station korang naik pagi tadi.

Ok, sampai dah di Nampo Station. Niat kami nak berjalan di kawasan berhampiran je. Tak mampu nak teruskan perjalanan ke tempat lain. 

Jalan-jalan sekitar BIFF Square. Banyak kedai cosmetic kat sini. Korang Nampak kan? Orang tempat pun pakai baju berlapis-lapis sampai tutup muka menahan sejuk. Hahahaha. Penat pusing-pusing cuci mata, kami balik hotel, makan, solat dan rehat.

Kesimpulannya aku nak bagitau, elakkan merancang bercuti pada musim sejuk. Memang bala kalau tiba-tiba cuaca jadi tak keruan. Tobat dah hakak nak jalan pertengahan musim sejuk. Pengajaran buat hakak yang gatal nak bercuti musim sejuk. Padan muka.


Perbelanjaan Hari Ke Tiga : (2 persons)

Bus to Yengdo Lighthouse = KRW 300
Shuttle Bus = KRW 4,000

Mineral, Hot Coffee & Churros = KRW 7,500
Cappucino = KRW 2,500
Bun Paris Bargutte = KRW 6, 500

Sweater = KRW 19,000
Hot Pack 4 pax = KRW 5,900


Grand Total = KRW 45, 700 (RM170)

Day 2 : Cuti-Cuti Busan – Celoteh 2 (Sea Life, Hard Rock Cafe Busan, Haeundae Beach & Gwangandaegyo Bridge)

Perjalanan seterusnya ke Sea Life, Busan. Sebelum ke SeaLife, kami singgah semula ke hotel untuk menunaikan solat. Agak susah nak cari masjid di Busan. Ada pun jauh dari kawasan sekitar kami. So, aku buat keputusan, balik hotel dan solat dulu.


Nak ke Sea Life ni korang kena ikut jalan ni.

Routes: Haeundae Station, Exit 5

Keluar exit 5, terus menuju ke Haeundae Beach. Walking distance dari station ke Sea Life lebih kurang 700m. Lokasi Sea Life adalah di area Haeundae Beach.

Lepas penat tawaf Gamcheon Culture Village, kena hadap lagi tangga ni nak turun ke subway. Korea dan tangga tak dapat dipisahkan.

Sampai kat Haeundae Station, hadap lagi tangga. So, korang yang bercadang nak ke Korea, stamina kena kuat hokey?!

Keluar exit 5, naik tangga sekali lagi. Sampai kat atas, korang terus je jangan belok mana-mana. Kiri kanan jalan penuh dengan shop lot. Teruskan berjalan lebih kurang 700 meter. 

Kat area sini jugak ada Hard Rock Cafe Busan. Mohon cari alamat sendiri dan tengok map Busan nanti.  Aku tak highlight Hard Rock Cafe sebab ingatkan tak ada. Rupanya baru beroperasi. Tak pasti dalam tahun 2016 atau 2015. 


Ternampak kedai Kebab. Sejuk-sejuk makan kebab memang mabeles. Tapi aku malas nak cross jalan tu. Nak balik nanti baru aku singgah la.

Teruskan berjalan. Sampai penghujung jalan. Akan ada traffic lite macam dalam gambar bawah ni. Korang cross je jalan tu nanti nampak la sign board Sea Life. 

Lintas ikut pada garisan putih. Jangan buat hal lintas kat tempat yang tak ada zebra line ni. Ada yang mendapat surat cinta dari oppa nanti. (p/s: Polis kat sana hensem-hensem tau. Hakhakhakhak!)

Jeng jengggg… Tu dah sampai. Senang je cari. Cuma yang penat bila korang kena menapak agak jauh dari subway station tu.

Comey kan Spongebob & friends? Sampai dah Sea Life, Busan.

Oh ya!! Lupa aku nak bagitahu. Sebelum tu, korang kena bukak website www.busanaquarium.com/en untuk dapatkan diskaun masuk sebanyak 30%. Kalau tak, rugi la korang nanti. Cetak siap-siap sebelum korang berangkat dari Malaysia ok? Masa nak beli tiket boleh tunjuk diskaun tu. 

Berbaris panjang nak dapatkan tiket Sea Life. Aku perati, kitaorang je orang Melayu waktu ni. Hahahaha.. 

Dalam kebosanan menunggu giliran beli tiket, ada satu benda yang menarik minat aku. Nampak tak ikan nemo yang terapung-apung tu? Rupa-rupanya hairband!! Hahaha.. Comel sangat cekak rambut semua staff Sea Life ni. Rasa nak beli satu, lepas tu feeling perasan aku comel macam budak korea tu. Demmm! Hahaha.

Lepas dah dapat tiket, korang kena turun escalator ke bawah untuk masuk ke entrance Sea Life. Seriously, memang cantik sangat tempat tu tau. Sesiapa yang datang Busan bawa anak, boleh highlight tempat ni. Comfirm anak-anak korang suka sebab macam-macam jenis spesis hidupan laut ada kat sini.

Kami diberikan stamp card. Macam biasa, kena collect semua stamp ni tau. Kalau dah collect semua tu, maknanya korang dah habis tawaf satu Sea Life tu. Hehehe.

Glass Boat ni bukan free tau. Ada admission fee. Tapi aku tak ingat sebab aku tak naik pun. Seram la.  Dalam tu penuh shark tau. Hahahaha.

Jom layan gambar-gambar yang ada sekitar dalam Sea Life. Banyak sebenarnya, tapi aku bagi sebahagian je ye. Tak larat nak upload banyak-banyak.











Lebih kurang sejam jugak la korang nak berpusing-pusing dalam Sea Life tu. Lepas dah selesai tawaf Sea Life, kami ke Haeundae Beach yang terletak bersebelahan dengan Sea Life. Waktu tu dah petang, so dapat la tunggu countdown nak tengok sunset. Cantik sangat. Feeling romantik dalam cuaca sejuk membeku tepi laut tu. Hahaha.


Haeundae Beach



Puas hati dapat tengok sunset tepi laut Busan. Kami gerak ke subway station semula. Tadi masa datang dah usha kedai kebab Turkey. So balik ni kami singgah beli dan makan terus kat situ. Sejuk-sejuk ni memang perut korang akan lapar selalu.


Kebab ni harga dia KRW 8,000. Puas makan, banyak, sedap. Tambah panas-panas. Huhuhuhu.

Bila dah kenyang, mula la kaki melangkah perlahan, malas, lemau.. semua ada la! Waktu ni dah pukul 5.00 petang rasanya. Diingatkan, musim sejuk ni cepat gelap. Pukul 6.00 petang dah macam pukul 9.00 malam kat Malaysia. Dengan santai kami gerak ke Haeundae Station semula. Disebabkan lokasi selepas ni adalah lokasi terakhir untuk hari ke 2, so kami jalan santai-santai amik angin yang memang sedia berangin tu.


Gwangandaegyo Bridge Night

Routes: Geumnyeosan Station , Exit 1 or 3  / Gwangan Station, Exit 3 or 5.

Ada 2 station yang menghubungkan lokasi ni. Aku pilih Geumnyeosan Station dan keluar exit 1. Ambil jalan sebelah kiri dan terus sampai ke hujung jalan.

Hari mula gelap dan cuaca semakin sejuk. Tempat ni agak mencabar kesabaran sebab kena jalan kaki agak jauh jugak dari station subway. Anggaran masa lebih kurang 15 - 20 minit sebab 2 kali berenti cari tempat teduh (kurangkan sejuk). Tu la mendapat.  Buat hal nak jalan time dah malam. Haha.

Bila korang dah nampak jalan ni maknanya dah nak sampai. Korang cuma perlu seberang jalan je.


Perjalanan dari subway station ke sini masa tu agak sunyi. Aku ingat sebab cuaca sejuk, so tak de la orang tempatan nak keluar jenjalan. Memasing duduk rumah. Rupanya sampai hujung jalan tengok traffic sesak!! Rupanya ramai orang lepak kat pantai waktu malam ni. Huhuhu.



Banyak aktiviti yang ada waktu malam kat sini. Aku tak boleh nak duduk lama sebab kulit aku senipis bawang. Tak sama macam dorang berlapikkan kulit beruang. Hahaha.

Dapat stay sini kejap je. less than 10 minutes. Cuaca menyucuk-nyucuk sejuknya.

Cepat-cepat carik kedai 24 jam, beli hot coffee sekali lagi. Tak tahu la dah berapa cup yang aku minum sepanjang hari ke 2. 

Minum 2 cup hot coffee, lega sangat.... Lepas tu kami gerak pulang. Berjalan kaki ke subway station malam tu memang satu azab. Berlari-lari sebab nak cepat sampai. Bahana betul la cuaca kat Busan ni. Tobat dah tak nak datang time winter dah kat sini. Hahaha.

Hot pack ni aku beli extra untuk bekalan hari ke 3. Sambil tidur pun letak dalam poket sweater.

Aku jangka esok cuaca semakin teruk memandangkan malam tu berita dah keluar macam-macam laporan. Mengharapkan semuanya kembali normal dan penerbangan kami ke Jeju Island hari ke 4 nanti berjalan lancar.


Perbelanjaan Hari Ke Dua : (2 persons)

Santorini Map (Gamcheon Culture Village ) = KRW 2,000
Mini Bus = KRW 3,600
Fee Entrance Sea Life = KRW 40,000

Coffee = KRW 200
Bun = KRW 3,300
Kebab = KRW 8,000
Choc Drink = KRW 900
Americano = KRW 1,300

Lego = KRW 10,000
Sea Life Souvenir = KRW 10,000

Grand Total = KRW 79, 300 (RM294)