FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Thursday, May 15, 2014

Day 1 : Cuti-Cuti Seoul ~ Celoteh 2 (Myeongdong Shopping Street)

Mood Mood Mood....

Please coming to meeeee....

Ok, i'm coming!!!
*kata diriku kepada diriku... *????*
.....................................................................................................................................................................

Selesai mandi, solat & makan, kami turun ke bawah... (bilik penginapan tingkat 3 weyy. Tak ada tangga tauuu!)
(Ralat : bukan tak ada tangga, tapi tak ada lift!)

Alhamdulillah.. nasib baik ada tour map & subway map kat entrance guest house ni! Cepat-cepat amik. pulak tu tamak, amik sekali 2!! Gara-gara takut hilang..
*teroxx sangat perangai ni!*

Misi malam ni nak bersiar-siar sahaja.. Kami menuju ke Myeongdong untuk lihat kawasan sekitar yang katanya ada shopping street.. Rupanya gila jugak jalan kaki ke Myeongdong.. Haram jadahnye jauh..!

Habis kena marah dengan Mr.Cool.. katanya "itinerary apa ni? gila jalan kaki macam nih!"
*hahahahahaaa.... ala... tak pe.. sekali sekala kan...At least dapat tengok pemandangan....*
*ayat nak pujuk dia.. walhal aku pun menyumpah jugak dalam diri, gile rasa kaki nak tercabut malam tu!.. hahahahaha*

Keluar dari Beewon Guest House, kat jalan besar tu ada ala-ala macam mini mart.. Masuk dalam, perkara utama beli T-Money!! Benda yang 1st thing dah terlupa nak beli masa kat airport tuh!
*nasib baik masa naik taxi drebar tu bagi bayar cash*

Sebelum memulakan perjalanan, snap jap boot masing-masing. Cuba teka mana satu kasut aku?
*soalan macam budak tadika*
  
Inilah mini mart yang aku kata tu... GS 25. Mini mart ni merata-rata seluruh pelusuk ada.. bagus betul Korea ni. Kemudahan mini mart & 7-Eleven ini ada merata-rata sepanjang jalan kat sana.

Tadaaaaa!! inilah dia T-Money aku.. tak lawa kan? POP katanyeeee... aku minta gambar lain tapi mamat kedai tu macam tak faham je apa yang aku cakap.. Sebab dorang memang tak pandai cakap English. So, ignorekan ajelah...
Harga T-Money = KRW 2,500 (RM8)
Top Up = KRW 30,000 (RM96)

 
Jalan-jalan menuju ke Myeongdong, nampak Restaurant ni. Kami tak masuk pun. Tumpang snap gambo je..kihkihkih

Terus lagi jalan.. nampak public phone. Jakun jap. Cantik je public phone dia. Kalau kat Malaysia, cantik jugak.. Unik. Sebab ganggang telefon dah hilang. Motif?
*Budget je tuh! Sekali angkat dengar suara minah korea cakap bahasa dia. Haram jadah aku tak faham. Terus letak!*

Haaa!! Air ni bukan sebarang air tau.. Ada cerita disebaliknya....nak tau tak?
*kalau tak nak tau tak apa, aku nak cerita jugak*
Lepas sakan bergambar kat public phone tu, kami meneruskan perjalanan lagi... Lagi... Lagi... dan Lagi... Tiba-tiba ada orang tegur dari belakang........Jeng jeng jengggg......

Kitaorang toleh. Tak kenal.. Siapa pulak Ajeossi (uncle) ni??

Lepas tu dia tanya, 'R U Malaysian?"
Jawab kami, "Yes, we r.. "
"Enjoy ur day!!" kata ajeossi tu.... sambil terus berjalan... tiba-tiba......

"come, come, come...!" Ajeossi tu tarik tangan Mr.Cool.. sempat pulak dia patah balik.
Kami macam blur kejap... follow je dia...
Berhenti depan mini mart, dia belikan kami air ni! Belanja katanyaaaa.Air ni sama macam 100 plus. Air tenaga. rasanya macam ala-ala kopi 100 plus.! Eerrkkk?? Sedap jugak tau!

Speechless.....

Baiknya...... rupa-rupanya dia pernah kerja kat Malaysia 1/2 tahun. Sebagai Regional Manager Korean Air. Sebab tu dia tau kami orang Malaysia.. hehehe...
baiknya hati kamu...... Sambil berdoa, semoga Allah titipkan rasa padanya untuk menjadi saudara baru kita.. Sesama islam... Amin.

haaaa... tu dia Ajeossi yang berjaket Kelabu. Baik sangat hatinya. Borak-punya borak sampai tak sempat nak snap pic dia.. dari belakang pun jadilah..
*tangan ajeossi menerangkan kepada rakannya, mengenali wanita Malaysia, dengan memakai hijab*

Jalan-jalan lagi sampai jumpa bridge ni.. nampak macam cantik je view dia...
*Mr.Cool carik port smoking*

Bridge yang dibawahnya terdapat anak sungai yang bersih sangat airnya. Kami jalan sepanjang jalan anak sungai tu.. hati sedih sebab tak sempat tengok sakura... dah layu... tengok tu!
Sepatutnya time kami sampai ni masih ada lagi. Cuma tak tahu kenapa cuaca tahun ni agak pelik sikit. Tak sampai seminggu dah gugur.....mengikut kata beberapa orang Korea yang kami jumpa..
*duduk kat batu, nangis tepi anak sungai.. mengenang nasib yang tak ada luck*

Nampak pulak replika ikan paus depan bangunan Singature Tower Seoul. Posing ala-ala orang malas.
*kaki dah sakit, tapi tak jumpa-jumpa lagi shopping street tu* 

 
Yeaaaaa!!! Finally sampai jugak kat Myeongdong.. Kat sini banyak butik-butik yang jenamanya aku tak berapa nak kenal. Korea Brand kot.  

Ada Mc'Donald. Sory, tak makan. Kalau halal sekalipun kami memang boikot Mc'D.
Boycot Israel.
Tengok pelanggan dalam Mc'D tu pun bukannya ramai. Berbanding kat Malaysia, macam semut beratur tunggu giliran!
*agaknya dorang pun boikot Israel kot??*
  
Tak ada apa yang best sangat kat shopping street ni. Kalau nak beli baju bajan, baik beli kat Malaysia. Sebab harga kat sini melambung-lambung naik. Souvenir pun tak banyak.  Pendapat aku, korang boleh skip kot shopping street ni. Tak Best.

Lepas penat pusing-pusing shopping street, kami pun bergerak balik ke guest house.  Masa nak pergi kami ikut jalan kat atas.  Bila nak balik, saja nak try ikut jalan anak sungai. Ramai couple-couple melepak sepanjang anak sungai ni.
*nampak tak kekakuan berlaku di situ? Scary, takut jatuh. Walhal sungai ni cetek je.. APTB*

Sempat pose sebab kawasan ni tak ada couple-couple yang menyemakkan pemandangan.

dalam terowong ni ada lagi ramai couple rupanya!!!

Polis entry 1 to jaga, polis mati pencuri jaga!

Da nak sampai guest house...
sampai je makan, masuk bilik, solat dan  tidoooooo dalam kesejukan..

Esok tak sabar nak mulakan perjalanan lagi!! Yeaaa!!

Perbelanjaan hari Pertama : (2 persons)

Taxi : KRW 75,000 + KRW 7,000 (TOL) = KRW 82,000 
Share = Seorang KRW 41,000
T-Money : KRW 5,000 = 2 pcs
Share = Seorang KRW 2,500
Top Up = KRW 30,000
Plug / Adapter : KRW 4,200
Air Susu Pisang = KRW 1,300 
Grand Total = KRW 122, 500  (RM392)


Wednesday, May 14, 2014

Day 1 : Cuti-Cuti Seoul ~ Celoteh 1 (Incheon International Airport)

Hari ni, genap 13 hari balik dari Seoul.. Baru terhegeh-hegeh nak start entry ke Seoul.. Alahai... mana taknye, sibuk dengan Kerja Hakiki + Tempahan Hantaran + Kerja Dunia Akhirat (full time housewife) + Balik Kampung lagi.. so akhirnya dapat la ni = Malas...

Kalau dah malas tu, cakap la macamana pun tetap malas jugak kan? Hahaha... APTB!

Ramai jugak kengkawan yang dok heboh text aku minta update entry. Katanya tak sabar nak tengok gambar..
*Ke korang tak sabar nak bahan aku ni?*
*Mohon terasa kepada semua yang berkenaan.. peace!*

Tujuan utama aku melompat terlebih nak ke Korea ni adalah sebab nak tengok Cherry Blossom.. Atau nama kampung dia orang panggil Bunga Sakura..
*ada nama kampung ke?? Motiff sangat??*

Emmm... Aku sebenarnya masih blur lagi ni nak tulis entry ke Seoul. Sebabnya, tak tau nak mula dari mana. Dalam kepala hotak aku ni penuh dengan memori kat sana. Kalau boleh nak je aku storykan tanpa ada miss satu episode pun!!

Percutian ke Seoul selama 6 hari 5 malam. Hajat di hati nak ke Jeju Island sekali. Namun hajat hanya tinggal hajat... Sebab masa tak cukup. Mr. Cool tak bagi...

waaaaaaa!!! Nangis 5 hari 5 malam tau...*Mr.Cool pujuk ajak nak pegi lagi. Baru la hilang merajuk..
*walhal tah bila la agaknya dapat g lagi... hukhukhuk*

Destinasi : South Korea
Season : Spring
Tiket Flight : 8.00 am
Bergerak dari rumah : 4.00 pagi
Sampai LCCT : 4.50 pagi
Parking : Zon D (RM16 sehari)

Sampai LCCT, terus ke urusan luggage, bla bla bla.... Breakfast dan Solat ..

6 jam 30 minit masa perjalanan ke Seoul. Dalam flight aku order Nasi Lemak Pak Nasir & Nasi Beriyani. Sebenarnya Nasi Lemak tu aku punya... dan Nasi Beriyani tu Mr.Cool punya.

Tapi disebabkan Mr.Cool nak nasi lemak, pastinya aku sebagai isteri yang solehah sanggup makan nasi beriyani walaupun aku tak suka nasi beriyani...!!
*cewahh!! gedik sangat ayat ni...*

Suasana dalam flight.............



 Jam pertama : tido + bangun + toilet + tido.....

Jam Kedua : Makan + tido...

Jam Ketiga : tido + bangun + toilet + tido.....

Jam Keempat : tido + bangun + toilet + tido.....

Jam Kelima : tido + bangun + toilet + tido.....

Jam Keenam : tido + bangun + toilet + tido.....



Kesimpulannya: Aku memang kuat membeseeeeeeee...... hahahahahaaa...
*rasanya confirm2 passanger yang duduk depan toilet tu perasan aku sejam sekali masuk toilet*

Sampai kat Incheon International Airport....

Keluar je dari pintu flight tu, jangan lupa tengok ke atas, ada 1 screen.. aku ingat screen tu cuma iklan aja.. tapi rupanya screen tu ada tertera nombor.. nasib baik masa aku tengok tu, aku ingat nombornya. Tujuannya, nanti korang boleh refer nombor tu untuk kutipan luggage..

Nak ke Custom & Luggage korang kena naik train. Keluar je pintu flight tu ikut je signboard yang ada gambar Bag. Sampai la korang jumpa train point nanti.

Naik train tu terus akan sampai ke Custom Clearance.  Train tu memang khas untuk transit ke Custom Clearance sahaja. Tak ada station lain. Make sure masa kat custom nanti jangan guna hanset atau camera untuk snap gambar ye. Nanti kena rampas dan tak akan dipulangkan semula.

Dah selesai semua, Mr.Cool mula rasa gelisah tak tentu arah......

Ingatkan sebab apa....

Rupa-rupanya....




Carik port smoking....!!

Jumpa.....

Kat sana memang disediakan kawasan khas merokok... so, jangan sesekali merokok diluar kawasan yang disediakan ye! Kantoi, jawab sendiri!

Ok, 1st thing sampai sini, apa yang korang kena beli dulu adalah T-Money!!

Dek kerana aku ni terlalu la excited sampai kat bumi Korea ni, akhirnya aku terlupa nak amik Tour Map kat information centre....

Dan Pulak tu terlupa lagi sekali untuk beli T-Money...

Haram jadahnya...

Lalok tidur tak habis lagi..

Disebabkan jam dah menjangkau ke angka 4.30 Petang, kami buat keputusan untuk naik teksi. Takut terlepas nak solat jamak zohor + asar...

Tambang teksi sangatlah mahal berganda-ganda dari bus yang ada.. Namun kerana tanggungjawab kepada Pencipta yang telah pun membawa penerbangan kami dengan selamat, itu yang perlu diutamakan... Syukur... Selamat sampai...
*hati risau berdebar bila mengenangkan banyak sangat berita tentang flight hilang + terhempas + bla bla bla....*

Sumber ihsan dari Google!
inilah dia ghupanya Incheon International Airport
*menang awards 9 tahun berturut-turut menjadi Airport paling canggih di dunia*


Dalam taxi...
semua kenderaan di Seoul memang gunakan GPS


Nampak banyak bunga sepanjang jalan ke Hotel...
*dah terang-terang aku datang musim bunga, tentu banyak bunga kan?*


Pemandangan Seoul yang padat dengan bangunan-bangunan tinggi.
Sumber ihsan dari Google!
Inilah dia Beewon Guest House tempat kami menginap selama 6 hari 5 malam.
Dek kerana excited dah sampai, aku terlupa nak snap Guest House ni..
PERCAYALAH!
*6 hari kat sana tak teringat langsung nak snap. Ape kes??*
Sumber ihsan dari Google!
Sampai dah !! Ini la Counter Check In Guest House yang kami duduk...
Selesai urusan check-in, kami rest jap dalam bilik....
Makan..
Solat....
Mandi.....
Siap-siap nak teroka kawasan sekitar.... !!
Macam-macam gambar!!
Macam-macam cerita!!
Jom>>
*Sambung esok. Aku dah tak larat nak taip lagi dah* 
*confirm korang sumpah seranah aku kan sebab buat gimik sambung.. hahahahaha!!*


Panduan Itinerary Seoul, Korea / Travelogue Seoul, Korea (6 hari 5 malam)

Assalamualaikum....

Mesti hari ni semua bertenaga nak kerja kan? Sebab semalam dah off 1 hari Cuti Wesak.. Alahai... nape la cuti wesak ni sehari je? hihihihi.. *ok la tu dari tak dapat cuti*

Pagi yang segar bugar ni, aku nak share Itinerary / Travelogue masa aku ke Korea bulan lepas..

Rasanya ini dah sangat-sangat membantu korang..

Pada yang bercadang nak holiday ke Korea sendiri-sendiri tanpa gunakan khidmat travel agent, harap panduan ni dapat memberi info yang cukup buat korang semua..

Selain dapat jimatkan cost 2 kali ganda, korang juga dapat pengalaman yang tersangat-sangat best.. Boleh rileks dan santai je kalau korang pergi sendiri. Sebab korang tak payah nak bangun awal pagi, siap-siap kejar tour bus yang menunggu kat luar nanti.. Pas tu kalau lambat satu bas jeling kat korang. *Padan muka*

Itinerary ni adalah sepanjang aku berada di korea. Tempoh masa adalah 6 hari 5 malam. Dan aku dah pun update info latest masa kat sana dalam jadual itinerary ni. Kira jadual ni aku dah siap-siap update dah. Korang juz copy je siap-siap hokey?

Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh email : fyra_230703@yahoo.com

Maaf dipinta kalau ada kekurangan..