PROSEDUR HSG
Ramai yang tanya, "sakit tak HSG?"
Aku dah pernah melalui HSG (X-Ray Rahim) sebanyak 4x sepanjang berTTC mulai dari 2014 lagi.
Bagi aku, once korang dah mula untuk TTC, jangan persoalkan sakit atau tak, sebab sakit nak bersalin tu melangkaui daripada sakit segala-galanya... Kalau sakit yang tak seberapa ni pun tak mampu nak bertahan, macamana kita nak bersalin dan bersedia jadi 'IBU' kan?
So, bila dah decide nak cuba hamil & berTTC, jangan pernah soalkan sakit tak treatment tu, sakit tak treatment ni, sakit tak enjection tu, sakit tak enjection ni.
Kejayaan tak akan datang tanpa usaha yang gigih dan kental.
Yakin dengan kuasa Allah Taala, inshaAllah akan beroleh kejayaan.
Apa yang aku boleh kongsikan, doctor akan masukkan liquid ke dalam vagina & liquid tu akan melalui saluran cervix. Kalau kata tube korang blocked maka dalam film x-ray nanti akan nampak liquid tu stuck dekat kawasan mana. Tapi, kalau tubes korang tak ada masalah, maka liquid tu akan smooth je melalui kedua-dua tubes korang..
So, bagi yang ingin memulakan rawatan untuk hamil, aku nak share step by step yang aku dah lalui sepanjang berTTC. Mungkin korang boleh jadikan panduan untuk mulakan rawatan nanti.
_____________________________________________________________________________
RAWATAN KESUBURAN & IVF KALI KE-3
1: Tahun 2012 - Pergi klinik pakar wanita. Inform nak cek kesuburan. Kalau kata tak mampu, korang masih boleh dapatkan rawatan di hospital kerajaan. Perlu dapatkan surat refer dari klinik pakar wanita tu dulu. Aku dulu ke Pusat Rawatan Az-Zahrah, Bangi.
2: Doctor akan scan rahim dari atas, then on clomid (ubat kesuburan) selama 3x cycle period.
3: Tahun 2013 hingga Tahun 2014- Lepas 3x on clomid masih tidak berjaya, aku sendiri tarik diri dari Pusat Rawatan Az-Zahrah & bertukar ke Klinik Pakar Wanita Suria, Alam Damai, Cheras. Contact number: 03-9105 7620
4: Di Klinik Pakar Wanita Suria, Doctor sarankan aku melalui ujian HSG selepas aku story dah on clomid 3x cycle tapi masih belum berjaya hamil. Disinilah bermulanya HSG kali pertama aku.. Ops! Lupa inform, klinik ni tak provide HSG ye. Doctor akan buat surat untuk HSG dan korang perlu bawa surat tu semasa proses HSG nanti. Untuk HSG, aku pilih KPJ Tawakkal. Perlu call dulu untuk tetapkan temujanji ye. Contact number: 03-4026 7777
HSG Procedure
5: Selepas HSG korang akan dapat film x-ray pada hari yang sama dan bawa semula ke Klinik Pakar Wanita Suria. Disitu nanti doctor akan terangkan apa masalah pada rahim korang. Kes aku, memang both tubes fallopian blocked. So, doctor terus buat surat refer ke hospital kerajaan & mana-mana hospital swasta untuk aku teruskan proses IVF. Doctor inform yang aku akan buang masa kalau buat IUI sebab memang tak akan berhasil. Thanks Doc, terus shortcut jalan. Tak perlu buang masa untuk IUI process.
6: Tahun 2015 - Aku pilih HUKM since hospital tu khabarnya banyak kejayaan jugak. 2x IVF di HUKM tapi keputusan masih gagal tahun 2015.
7: Tahun 2016 - tak buat apa-apa dan rehat dari berTTC. Awal Januari 2017 tetiba pregnant secara normal tapi Ectopic Pregnancy.
8: Tahun 2017 - Laparoscopy remove ectopic pregnancy pada Mac 2017. Dan terpaksa remove right tube fallopio.
9: Then aku decide untuk repair left tube fallopio dengan Prof Hamid Arshat bulan September 2017, 6 bulan selepas laparoscopy. Setahun selepas itu, masih tak berjaya hamil.
10: Tahun 2018 - Then, pada Oktober 2018, aku decide untuk mulakan semula IVF buat kali ke-3 dan keputusan aku kali ni memilih Metro IVF Fertility di Puchong. Set dengan Dr.Tee. Highly reccommended sangat dengan Dr. Tee. Mulai Oktober 2018 - Januari 2019 (3 bulan) aku amalkan makan Coq10 Ubiquinol dari brand Vitamode. Yang ni pun reccommended dari Doc jugak sebelum aku mula proses cucuk-cucuk nanti. Contact number: 03-8600 4558
11: Tahun 2019 - Bagi memastikan hasil telur nanti berkualiti, doktor sarankan aku amik supplement Coq10 Ubiquinol. Harga dalam RM150-RM200 sekotak (30 biji). Alhamdulillah, setelah 3 bulan consume Coq10 Ubiquinol, akhirnya membuahkan hasil telur yang cukup baik untuk aku memulakan rawatan IVF (cucuk-mencucuk ni).
12: Kini, setelah hampir 7 bulan proses tu berlalu, aku nak kongsikan berita gembira buat semua yang follow story TTC aku dari awal sampai sekarang.. Aku berjaya hamil dan sekarang ni kandungan telahpun memasuki ke 6 bulan dengan twin pregnancy.. Doakan aku & zuriat-zuriat dalam kandungan ini sihat, selamat dan dirahmati Allah selalu...Amin...
Pastinya TTC ni memerlukan kesabaran dan redha yang tinggi dengan setiap keputusan. Doa jangan putus dan kebergantungan harap kita pada Allah perlu tinggi. InshaAllah, Allah pasti memberikan 'hadiah' yang terbaik berkat kesabaran dan ketabahan yang kita semua lalui nanti.
Aku doakan semua yang masih berTTC kuat menghadapi dugaan dan cabaran yang akan korang tempuhi sepanjang prosedur nanti ya. Berdoa tanpa usaha adalah MALAS, Berusaha tanpa berdoa adalah SOMBONG pada Pencipta, tetapi jika berdoa, berusaha dan ikhlas pasti akan BERJAYA. InshaAllah.
SELAGI ADA RAHIM, SELAGI ITU PELUANG MASIH TERBUKA UNTUK HAMIL.